[t12h29] Menjawab tuduhan paderi Kristian terhadap Al-Quran
Terjumpa buku ini di Mydin Mall USJ, pada harga RM35, isinya amat menarik. Tapi tak terbeli pula pada masa itu.
Cari di kedai-kedai dan booth buku, tak ketemui, nampaknya kena pergi semula ke Mydin Mall USJ untuk mendapatkannya.
Pengarang : Prof. Madya Dr.Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari/Dr. Rohaizan bin Baru Al-Azhari
Di semak Oleh: Dr.Mohd Puzhi bin Usop/Dr.Muhammad Sabri bin Sahrir
Muka Surat: 448
Harga: RM 34 (online), RM 34 (Mydin Mall USJ)

Ulasan
Diharap editor dapat memperbaiki keadaan ini jika diulang cetak. Amatlah rugi buku yang bermanfaat ini hanya mempunyai kualiti suntingan yang rendah. Kadang2 tak faham dengan editor, apa yang mereka buat sehinggakan kesalahan2 ini terlepas, kalau setakat 2-3 tu tak mengapa, tapi hampir keseluruhan laman terlibat.
Penulis yang menulis pula takkan tak perasan, kadang2 rasa macam karya copy paste. Lebih2 lagi apabila buku ini merupakan rumusan buku bahasa Arab.
Amat mengecewakan tetapi masih naskah yang berharga.