[t17l16] Terbang ke Kuching dengan MAS
Diari ringkas penerbangan ke Kuching di Sarawak di Malaysia yang menceritakan pengalaman kami bermula dengan bergerak dari rumah, letak kereta di Stesen ERL Salak Tinggi, pengalaman menaiki ERL, berlepas dari KLIA, pengalaman dalam kapal terbang MAS, dan mendarat di Kuching. Seksyen: Kembara Bermula , Terlepas Tren ERL , Menaiki ERL , Daftar Masuk di Kaunter KLIA , Waktu Menaiki Kapal Terbang , Makanan Disediakan dalam Kapal Terbang Rupa-rupanya , dan Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di Sarawak . Kembara Bermula 4:30 pagi Bergerak ke Stesen ERL Salak Tinggi untuk letak kereta di sana sebelum menaiki tren ERL ke stesen KLIA. Kembara menaiki tren berkelajuan tinggi dari ERL Salak Tinggi ke KLIA adalah pilihan terbaik buat kami berbanding parking kereta di KLIA kerana kadar bayaran harga parking KLIA adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan kos letak kereta di ERL Salak Tinggi dan menaiki ERL. Cuma ji...