Bersua Tok Moh di TM Fan Run 2014...

  • 07 September 2014
  • Satu memori yang terakam dalam benak fikiran Tedi adalah saat Tedi bersua Tok Moh.
  • Bomoh? Eh.. bukan Tok Bomoh... tapi Tok Moh.
  • Tok Moh ni Tedi tak kenal sangat, tapi Tedi perasan muka dia ni dalam televisyen apabila ada acara sukan melibatkan kontijen Malaysia, muka dia akan masuk televisyen sama.
  • Tengok sahajalah pakaiannya menunjukkan betapa patriotiknya beliau!
  • Masa kami duk mengintai Tok Moh ni dari kejauhan (kerana segan nak interframe), berpusu-pusu orang ramai nak ber-foto dengan beliau... cumanya kalau Khairy Jamaluddin dikelilingi gadis-gadis, Tok Moh pula dikelilingi jejaka-jejaka yang tentu sahaja mengkagumi semangat kesukanan beliau.