Bismillahirrahmanirrahim

Assolatu wassalamu ála rasulullahi wa ála alihi wasohbihi ajmaín.

 

Selamat sejahtera ke atas para pembaca interpretZZ yang sudi melawati laman blog ini buat kesekian kalinya. Semoga kawan-kawan semua dalam keadaan sihat walafiat.

20200823: Pasar Mini Taman Seroja - RM 26.60

Beli gas ada tong gas.

April 2020: Kedai Acheh Taman Mawar - Tong gas Petron GASUL - RM 26.60

Sempena bulan puasa ni Master gantikan tong gas kosong dengan tong gas baru, masih lagi di kedai Acheh Taman Mawar dengan harga RM 26.60.

Sebenarnya Master terlebih dahulu ke Taman Seroja untuk tukar tong gas di sana, namun kehabisan stok.

02 Julai 2019: Kedai Acheh Taman Mawar - Tong gas Petron GASUL - RM 26.60

Sekali lagi Master beli tong gas Petron GASUL itu di Kedai Acheh sebagai backup kepada tong gas yang sedang digunakan. Harganya masih sama iaitu RM 26.60 bagi tong gas 16.8 kg.

11 April 2018: Kedai Acheh – GASUL tong besar – RM 26.60

tong_gas_lpg_14kg_petron-gasul

Alkisahnya semalam gas memasak di dapur rumah kami telah kehabisan, maka Master terpaksa mengerah tenaga dan membanting tulang empat kerat beliau untuk mengangkut tong gas masak lama ke kedai dan mengangkat tong gas yang baru dibeli ke dapur.

Angkat tong gas lama ke kedai tiada masalah kerana ia telah kekontangan atau kegersangan, namun mengangkat tong gas baru ke rumah memerlukan kemahiran mengangkat yang baik supaya tidak mengalami kecederaan belakang dan pinggang. Biarlah angkat tong gas macam penguin kerana terpaksa jalan kedek-kedek, namun lebih baik daripada terpaksa alami kecederaan.

Master beli tong gas baru di kedai Acheh di kawasan rumah kami. Tong gas baru itu berjenama GASUL berwarna merah. Harga gas memasak Petron GASUL tong merah tersebut pada semalam ialah RM 26.60. Itu ialah harga yang dibayar jika kita ada tong gas kosong untuk dihantar ke kedai. Jika tiada tong gas kosong (harga tong gas baru) tentulah harganya lebih mahal lagi.

 

Maklumat berkaitan:

tong gas Petronas merah dan tong gas Petronas hijau
 
 Tong GAS Petronas hijau dan merah
gambar resit harga tong gas kosong RM 50
 

 Arif Nur Enterprise

Deposit harga tong gas kosong (harga tong gas baru) RM 50

  
gas habis? kami hantarkan... 016-419 6744 petron gasul
 

 Gas habis, kami hantarkan

016-4196744

wakil pengedar gas petronas PAWADA 016-8965502 014-8965502
 

 wakil pengedar gas Petronas PAWADA

016-8965502 atau 014-8965502

zon Matang dan Petra Jaya

  

 20190702