Catatan

[t15h07] Masjid Taman Dato' Harun

Imej
Masjid Taman Dato' Harun, U Mobile, Klinik Salim. Ini adalah salah sebuah masjid yang Tedi suka tengok. Jika lalu sahaja di Lebuhraya Pantai Baharu berdekatan Taman Medan, pasti Tedi akan menoleh mengintai kelibat masjid ini. Mungkin atapnya itu yang memberikannya kelainan dengan ciri-ciri senibina Melayu tradisi. Selain itu masjid ini terletak dalam kawasan dikeliling kedai-kedai, menjadikan ia masjid yang agak "mesra", tidak terasing dalam satu kawasan dia sendiri sahaja. Di hadapannya pada musim raya, ada penjualan lemang besar-besaran.   20150807

[t21a13] Berkebun di belakang rumah BBST

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Lukisan Aidan dan Aina di kebun sekangkang kera di belakang rumah kami. Kelihatan pohon pisang, serai, betik dan pohon mangga. Aidan sedang duduk bersimpuh manakala Aina sedang menjahanamkan pokok-pokok dengan menggunakan cangkul besi.    ~20210113~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t15h21] Ke Bukit Jalil tonton Kedah FA juarai Liga Perdana Malaysia

Imej
Karangan Tedi kali ini adalah mengenai pengalaman kami berkunjung ke Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur di Malaysia untuk menyaksikan Persatuan Bolasepak Negeri Kedah yang dikenali sebagai Lang Merah atau Hijau Kuning menjuarai Liga Perdana Malaysia tahun 2015. Pada malam itu Kedah FA menentang Kuala Lumpur DRB Hicom. Kami ke sana tentulah dengan menaiki kereta Proton SAGA BLM 1.3 IAFM transmisi manual. Kami letakkan kereta di kawasan perumahan orang, susah jugalah nak cari parking, maklum sahajalah ramai yang mahu melihat Kedah membelasah DRB Hicom. Gerai yang Master dan Mommy serbu untuk cari jersi Kedah edisi lengan panjang buat Mommy  20150821

[t23e25] Babi punya babi, dimakannya anak pisang yang ditanam Master

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ  Pagi ini sekitar jam 2 ke 3 pagi Master sedang menyidai kain. Tidak beberapa lama lalu dua buah motosikal ditunggangi anggota Rela yang membuat rondaan menjaga keselamatan taman perumahan kami. Tiba-tiba salah seorang di antara mereka menyuluh ke kawasan tanah lapang di hadapan rumah kami sambil berkata "Besar weh". Master pun memerhatikan apa yang disuluh mereka dan kelihatan seekor babi sedang meratah anak-anak pisang yang baru dialihkan Master. Babi punya babi. Kata Master dalam hati sambil kemudian beristighfar cuba mengikhlaskan hati meredhai pemergian anak-anak pisang itu dimakan babi. Mungkin itu rezeki sang babi dan alhamdulillah Master menjadi perantaraan untuk babi itu merasa makan anak pisang. Pada waktu siang Master pun menjenguk anak-anak pisang dan kelihatan 5 batang anak pisang telah tumbang, hilang akarnya dan lunyai batangnya. Mungkin babi itu mencari u...

[t19d24] Sakit Gigi Bahaya untuk Jantung Berlubang

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ  Hari ini (ketika kiriman ini mula ditaip) temujanji Aina bersama Paediatric Cardiologist di Hospital Serdang. Temujanji ini untuk menggantikan temujanji bulan Disember tahun lepas. Letak Kereta di MAEPS Serdang guna Touch 'n Go Master Berebut Belon dengan Budak Beri Aina Ubat Tidur Lubang Atas Sudah Tertutup Jangkitan Kuman pada Gigi Boleh Beri Kesan Buruk pada Jantung Berlubang Singgah di Wisma Sumber Asli Singgah di Areeya Seafood Mesyuarat Combi Paras Gula dalam Darah Mummy Naik Letak Kereta di MAEPS Serdang guna Touch 'n Go Master menurunkan Mummy dan Aina di lobi utama Hospital Serdang sebelum meletakkan kereta di MAEPS menggunakan kad Touch n Go. Bas shuttle  dari MAEPS ke Hospital Serdang disediakan. Bayaran yang dikenakan kepada kami ialah RM8 (lapan Ringgit Malaysia) untuk tempoh lebih kurang 6 jam. Kawan Master kata caj RM 8 adalah kadar maksimum bayaran letak...

Beruang Hitam pecah masuk zoo.

Imej
Selalunya zoo berusaha untuk memastikan haiwan di dalamnya tidak keluar.     Namun sebaliknya bagi seorang penjaga Knoxville Zoo di Tennessee apabila dia menyaksikan seekor Beruang Hitam memanjat tembok 10-kaki sebelum merayau-rayau di dalam zoo itu.   Dia segera memeriksa semua Beruang Hitam dalam zoo itu, dan selepas pasti bahawa Beruang Hitam yang dijumpainya tadi adalah "penceroboh", dia segera mencarinya semula namun tidak ketemu.   Selepas tiada kesan beruang itu dijumpai, pihak zoo berpendapat beruang itu telah blah daripada zoo tersebut.   "Black Bear Falls kelolaan zoo kami adalah di antara terbaik di negara ini, jadi mungkin berita itu sudah tersebar di kalangan masyarakat Beruang Hitam." - Pengarah Eksekutif Knoxville Zoo, Lisa New.   Sumber:  Black bear scales 10-foot fence to visit Knoxville Zoo 20130627

[t14a26] Melawat Batu Malin Kundang di Pantai Air Manis Padang Sumatera Barat Indonesia

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sebenarnya Tedi mencari gambar air manis dalam koleksi foto interpretZZ tetapi yang keluar adalah gambar replika batu tong kayu di bawah. Tedi pun terkesima dan mengkaji mengenai gambar ini, rupa-rupanya ini adalah foto semasa Mummy dan Master melancong ke Padang Indonesia di Batu Malin Kundang di Pantai Airmanis. Ia adalah hari terakhir mereka berada di Padang sebelum kembali ke Malaysia iaitu pada 26 Januari. Salah satu gambar pada hari tersebut terselit dalam kiriman bertajuk Selamat tinggal InterpretZZ ??? . Gambar kononnya peti kayu di atas kapal Malin Kundang yang telah menjadi batu akibat sumpahan ibunya. # Sunday, 26 January 2014, 10:40 # 20140126 # Canon EOS 500D # 20140126-padang (96)-EFFECTS # Air Manis, Padang Selatan, Padang City, West Sumatra, Indonesia # Malin Kundang ini kisahnya adalah serupa kisah Si Tanggang di Malaysia di mana watak ini akhirnya dikatakan ...

Popular