Komen telefon OPPO R9s
Hari ini Tedi nak kaji sikit pasal telefon pintar OPPO R9s sebab Mommy berkira-kira nak beli telefon tersebut. OPPO R9s secara umumnya telah diberi penilaian 8.2. Kelebihan Oppo R9s Melalui kajian Tedi telefon OPPO R9s ini adalah telefon pintar dengan kamera terbaik untuk telefon yang seharga dengannya. Jadi jika kalian hanya mahukan prestasi kamera maka bolehlah sambar telefon ini dengan pesanan jangan pedulikan kelemahan lain, atau boleh beli telefon lebih mahal untuk kamera sebagus OPPO R9s ni. Oppo R9s menggunakan teknologi caj super pantas VOOC menyebabkan ia boleh dicaj 75% hanya dalam 30 minit! Baterinya juga mengkagumkan kerana tahan lebih lama. OPPO R9s juga gunakan rekaan nipis dan ringan. Ia juga ada paparan menarik selain sokongan dual-SIM. Ia mempunyai ruang 64GB dan sokong SD mikro tambahan, malangnya SD mikro tambahan ini akan gunakan slot SIM 2. Kelemahan telefon OPPO R9s Kelemahan OPPR R9s adalah ia menggunakan rekaan dan perisian yang ditiru. Perisiannya sedik...