Ini adalah gambar-gambar Tugu Pahlawan di Taman Budaya di Kuching di Sarawak di Malaysia.

Kuching, secara rasminya dipanggil Kota Kuching, adalah ibu kota dan bandar paling ramai penduduk di negeri Sarawak di Malaysia. Ia juga merupakan ibu kota Bahagian Kuching. Bandar ini berada di Sungai Sarawak di hujung barat daya negeri Sarawak di kepulauan Borneo dan meliputi kawasan seluas 431 kilometer persegi (166 batu persegi). [Kuching - Wikipedia]

Ia memaparkan perisai-perisai kaum di Sarawak dan juga ukiran wajah para pejuang di Sarawak. Malangnya tugu ini telah mengalami beberapa kerosakan.

Gambar Tugu Pahlawan, Taman Budaya, Kuching, Sarawak, Malaysia.

Tugu ini turut memaparkan kata-kata: Diabadikn kepada pejuang-pejuang yang telahpun berkorban untuk kemerdekaan dan keutuhan negara khasnya.

Setiap ukiran potret para pejuang Sarawak itu disertakan dengan rekaan perisai dan pedang mengikut kaum masing-masing. Keunikan budaya dan seni tiap kaum di Sarawak terserlah pada ukiran dan rekaan perisai serta pedang tersebut. 

Pada pendapat Tedi, Tugu Pahlawan ini wajib dikunjungi jika kita menjejakkan kaki di Kuching.

20110329