Ini gambar masa Master & Mommy bawa Tetot jalan2 di Taman Tasik Cyberjaya.
Sampai hati Master tak bawa Tedi sekali.

Malas la Tedi nak citer banyak2, tengok jer la gambar2 Tetot ni... sob sob...

Besarnya jam ni. Tak tau la bateri dia besar mana?
Tapi jam ni dah tak jalan dah masa tu.


Apa yang ada?
Pusat Informasi Pelawat (takde informasi sebab takde orang jaga)
Menara Tinjau (takleh naik sebab dah rosak)
Taman Permainan (untuk budak-budak sahaja)
Pulau 'Wind Chime' (wah, ada pulau?)
Pusat Demonstrasi & Pameran (bukan untuk demonstrasi jalanan tau!)
Tapak Perkelahan (ye ker? macam tak percaya jer!)
Jeti (bot takde pun tak guna!)

Tiang lampu, wakaka

Sila tunggu bas di sini sebab ini ialah hentian bas

Hi Tetot, sekor je ka?

Tetot ni comel, tapi Tedi lagi la comel.

Master kata, kalau takde semak ni, tasik ni akan 3kali lebih besar.

Jambatan dari parkir kereta ke Pusat Demo

Tetot ni jantan ke betina?
Di Pusat Demo dan Pameran.

Eceh, konon macho la tu?

Tiang dan bumbung
Pusat Demo dan Pameran.

Jambatan antara parkir dan Pusat Demo & Pameran
dari arah Pusat Demo
Nampak tak jam raksasa tu?

Pusat Demo & Pameran
Nampak macam bentuk kapalterbang?

Pulau 'Wind Chime'

Tepi Pusat Demo & Pameran




Taman Permainan untuk kanak-kanak sahaja!





Langit biru, awan nano

Taman Herba, bolehla amik serai




Pusat Demo & Pameran

Cukuplah tu, tengok gambar jer dah boleh bayangkan kan?
Sesuai untuk jogging, Master kata sepatutnya lagi luas daripada Tasik Titiwangsa, tapi disebabkan tak dijaga dengan betul laluan jogging atas air sudah mereput.
Cuba la pergi, kurang2 amik gambar masa kawin2 nanti.

Rasanya Master kata tasik ni jadi lokasi penggambaran filem Syukur 21 yang dibintangi Raihan.

Lebih maklumat?