بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Luka kekalahan 0-1 kepada Sabah FA pada pusingan pertama Liga Super Malaysia musim 2011 lalu di Stadium Likas masih berbekas di hati para pemain Kedah FA.

Kedah mahu tampil lebih garang untuk memperbaiki permulaan pusingan kedua Liga Super Malaysia 2011 yang menyaksikan Kedah FA tewas dalam dua perlawanan awal.

Wan Jamak berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh bersama barisan pemain untuk mengisi harapan peminat.

Beliau juga mahukan sokongan padu peminat bagi menyemarakkan lagi semangat pemain untuk terus melakar kejayaan.

Bertemu Sabah FA, Kedah FA seharusnya memanfaatkan keletihan yang dialami oleh pasukan Sabah FA kerana terpaksa merentas lebih 800 kilometer dari selatan ke utara.

Kedah FA juga seharusnya memanfaatkan prestasi buruk Sabah FA yang tewas empat perlawanan berturut-turut.

Rekod memihak kepada Kedah FA

Berdasarkan rekod sepuluh perlawanan antara Kedah FA dan Sabah FA sejak tahun 2004, Kedah FA ternyata mempunyai kelebihan apabila menang sebanyak empat kali, seri empat kali dan hanya dua kali tewas.

Seharusnya daripada segi psikologi, Kedah FA perlu memanfaatkan statistik ini menjadi realiti.

Dengan kedudukan jurulatih Sabah, Gary Phillips agak goyah, Kedah harus berwaspada dengan ancaman Sabahawks kerana mereka pastinya mahu memastikan jurulatih mereka terus selesa menerajui pasukan Sabah.

Jika dilihat dengan saingan sengit pasukan teratas Liga Super Malaysia, tidak mustahil, Kedah mampu melakukan kejutan kerana beza dengan pendahulu cuma enam mata. Selepas Kedah bertemu Sabah malam ini, Kedah akan bertemu Kelantan FA dan Selangor FA pada 06 dan 09 Mei 2011.

Keputusan yang bakal menyaksikan halatuju Kedah FA dalam Liga Super Malaysia musim ini.

Pulun Kedah Pulun!

20110503