Catatan

T18D20 Logik Kabur mudahkan kehidupan

Imej
Logik Kabur? Fungsi fuzzy pada mesin basuh Maksud Fuzzy Lain-lain Logik Kabur? Apa benda tu? Mungkin itulah persoalan yang bermain di minda kalian kan? Logik kabur tu Tedi terjemah terus daripada Bahasa Inggeris perkataan "fuzzy logic". Apakah dia  fuzzy logic tersebut? Ia adalah satu jenis kepintaran buatan yang membolehkan peralatan atau mesin untuk membuat keputusan berdasarkan kepada beberapa input yang tidak jelas (kabur). Jika kawan-kawan tidak biasa dengan istilah kepintaran buatan ia adalah terjemahan kepada artificial intteligence atau selalunya disingkatkan kepada AI  yang secara pendeknya Tedi simpulkan sebagai kebolehan mesin meniru keupayaan manusia berfikir.   Fungsi fuzzy pada mesin basuh Contoh terbaik penggunaan  fuzzy logic ni adalah pada mesin basuh automatik seperti mesin basuh HAEIR yang kami gunakan sekarang. Apabila kita masukkan baju dalam mesin basuh automatik dengan ciri  fuzzy logic ni, apakah perkara pertama akan dilakukannya? Ia...

[t12f18] Kids, they... Scan, Save, Copy, and Paste!

Imej
Lukisan kartun mengisahkan perbuatan seorang kanak-kanak perempuan meniru perbuatan kakaknya memakai tudung. Kartun yang amat menarik dan mempunyai mesej mendalam, terutamanya buat ibu-bapa. Kanak-kanak memang suka memperhati dan mencuba sesuatu yang baru dikenali. Sumber inspirasi mereka tentulah insan yang rapat dengan mereka yang boleh dijadikan idola. Jadi jika ada perangai yang para ibu bapa tidak berkenan pada kanak-kanak itu boleh jadi adalah cerminan kepada perangai atau sikap ibu bapa kepada kanak-kanak itu sendiri. Jika tidak masakan ada peribahasa ketam menyuruhkan anaknya berjalan betul yang bermaksud "Orang yang memberi nasihat, tetapi dia sendiri tidak melakukan sebagai yang dinasihatkannya itu" . Sumber: tidak dapat dikenalpasti.

[t14g31] Restoran Naimah Adik-Beradik

Imej
Restoran yang terletak di Bandariang, Gerik ini merupakan kedai makan pertama kami temui selepas menembusi Lebuhraya Timur Barat pada tengah malam Kehadirannya membawa berita gembira setelah berjam-jam (2 jam lebih) menempuhi Lebuhraya Timur Barat yang gelap gelita dan tiada hentian rehat. Ralat: sebenarnya ada hentian rehat di Lebuhraya Timur Barat tetapi pada waktu malam dalam suasana gelap gelita dan sunyi mungkin tidak dibuka atau kami yang tidak perasan kehadirannya dan jika perasan pun adakah kami akan berhenti? Mungkin tidak. Ketika ini kami dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Sepang , di mana sebelum meniggalkan Kota Bharu kami sempat singgah di  Kedai Serbanika ECO . . Restoran Naimah Adik Beradik KM 5.2 Jalan Raya Timur Barat, Bandariang, Gerik, Perak, Malaysia.   Kelihatan banyak kereta berhenti di sini menandakan kedudukan kedai makan ini amat strategik bagi pengguna Lebuhraya Timur Barat.   20140731

[t13e23] PM Najib tolong mansuh tol ...

Imej
    Bukan semua tol perlu dimansuhkan , tapi tol dalam bandar itu memang sungguh tak logik! (Sebenarnya bila difikirkan, logik juga, kalau Tedi fikir sebagai bos konsesi tol la.) Susah orang nak pergi kerja, nak shopping , kadang2 nak u-turn pun kena dah 2 tol!   Cuba Dato' Seri Najib baca petikan akhbar di bawah berkenaan pemansuhan tol yang diperjuangkan oleh hulubalang2 UMNO & BN sendiri. Ini membuktikan orang bawahan Dato' Seri memahami permasalahan rakyat.   Malangnya siapakah yang menghalang Dato' Seri daripada menerima maklumat yang betul?   Adakah mereka di sekeliling Dato' Seri merupakan pemimpin yang bersih, cekap & amanah? Atau mereka hanya mementingkan perut buncit masing2?   Dato' Seri jangan risau, perut Tedi pun buncit juga, tapi Tedi tak buncit sekor2, Tedi ajak kawan2 sekali. Sinar Harian, 02 Dis 2011: UMNO Selangor minta mansuhkan tol Batu Tiga Sinar Harian, 12 Mei 2012: UMNO Shah Alam desak hapus tol Batu Tiga & Sungai Rasa...

[t17a20] Piala Sumbangsih: JDT vs Kedah

Imej
Malam ini jam 8.30 malam akan berlangsung perlawanan Piala Sumbangsih Malaysia 2017 di antara Johor Darul Takzim dan Kedah FA. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Larkin. Siaran lansung pula boleh ditonton di TV3. Tedi doakan semoga pasukan kesayangan Master itu akan memperolehi kemenangan pada malam ini. Di samping itu telah berlaku perang saraf di antara pasukan JDT dan Kedah. Di bawah ini adalah poster yang amat cool oleh seorang penyokong Kedah bernama Budak Merbok. Sungguh win suntingan beliau ini. Di bawah ini pula adalah poster dari penyokong Kedah, Bandar Baharu Kedah Selatan dan Padang Serai. Di bawah ini adalah Piala Subangsih yang bakal dimenangi oleh mana-mana pasukan yang menang pada malam ini. Kedah menang !!! Tahniah kepada Kedah FA kerana memenangi Piala Sumbangsih. Walaupun agak terkilan kerana Kedah hanya seri dan mendapat satu mata untuk Liga Super Malaysia, namun sedikit terubat kerana menang piala. Seronok Tedi tengok gol jaringan Badrol Bakht...

[t08d08] Ambil kit larian MMU E-Bee Run di D'Pulze Cyberjaya

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad, dan keluarganya, dan para sahabat baginda.   Karangan kali ini adalah sedikit catatan tentang apa yang berlaku pada hari ini. Tidak berkesempatan Tedi nak ceritakan satu-satu, maka Tedi rumuskan sahaja dalam kiriman ini. Leicester City 1 - 2 Newcastle United ,  Hafizh Syahrin di MotoGP Argentina Termas de Rio Hondo ,  Rakan Sepejabat Master sertai Standard Chartered KL Marathon ,  Makan di Restoran Saba Cyberjaya ,  Ambil kit larian MMU e-Bee Run di Dpulze Shopping Centre Cyberjaya ,  Singgah ke Klinik Siti di KIP Sentral di Kota Warisan Untuk catatan pada hari ini, 8 April. Leicester City 1 - 2 Newcastle United Newcastle United telah mengalahkan Leicester City di halaman lawan dengan keputusan 1-2. Nasib baik gol cantik Ayoze Perez telah mengunci kemenangan tersebut. Keputusan ini menyaksikan Newcastle kini berada di tangga ke sepuluh Liga Perda...

[t17f28] Dari Kota Bharu ke TBS naik bas Transnasional

Jam 7.30 malam Kami bertolak dari Kampung Delima, singgah di Masjid Wakaf Bharu untuk tunaikan solat Isya. Jam 8.20 malam Kami sampai di Hentian Bas Tesco Kota Bharu, tapi apabila sampai di depan kaunter Transnasional, ia tutup dengan notis, semua bas dari Kota Bharu kena naik di Stesen Bas Pusat Bandar Kota Bharu. Jam 8.30 malam. Kami bergegas ke sana, Master menelefon Transnasional Kota Bharu dan dimaklumkan bahawa bas kami belum tiba dan dijangka sampai jam 9 malam. Jam 8.40 malam Kami tiba di Stesen Bas Pusat Bandar Kota Bharu. Tok Abah meninggalkan kami di situ. Master tunaikan solat Isya di surau stesen tersebut. Keadaan stesen bas yang menjadi pusat baa Transnasional, Nice, dan City Liner itu agak kecil dan serabut, Kota Bharu tampak memerlukan stesen bas yang lebih sempurna. Jam 9.00 malam Bas kami masih belum tiba. Master pergi minum neacafe panas gelas kecil di sebuah restoran Thai. Harga mahal RM 1.80, mentang-mentang dia aja niaga pada masa tersebut. Jam 9.30 mal...

Popular