Catatan

[t22j01] Kedah tersungkur di Darul Aman: Kedah 0 - 1 PJ City

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Harapan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk meraih tiga mata ke atas Petaling Jaya City FC pada aksi Liga Super 2022 musnah apabila tewas 0-1 di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu. Jaringan tunggal R Ruventhiran pada minit ke-69 cukup buat pelawat meraih kemenangan yang sebelum itu turut memperoleh beberapa peluang namun percubaan gagal menerjah gawang gol tuan rumah. Gol tersebut berpunca daripada serangan balas PJ City yang dilakukan oleh Mahali Jasuli yang kemudiannya menghantar bola tersebut dari sebelah tepi sebelum disambar Ruventhiran untuk menjaringkan gol. Kemenangan PJ City itu menamatkan rekod tiga kemenangan berturut-turut yang diraih oleh KDA FC sebelum ini. Pada minit ke-44, pelawat juga memperoleh peluang terbaik untuk berada di hadapan namun tandukan Shivan Pillay sekadar tersasar di tepi tiang gol KDA FC. Sang Kenari juga mempunyai peluang pada minit ke-61 den...

[t23c29] Ikan untuk Kucing

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Ikan adalah sumber protein yang baik untuk kucing dan boleh menjadi tambahan yang sihat kepada diet mereka. Beberapa jenis ikan yang baik untuk diberikan kepada kucing termasuklah: haruan keli kod salmon tongkol tuna Ikan-ikan ini tinggi protein dan asid lemak omega-3, yang merupakan nutrien penting bagi kucing. Mereka juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang dapat membantu menjadikan kucing kita sihat dan kuat. Rujukan Cats And Fish: What Fish Is Best To Feed Your Cat? - Pets Blog. https://www.getpebby.com/cats-and-fish-what-fish-is-best-to-feed-your-cat/ Cats And Fish: What Fish Is Best To Feed Your Cat? - Pets Blog. https://bing.com/search?q=fish+for+cats Truth About Feeding Fish to Your Cat | Hill's Pet. https://www.hillspet.com/cat-care/nutrition-feeding/is-fish-good-for-cats . ~20230329~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, te...

Siapa yang terkejut ni?

Imej
Gambar jelingan maut seekor Ikan Napoleon kepada seorang penyelam   Tak dapat Tedi fikirkan apakah sebenarnya yang bermain di benak fikiran Ikan Napoleon ini? Gambar ini merupakan gambar spontan pelancong bernama Henric Carlstorm yang diambil di terumbu karang Great Barrier Reef di Australia.  "Saya tak nampak dia pun, dan mungkin dia pun tak nampak saya, sebab itulah kami sama-sama terperanjat" - Carlstorm. Ikan Napoleon, juga dikenali sebagai ikan wrasse humphead , adalah sejenis ikan karnivor berwarna cerah yang sering ditemui di terumbu karang di selatan dan tengah Lautan Pasifik. Ikan Napoleon boleh membesar sehingga 8 kaki panjang dan boleh hidup sehingga 30 tahun. Ikan Napoleon ini juga dikatakan mesra dengan manusia. "Ramai tapak menyelam di Great Barrier Reef mempunyai satu atau dua 'tetamu tetap' yang menyukai penyelam dan segera keluar untuk menyambut mereka, sehingga ia menjadi sedikit tarikan," tulis pengguna Reddit lucilletwo. Ikan Napoleon te...

[t23c28] Pembaharuan Keahlian Badan Khairat Kematian Masjid Jamek Sultan Hisamuddin BBST secara offline dan online

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pesanan khidmat masyarakat dari Biro Khairat Masjid Jamek Sultan Hisamuddin Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) . Pembaharuan keahlian dibuka mulai 1 Januari dan akan berakhir pada 31 Mac. Ahli-ahli yang ingin memperbaharui boleh membuat bayaran di pejabat Masjid : Hari : Isnin - Jumaat Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang Bayaran pembaharuan : RM 40 / tahun Keahlian baru : RM 70 Bayaran secara online amatlah digalakkan dan boleh dibuat ke : Akaun AGRO BANK Badan Khairat Kematian 1005 5510 0004 1014 Sila hantar bukti pembayaran kepada Bendahari Khairat menggunakan aplikasi whatsapp berserta nombor ahli ke talian 014-2667694 Sekian. Terima kasih * bayaran secara online tiada resit khairat. Semakan boleh dibuat di laman web  Badan Khairat Kematian (masjidbbst.com) . Kiriman ini adalah nota buat Master mengenai cara pembaruan keahlian Badan Khairat Kematian Masjid Jamek Sultan Hisamu...

[t23b19] Bin Zayed penaja utama Kedah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan:  Bin Zayed penaja utama Kedah ,  Siapakah Bin Zayed International? Bin Zayed penaja utama Kedah KEDAH  Darul Aman (KDA) FC mendapat suntikan motivasi yang tinggi apabila menerima tajaan antarabangsa daripada Bin Zayed International bagi mengharungi cabaran sengit pada saingan Liga Malaysia 2023. Pemiliknya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, sokongan dari syarikat gergasi yang berpangkalan di Dubai diharapkan mampu merealisasikan hasrat pengurusan kelab untuk melihat skuad kendalian Nafuzi Zain muncul empat pasukan terbaik Liga Super pada musim ini. "Ketua Pegawai Eksekutif Bin Zayed International telah menyatakan bahawa ingin melihat KDA FC muncul satu pasukan yang boleh memberi saingan kepada semua pasukan dalam Liga Malaysia. "Kita mempunyai sasaran yang cukup umum untuk cuba membawa KDA FC muncul empat pasukan terbaik untuk tahun ini dan piala itu sat...

[t16d12] Pecah Rekod Peribadi 7.41 Kilometer

Imej
Alhamdulillah, dapat pecah rekod jarak terjauh peribadi 7.41 kilometer. Ambil masa 1 jam 8 minit 43 saat untuk habiskan jarak tersebut. Penat tak boleh nak katalah, terasa jauh yang amat 7.41 kilometer tu. Purata masa yang diambil pula jauh dari sasaran 7 minit per kilometer, iaitu 9 minit 16 saat per kilometer . Tedi telah berjaya membakar 468 kalori , tidak sampai sasaran 600 kalori. Ini bermakna Tedi telah menghilangkan lebih kurang 0.03 kilogram lemak . Huhuhuhu... Pecutan semakin perlahan. Tedi tak tahu apa sebabnya tapi nampaknya pecutan Tedi semakin perlahan. Semalam paling laju ialah 7 minit 41 saat , dan tidak konsisten selepas itu, ada yang 8, 9, dan 10 minit per kilometer, di mana yang paling perlahan adalah 10 minit 17 saat . Sepatutnya Tedi konsisten 7 minit untuk setiap kilometer, tapi tak tahulah, nak kata kaki sakit, tak pula.. cuma rasa agak keletihan tadi dan langkah pun tak konsisten, sepatutnya kekalkan kelajuan yang selesa. 20160412

[t23c20] Hantar borang daftar Aina sekolah KAFA sesi 2024

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Aina kembali ke tadika sesi 2023 Hari ini secara rasminya bermula sesi tadika Aina tahun 2023. Walaupun mengamuk dikejut dari tidur Aina berjaya sampai ke tadika sekitar jam 8:30 pagi. Aidan mengamuk tak mahu bawa seluar dalam Pagi hari ini Aidan mengamuk apabila tahu ada seluar dalam di dalam beg sekolahnya. Dia mengamuk tak mahu bawa seluar dalam dan masih mahu pakai lampin pakai buang. Mungkin dia trauma kerana diejek Mummy kerana kencing dalam seluar pada minggu lepas. Master hantar borang pendaftaran sekolah KAFA Aina sesi 2024 Hari ini selepas hantar Aidan ke Taska, Master hantar borang pendaftaran sekolah KAF untuk Aina bagi sesi 2024. Gotong-royong surau taman Malam ini selepas Isyak ada sesi gotong-royong bersihkan surau sempena kedatangan bulan Ramadhan. Master sempat turut serta sehingga jam 10 malam. Master balik awal kerana Tok Abah, Tok Ma, dan Cik Su datang ke rumah...

Popular