:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ::

.: Selawat dan Salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam :.

Menguap adalah lumrah manusia.

Tetapi ia bukan sahaja berlaku kepada manusia malahan turut berlaku kepada makhluk Allah yang lain.

Menguap in English adalah yawn, manakala perbuatan sedang menguap pula disebut yawning.

Menguap bermaksud satu tingkahlaku tidak sengaja membuka mulut dengan luas dan sedut nafas dalam-dalam ketika kita keletihan ataupun kebosanan.

Mari kita tengok siapa lagi yang menguap?

Luasnya nganga mulut, sampai tak nampak mata. Gambar seekor arnab putih sedang menguap sehingga nampak gigi dua batang.

 

gambar anak kucing putih berbelang kelabu sedang menguap

haha, comel nye la, Gigi ada sikit jer. Adakah menguap boleh menjadi satu jenis terapi? Gambar seekor anak kucing belang hitam kelabu sedang menguap sambil mendepangkan tangannya... eh, kucing ada tangan ka?

 

Wah, kalau luas macam ini, Tedi pun boleh masuk. Nasib baik badak tak menguap dalam air walaupun dia badak air. Tapi jangan nak mengada letak kepala anda dalam mulut badak air masa dia sedang menguap ni sebab daya tekanan semasa badak tutup mulut sangat kuat!

 

Gambar anak kucing putih berbelang kuning
Ini baru betul, tutup mulut semasa menguap. Gambar tiga ekor anak kucing kuning berbelang putih sedang tidur, bangun dan menguap

*** 25 Mac 2018 ***