Setelah beberapa lama, akhirnya kamera Samsung Techwin milik kami mula rosak...

  • Tak tahulah apa yang menjadi punca kepada kerosakan kamera tersebut?
  • Mungkin ia berpunca daripada tindakan Mommy menangkap gambar orang mengacau Bubur Asyura di Kelantan sebelum ini?
  • Mengikut firasat Tedi, penderia (sensor) pada kamera ini rosak apabila gambar api ditangkap, sama ada disebabkan oleh suhu tinggi, atau disebabkan oleh kecerahan cahaya pada api tersebut.
  • Nak buat macam mana... benda dah jadi...
  • Ini beberapa gambar yang menunjukkan kesan berbelang apabila diambil menggunakan kamera Samsung Techwin tersebut berbanding gambar yang kami ambil di Kuala Pilah sebelum ini.
gambar blouse pink di atas iron board seterika Philips
Gambar papan alas seterika dan baju Mommy

 

gambar bakul sampah, kotak kasut, lanyard, pasu bunga hiasan, kiwi kasut, penyerap kelembapan, rak kasut, rak akhbar, surat khabar, cermin solek, dan tikar getah biru.
Gambar bakul sampah, kotak kasut, lanyard, pasu bunga hiasan, kiwi kasut, penyerap kelembapan, rak kasut, rak akhbar, surat khabar, cermin solek, dan tikar getah biru di rumah kami di Desa Mentari.

 

  • Tedi nasihatkan kepada kawan-kawan, janganlah tangkap gambar api seperti yang kami lakukan, kalau kamera digital kalian rosak, sudahnya menyesal macam kami.
  • Mungkin boleh tangkap gambar api tapi kena tahu caranya supaya dapat mengelakkan kerosakan pada kamera digital kita.

8 Feb 2009, 20090208