Impian kanak-kanak menjadi hero pujaan ramai direalisasikan.



  • Pada hari Jumaat lepas, penduduk San Francisco beramai-ramai memeriahkan majlis sempena meraikan Miles Scott sebagai Batkid.
  • Program itu ditaja oleh Make-A-Wish Foundation, tetapi San Francisco tetap terpaksa berbelanja USD$105000 untuk majlis itu.
  • Kebanyakan kos yang terlibat adalah untuk menyediakan sistem audio-visual gergasi di Moscone Center, di mana Miles Scott bertemu datuk bandar Ed Lee.
  • Persiapan itu terpaksa dibuat apabila penganjur mendapati hampir 14000 penonton akan hadir.
  • San Francisco menyatakan kos itu akan ditampung oleh keuntungan daripada konvensyen-konvensyen yang akan diadakan di Moscone Center.
Macam manalah mereka boleh layan imaginasi seorang budak sehingga macam tu sekali?

Janganlah pula hendaknya semua budak mahu menurut jejak langkah Miles Scott itu.

Di Malaysia, jangankan imaginasi kanak-kanak, cita-cita orang dewasa untuk dapat membeli kereta pada harga lebih murah yang seperti diakujanjikan pun, masih tak nampak rupa.

Sumber: http://www.sfgate.com/bayarea/matier-ross/article/Batkid-celebration-s-cost-to-S-F-105-000-4995296.php