Catatan

[t22j28] SourceTree GIT fatal bad objects remote did not send all neccessary objects

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Seperti yang telah diceritakan dalam kiriman bertajuk  [t22j18] loose object stored in git objects is corrupt , GIT menemui pelbagai masalah setelah dipindahkan ke komputer riba baru. Masalah yang kedua adalah mesej "fatal: bad object" ketika operasi seperti fetch, pull, atau check out dilaksanakan. Kadangkala disertai dengan mesej "did not send all neccessary objects" . Setelah diperhatikan kami mendapati bahawa object yang dikatakan bad object itu ada terpampang dalam SourceTree tetapi tiada di GitLab remote . Ini bermaksud mungkin apa yang ada dalam local tidak terkini seperti dalam server . Jika sebelum ini kami gantikan semua dalam folder .git/objects, kali ini kami search nama object yang dipaparkan dalam mesej bad object itu, dan kemudian kami delete fail-fail yang berkenaan. Tetapi ikhtiar itu hanya berkesan kepada sebahagian bad object sahaj...

[t22j20] Netbeans 15 tersekat semasa start

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Alkisahnya Master terpaksa tukar cakera keras komputer riba beliau semalam kerana telah corrupt. Master mula install semua perisian yang diperlukan. Salah satunya adalah Netbeans IDE versi 15. Tetapi apabila Master mulakan program tersebut ia hanya akan crash semasa start up. Beberapa kali terminate dan restart pun tetap sama. Run as administrator pun sama juga. Tedi mengkaji apakah masalah dengan Netbeans 15 kepunyaan Master itu. Setelah melalui beberapa pembacaan Tedi mengesyaki bahawa puncanya adalah JDK yang digunakan di mana Master install JDK 8. Netbeans 15 memerlukan lebih daripada JDK 8 dan JDK 17 adalah salah satu JDK yang diterima. Setelah install JDK 17 dan tukar tetapan suapaya Netbeans menggunakan JDK 8, Netbeans 15 itu tidak crash lagi. ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t22j18] loose object stored in git objects is corrupt

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Ini adalah error yang pelik semasa menggunakan SourceTree dan GIT. Jumpa error seperti di bawah: git -c diff.mnemonicprefix=false -c core.quotepath=false --no-optional-locks checkout --progress error: inflate: data stream error (incorrect header check) error: unable to unpack header fatal: loose object stored in .git/objects is corrupt Kebetulan pada masa ini komputer riba dengan sistem operasi Windows 10 menghadapi masalah di mana banyak fail hilang dalam partition D. Berlaku juga masalah tidak dapat akses folder dalam partition D kerana tetapan keselamatan telah berubah. Kawan arahkan backup semua fail yang ada dalam komputer riba ini. Jadi Tedi berpendapat bahawa masalah di atas adalah kerana masalah yang sama di mana fail dalam folder .git telah rosak. Apabila masalah ini berlaku kita tak boleh check out branch lain. Tak nampak changes yang telah dibuat. Banyak lagila...

[t12e01] Jalan Putra, Kuala Lumpur, Malaysia

Imej
Jalan Putra Destinasi utama yang berhampiran: Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Centre) yang dikenali dengan akronim PWTC. Hentian Putra, stesen bas untuk ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Pahang, Terengganu, Kelantan). Pusat membeli-belah The Mall. Kemudahan tren terhampir: Stesen STAR-LRT PWTC. Stesen KTM Komuter Putra. Hotel Sani kelihatan di sebelah kanan apabila menghala ke Jalan Kuching atau PWTC (1 Mei 2012). Hotel Sani adalah salah sebuah hotel Kuala Lumpur yang terletak berdekatan dengan PWTC Kuala Lumpur.   Hotel Seri Pacific di sebelah kanan apabila menghala ke Jalan Kuching atau PWTC (1 Mei 2012). Hotel ini adalah salah satu hotel Kuala Lumpur berhampiran PWTC Kuala Lumpur. 20120501

[t16i07] Hantaran RaFID

Imej
Hari ini adalah hari yang agak mendebarkan buat Master kerana hari ini adalah hari di mana semua kod dan dokumentasi perlu diserahkan kepada semua pihak ketiga. Project Manager sudah tentu panas punggung jika tidak dapat dipenuhi kehendak mereka pada hari ini kerana mereka telah menabur janji-janji yang tidak pasti dan harap-harapnya bukan janji dicapati. Kod sudah selesai cuma ada satu aplikasi contoh yang belum dapat disulitkan kandungannya. Hal ini adalah kritikal tatkala tiada siapa yang berpengalaman dalam menangani ralat-ralat yang terhasil apabila pustaka untuk pihak ketiga itu disulitkan. Ia telah berjaya disulitkan namun ia tidak dapat digunakan ketika proses pembangunan. Seorang rakan mencadangkan ujian unit dilaksanakan ke atas pustaka tersebut, dan Master mula menggaru kepala kerana tidak berapa fasih menggunakan teknologi ujian unit. Selain itu Master juga sepatutnya menguji kandungan modul akses terlindung yang dijana sebelum diserahkan kepada PM. Oh sedapnya kalian...

Hukum Lipas Jatuh dalam Makanan

Imej
Baiklah, saya sangat letih hari ini. Saya mahu menaip sesuatu dan kemudian berehat. Memandangkan tiada kiriman yang pendek akan terhasil jika Tedi yang mengarangnya, maka malam ini Tedi mahu kongsikan satu soalan. Makanan jadi najis jika lipas jatuh ke dalamnya? Soalan: "Seekor lipas terjatuh ke dalam masakan saya. Apakah masakan yang saya masak itu menjadi najis?" Jawapan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood: Sekiranya makanan yang anda masak dimasuki oleh lipas tetapi tidak menjejaskan makanan seperti jadi berbau, perkara ini dimaafkan. Kawasan yang lipas jatuh ke atasnya hendaklah dibuang sahaja. Memadai anda melakukan sedemikian tanpa membuang semua makanan tersebut.   Sumber: Fekah Wanita, Majalah I, 20210217

Travelog Taiping TL30-UA01

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari ini kami memulakan perjalanan menuju ke Taiping. Rencananya adalah untuk tinggal di sana untuk dua malam dan kemudian tinggal di Ipoh satu malam. Tujuan utama adalah untuk melawat opah Mummy di Ipoh yang uzur, manakala singgah di Taiping ini adalah aktiviti sampingan untuk membawa Aina dan Aidan berjalan-jalan di Taiping. Hari 1 :  Singgah di kedai makan Bawal Power Sempoi di Futurise di Cyberjaya Singgah di Stesen Petronas Au Long dan masjid Au Long Singgah di Taman Tasik Taiping Singgah makan Yong Tau Fu di Kompleks Penjaja Taiping Menginap di SSL Traders Hari 2 :  Bersarapan di hotel SSL Traders Melawat Zoo Taiping Makan di Casual Market Hari 3 : Daftar Keluar dari Hotel SSL Traders Kamunting Melawat Muzium ...

Popular