Catatan

Pertama kali dalam sejarah interpretZZ

Imej
Wow! Terngaga sekejap mulut Tedi hari ini. Gol ke 1000 Pele? Bukannya apa, tak sangka hari ini boleh mencecah 1000 paparan laman . Bagi rakan-rakan blogger yang lain, paparan 1000 itu mungkin ambil masa tak sampai sehari, tapi bagi interpretZZ pula, sehari selalunya tak sampai 100 paparan pun, hehehe. Untuk sebuah diari yang hanya dikemaskini selepas Tedi balik dari sekolah, ini agak mengembangkan hidung Tedi yang mancung ini. Dan buat pertama kali juga jumlah pengikut mencecah 100 orang. Terima kasih kepada semua yang sudi menuruti blog Tedi ni. Selepas ini Tedi akan cuba kemaskini hari-hari setiap kali balik sekolah. 20131010

Semua Itu Silap Sistemmu

Imej
Sistem adalah satu alat untuk membantu manusia memudahkan kerja mereka. Malangnya manusia selalu anggap sistem adalah untuk selesaikan pekerjaan mereka. Apabila kerja mereka selesai dengan jayanya dengan bantuan alat tersebut mereka okay sahaja. Tapi apabila mereka hadapi masalah dengan kerja mereka, sistem disalahkan atau menjadi "kambing hitam". Tedi tak boleh hadap mereka yang negatif sebegini. Jika mereka tak mampu nak gunakan sistem itu dengan betul, usah gunakan. Jika mereka rasa alat itu tidak membantu, usah gunakan. Ini tidak, nak salahkan sistem, mentang-mentanglah sistem itu Tedi yang perkenalkan. Pisau.. pisau adalah alat untuk memotong. Ia boleh digunakan untuk menyiang ikan, tapi jika manusia tidak pandai siang ikan, adakah salah pisau? Ia boleh digunakan untuk mencederakan orang, dan jika ia digunakan untuk cederakan orang, adakah pisau yang salah? Padahal ia diciptakan untuk memudahkan kerja manusia. Atau mungkin sahaja manusia mahukan pisau yang bol...

75 Tahun Kehidupan Superman

Imej
Klip video berdurasi 2-minit menceritakan sejarah 75 tahun Superman. Superman kini sudah berusia 75 tahun dan logo khas ini dihadiahkan kepada beliau.     75 tahun telah berlalu semenjak Jerry Siegel dan Joe Shuster melahirkan Superman pada tahun 1938 .  Sejak kemunculan pertamanya di dalam komik, watak yang juga digelar Manusia Besi ( Man of Steel ) itu telah melalui pelbagai kisah. Gelaran manusia besi diberi kerana Superman adalah seorang hero yang kebal di bumi. Beliau menentang peperangan, bertarung dengan "salinan" dirinya sendiri dan juga wataknya telah diadaptasi ke dalam drama TV, filem dan juga permainan video. Pernah juga Superman mati, tapi sebagai hero dia terpaksa hidup kembali. Sempena sambutan ke 75 tahun Superman, DC Comics telah menerbitkan animasi pendek yang diterbitkan oleh pengarah filem Man of Steel , Zach Snyder , yang dibantu Bruce Timm , salah seorang pencipta " Superman: The Animated Series ". Video ini disertai alunan muzik latar bel...

Kompilasi penakluk Giant's Keep B8 - Raksasa Angin

Imej
Baiklah hari ini Tedi nak buat sedikit catatan tentang Giant Dungeon yang baru sahaja Tedi berjaya takluki setelah mencuba beberapa kombinasi raksasa yang ada dalam koleksi Tedi. Giant Dungeon yang paling tinggi Tedi takluki setakat ini adalah B8 iaitu Wind Giant (Raksasa Angin). Secara teorinya untuk menewaskan Wind Giant di B8 tentunya memerlukan makhluk berunsur Api. Malangnya Tedi tidak punyai ramai makhluk api yang bagus tapi nasib baik Tedi ada 2 ekor makhluk api dari kategori NB5 dan NB4. Kompilasi makhluk yang Tedi gunakan untuk menewaskan Giant B8 adalah: Sekhmet 5*, Raoq 6*, Chasun 6*, Fire Occult Girl 5*, dan Belladeon 5*. Sekhmet 5* Tedi pilih Sekhmet sebagai ketua kerana dia boleh menaikkan HP rakan seperjuangan sebanyak 33%. Dia ni belum hebat lagi kerana Tedi belum habis build barisan rune miliknya disebabkan kekurangan mana stone. Tapi Tedi suka 1 skill dia yang boleh mencuri buff pihak lawan dan digunakan pada dirinya sendiri. Sungguh awesome kan? Skill itu bukan...

[t24b14] Peribahasa Tidak Peduli

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ [Kandungan] Senarai Peribahasa Berbenak ke empu kaki Seperti kelekatu masuk api Definisi perkataan "peduli" daripada Kamus Dewan Edisi Keempat Definisi perkataan "peduli" daripada Kamus Pelajar Edisi Kedua Berbenak ke empu kaki Maksud peribahasa: Tidak peduli baik atau jahat. Maksud "empu kaki": ibu jari kaki (Kamus Dewan Edisi Keempat) berbenak: berotak Peribahasa ini dalam ayat lain mengatakan meletakkan akal di kaki atau bahasa kerasnya tidak berfikir. Sesuai digunakan kepada mereka yang menerima tiap sesuatu tanpa fikir baik dan buruk. Seperti kelekatu masuk api Tiada peduli akan bahaya maut [Kandungan] Definisi perkataan "peduli" daripada Kamus Dewan Edisi Keempat menghiraukan, meng­ambil perhatian akan, endah akan: dia sedar ramai orang memerhatikannya tetapi dia tidak peduli. Peduli apa dengan benda-benda yang tidak menguntungkan. amb...

[t24b14] Tayar Goodride oleh ZC Rubber

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Alhamdulillah, Tedi masih berkesempatan untuk menaip satu kandungan baru iaitu kiriman pertama bulan Februari tahun ini. Baru satu kiriman pada pertengahan bulan. Selain kesibukan dengan tugasan hakiki, Tedi sebenarnya masih mengemaskini kiriman-kiriman lama agar malar segar. Selain itu Tedi juga disibukkan dengan anime Rurouni Kenshin: Meiji Kenkaku Romantan (2023). Lupakan semua itu kembali kepada kiriman kali ini adalah sedikit kajian mengenai tayar Goodride, pada awalnya Tedi membuat kajian ini kerana mahu mengetahui sama ada tayar Goodride ini adakah keluaran Thailand, tapi kesudahannya Tedi mendapati bahawa tayar Goodride ini daripada China dan bukan Thailand. Tedi masih belum berpuas hati tetapi Tedi rekodkan kajian ini mungkin akan menjadi rujukan untuk kajian seterusnya nanti. Tayar Goodride Tayar Goodride merupakan jenama yang dikeluarkan oleh ZC Rubber. Produk tayar Goo...

Iron Baju Susah Nak Iron

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Baru sahaja balik dari berlari di Dataran Nilai. Menghadap komputer riba ( laptop ) berjenama DELL sebentar untuk mengemaskini interpretZZ yang telah lama dibiarkan bersawang. Apabila disemak secara rawak pada kiriman ke 5 di halaman ke 12, Tedi terserempak dengan draft yang kandungi sekeping foto seperti di bawah ini. Ini adalah foto sehelai baju yang diperbuat daripada kain kapas yang amat sukar untuk digosok. Kain seperti ini selalunya memerlukan bantuan seterika berwap air ( steam iron ) untuk digosok. Malangnya ketika itu kami berada di rumah Mak Long di Sungai Besar di mana seterikanya telah lama tidak gunakan wap air kerana Mak Long lebih suka gunakan penyembur. Ketika inilah bala mula menimpa kerana beberapa faktor iaitu (a) jenis kain yang sukar digosok (b) seterika yang Tedi tiada pengalaman menggunakannya (c) sterika yang telah lama tidak dicuci. Mungkin kawan-kawan ha...

Popular