Catatan

[t14h30] Makan malam di MR KB, Cyberjaya

Imej
Letihnya badan Tedi, bangun awal pagi pun masih keletihan? Tapi Tedi tetap mengambil peluang ini untuk mencoret sesuatu kerana pengalaman semalam rugi jika dibiarkan begitu sahaja. Kisah bermula apabila kami kelaparan dan mengisi minyak di Cyberjaya . Selalunya di Cyberjaya kami akan singgah makan di Restoran Saba atau Sanaa  (yang Master dah senaraihitam sebab khidmat dan hidangan tak memuaskan padahal masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan). Adalah sekali kami singgah ke Restoran Sedap Senghoti . Tapi malam itu, Master nak mencuba kedai lain pula, maka kami berlegar di kawasan The Domain . Persekitaran di sana agak meriah mungkin kerana ramainya warga Timur Tengah yang belajar di Malaysia, menetap di sana. Di kawasan yang ceria itu, ada satu kedai yang amat menarik perhatian dek rupanya iaitu Mr. Kabab & Biryani . Selebihnya, biarlah gambar yang berbicara. Mr. Kabab & Biryani menyediakan makanan tradisi Arab dan Pakistan.   Restoran ni ...

[t16g01] Facebook tunjuk kawan dulu

Imej
Facebook telah mengumumkan kemaskini terbaru pada sistem Suapan Berita mereka pada hari Rabu lepas. Kemaskini itu akan membuatkan para pengguna Facebook ditunjukkan lebih banyak kiriman daripada keluarga dan kawan-kawan mereka berbanding kiriman para penerbit. Facebook berkata bahawa mereka bukannya memilih apa yang patut dibaca oleh pengguna, sebaliknya mereka mahu hubungkan para manusia dan juga idea mereka. Facebook juga menyatakan bahawa kemaskini itu akan menyebabkan beberapa Laman penerbit akan kehilangan trafik. Tedi rasa bagus juga kemaskini sebegini diadakan mungkin Facebook mahu kembali ke asas di mana pada suatu masa dulu Facebook adalah tempat manusia berkongsi kiriman dan idea, bukan tempat iklan. Lagipun Facebook mungkin sedar bahawa mereka kini punyai ramai pesaing. Kalaulah ASTRO ada ramai pesaing... huhuhu... 20160701

[t14j01] Microsoft Security Essential jadi pilihan

Imej
Memilih perisian antivirus percuma bagi Mommy bukannya satu perkara mudah. Pagi ini Tedi menolong memasang perisian yang diperlukan ke dalam komputer riba pejabat milik Mommy. Selain memasang pelayar internet percuma Google Chrome , menaiktaraf pelayar internet Microsoft Internet Explorer ke versi 11 ( IE11 ), Tedi juga memasang perisian keselamatan Microsoft Security Essential ( MSE ). http://en.wikipedia.org/wiki/Microsoft_Security_Essentials   Sesungguhnya banyak lagi antivirus percuma namun kenapa harus Tedi pilih MSE? MSE pun bukannya terletak paling atas dalam senarai perisian antivirus percuma. Sebabnya kerana komputer ini adalah komputer pejabat Mommy, maka tidak boleh pasang antivirus percuma yang didedikasikan kepada penggunaan di rumah sahaja. Jika mahu guna di dalam rangkaian pejabat seharusnya kena guna yang berbayar. Ketika inilah MSE muncul mengatasi antivirus lain seperti Panda Security , AVG Free dan Avast .  Lagipun Tedi pasang sementara Tedi guna interne...

[t13f26] Tedi Kejar Burung

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Tedi terjaga daripada tidur apabila bunyi bising menyelubungi alam. Alhamdulillah, rupa-rupanya hujan lebat menyirami bumi berjerebu ini, setelah hampir seminggu rasanya tidak hujan. Tedi lihat jam, owh, sudah jam 6 pagi, masa yang sesuai untuk Tedi memandikan diri dan berwangi-wangian. Sesuai dengan rupa Tedi yang cute ini, eloklah pula diserikan dengan haruman yang menggoda jiwa. Seperti pagi-pagi yang lain, Tedi meminta bantuan Iron Man untuk menyiapkan pakaian sekolah Tedi. Nak tahu apa kerja si Iron Man? Silakan baca " Ada apa dengan Iron Man? ". http://blogdebrinquedo.com.br/2012/05/01/ursinhos-de-pelucia-dos-vingadores/ Ketika Tedi menemani si Iron Man, kedengaran suara yang agak merdu di luar jendela. Tedi intai di sebalik tirai kamar dan Tedi mendapati seekor haiwan yang kurang cute berbanding Tedi seolah-olah sedang mencari sesuatu. Selalunya Tedi faham bahasa...

[t22f22] Merisik Hotel Kucing; singgah di Car Boot Sale Warisan @ KIP Sentral

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Singgah di JS Pet Shop Kota Warisan untuk risik harga hotel kucing. RM 25 satu malam untuk 2 ekor anak kucing tidak termasuk makanan. Hajatnya nak cari tempat di mana Black dan Tiger boleh bermalam sementara kami sekeluarga bercuti raya haji nanti. # JS pet shop # a place for you and your pets # pet supplies, cat hotel # 016-2182930, 03-87069479 # # Wednesday, 22 June 2022, 19:29 # IMG_20220622_192953 # 20220622 # Xiaomi M2101K7BG # KIP Sentral, 52 & 2-52, G-52, 1, Jalan Warisan Sentral 2, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor # https://goo.gl/maps/tFSd5oksaiuoK1UU7  #   Gambar sepanduk car boot sale warisan @ KIP Sentral dan beberapa iklan di sekitarnya. # KUMON Open For Registration 013-386 7478 # LORI SEWA STOLY PINDAH RUMAH 012-505 8571 # FP1 # car boot sale warisan @ kip Sentral. JOM DATANG BERAMAI-RAMAI Setiap Hari Rabu, Khamis & Cuti Umum. Lokasi: Tapak park...

[T20F27] Singgah di Menara Condong Teluk Intan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Memandangkan ada yang bertanya mana gambar Menara Condong Teluk Intan maka Tedi kepilkan di sini untuk tatapan kalian. Jika kalian nak lukisan menara condong Teluk Intan sila ke kiriman bertajuk  Lukisan Sebuah Menara Usang . Sekadar untuk maklumat ringkas menara condong sebenarnya bukanlah dibina condong sebaliknya ia menjadi condong setelah beberapa lama. Terletak di Teluk Intan atau pada suatu masa dulu dipanggil Teluk Anson, berhampiran dengan Sungai Perak. Kami singgah di sini setelah  Bermalam di Dorani Bayu Resort di Sungai Besar di Selangor di Malaysia . Kami mahu menuju ke Lumut sambil itu mencari tempat yang menarik untuk dikunjungi dalam perjalanan. Sebenarnya bukan di tengah perjalanan kerana jika diceritakan secara ringkas untuk ke Teluk Intan kita kena ke kanan di persimpangan jambatan Sungai Perak, ini bermakna kita kena patah balik jika mahu ke Lumut. Teta...

[t22e03] Raya ke-2 di Wakaf Bharu, Desa Rahmat, dan Kampung Kedemit

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Beraya di Desa Rahmat Singgah beraya di rumah sepupu Mummy di Desa Rahmat. Sepupu Mummy ni memang rajin buat rumah terbuka dan rumahnya adalah destinasi wajib beraya setiap Hari Raya. # Tuesday, 3 May 2022, 13:12 # IMG20220503131224 # OPPO Reno2 # Beraya di Kampung Kedemit Aina, Aidan & anak tuan rumah makan aiskrim Malaysia ketika Mummy beraya di rumah kawan beliau di Kampung Kedemit. Aina dan Aidan seperti orang mengantuk disorongkan bantal apabila terus tanpa segan silu menerima pelawaan makan aiskrim Malaysia daripada tuan rumah. # Tuesday, 3 May 2022, 15:28 # IMG_20220503_152805 # kamera telefon pintar Xiaomi M2101K7BG # Lorong Kedemit # Aina dan Aidan bergambar bersama-sama anak-anak tuan rumah sebelum berangkat pulang. # Tuesday, 3 May 2022, 15:48 # 20220503 # IMG20220503154847 # OPPO Reno2 # Lorong Kedemit #   ~20220503~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat ik...

Popular