Catatan

[T16G16] Petani temui 255 duit syiling lama era British

Imej
255 keping duit syiling zaman British dari tahun 1862 ditemui oleh seorang petani di daerah Surajpur di India ketika membajak ladangnya. Petani bernama Phuleshwar Rajwade menemui syiling dengan cetakan imej Permaisuri Elizabeth itu dalam bekas besi bersama-sama sepupunya. Mereka menceritakan penemuan itu kepada kawan-kawan dan penduduk kampung sehingga tiba ke pengetahuan pihak polis yang datang dan merampas harta tersebut. Syiling itu kini dalam jagaan polis tempatan selaras dengan undang-undang India yang menyatakan harta yang ditemui di bawah tanah atau satu kaki di bawah tanah sebagai harta negara. Hal itu menyedihkan keluarga peladang itu yang sebelum ini bercadang untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual duit syiling tersebut. Pihak polis menyatakan bahawa duit syiling itu akan diserahkan kepada pengumpul daerah selepas laporan lanjut disediakan. Jangan pula syiling itu disonglap oleh pihak lain sudahlah, dan kerajaan India patut memberi penghargaan kepada si penemu harta...

[T15F06] Tips memilih bola boling

Imej
Yey.. hari ni nak pergi bermain bowling di Kompleks Sukan Airport Nilai. Mommy akan ada perlawanan bowling pada minggu hadapan bersama teman sepejabat, jadi pada hari ini Master akan membawa Mommy pergi bermain bowling di gelanggang bowling paling hampir. Kami pun pergilah berlatih di lokasi yang sesuai untuk bermain boling di Nilai iaitu Kompleks Sukan Airport Nilai. Tedi pun tentulah terpaksa turut serta dalam permainan bowling tersebut. Orang tua-tua kata, jika mahu menduga laut yang dalam, janganlah kail sejengkal cuma, maka Tedi perlulah menuntut ilmu bagaimana cara mahu bermain bowling. Tedi perlu tahu bagaimana cara memilih bola bowling dan apakah bola bowling yang sesuai untuk Tedi. Kali ini Tedi mahu belajar bagaimana cara memilih bola bowling yang betul dan sesuai dengan diri kita. Pilih bola bowling yang lubangnya muat jari kita. Tedi pilih bola bowling yang takkan tersangkut di jari semasa melontar. Biar longgar jangan ketat lubang jari tu. Pilih berat bola b...

[T16J24] Kenapa air kelapa bagus untuk kucing

Imej
Kebelakangan ini orang ramai mula gilakan kelapa terutama dalam bab kesihatan. Berbeza keadaannya sebelum ini di mana orang takut dengan santan kelapa dan memilih untuk menggunakan susu isian atau susu cair atau susu tepung. Kini lain pula apabila ia dikatakan sebagai rahsia kepada kerampingan badan, penuh nutrisi, dan khasiatnya pula berjela-jela. Air kelapa pula mula dibungkus dan kini boleh didapati di rak-rak pasaraya. Air kelapa bukan sahaja dianggap berkhasiat malah ia amat mudah untuk dinikmati, rendah kalori, dan secara semulajadinya adalah rendah kolestrol dan rendah lemak.   Ia mempunyai lebih potassium berbanding empat biji pisang dan ia adalah sangat menyegarkan. Ia kini dicadangkan sebagai minuman sukan semulajadi oleh para pemasar dan juga duta-duta jualan dengan pelbagai janji-janji seperti menyegarkan, merampingkan badan, dan ada juga yang mendakwa ia boleh menyembuhkan penyakit batu karang. Tetapi, adakah kita tahu bahawa air kelapa itu juga membawa manfaa...

[T17K16] Lukisan Sebuah Menara Usang

Imej
Karangan kali ini bukanlah satu karangan pun tetapi hanyalah satu coretan mengenai lukisan-lukisan sebuah menara usang untuk dijadikan rujukan persekolahan Tedi. Contoh lukisan menara yang usang satu menara sahaja. Gambar lukisan menara usang di dalam hutan yang dah roboh sebahagiannya dari Burnchurch Castle. Gambar di atas menunjukkan lukisan sebuah menara lama Grande di kawasan bukit lukisan menara condong Teluk Intan Gambar di atas pula adalah lukisan menara lama Teluk Intan yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Intan yang dikelilingi bangunan kedai dan gerai bergerak. Gambar di atas menunjukkan lukisan pensil sebuah menara tangki air lama. 20171116

Ulek Mayang, Ulik Mayang, Ulit Mayang, Ugam Mayang: satu kajian

Imej
Master dilahirkan di daerah Marang di negeri Terengganu, salah sebuah negeri di Pantai Timur di Semenanjung Malaysia. Sebagai anak kelahiran negeri penyu bertelur itu, Master membesar dengan dendangan satu lagu rakyat yang popular iaitu lagu Ulek Mayang. Kiriman ini akan cuba menyelusuri tentang lagu Ulik Mayang demi menjawab persoalan Master mengenai lagu ini. Kandungan:  Maksud Ulek Mayang?  |  Lirik asal Ulek Mayang telah diubah?  | Siapakah puteri 7 beradik itu? |  Lirik Ulek Mayang yang selalu ditemui  |  Lirik Ulek Mayang Puteri Bertujuh  |  Lirik Ulik Mayang Puteri Berbaju Hijau  |  Maksud Ngesa  |  Pakaian Ulek Mayang |  Kesimpulan  |  Rujukan Gambar Ulek Mayang lagu rakyat Terengganu dengan gambar dua buah perahu di tepi pantai berlatarbelakang langit biru saujana mata memandang Lagu Ulek Mayang ini mengikut cerita Tokki pada masa lalu dimainkan di pantai di Negeri Terengganu pada masa p...

T17C07 Kebaikan Muzik ke atas Jantung, Otak, dan Kesihatan Manusia

Imej
Alhamdulillah, setelah mengambil masa selama lebih kurang tiga hari tiga malam untuk menyiapkan kiriman ini, akhirnya ia berjaya juga disudahkan. Tersengguk-sengguk jugalah Tedi dibuatnya kerana ia memerlukan beberapa pembacaan yang agak berat. Berikut adalah beberapa kebaikan muzik: 1. Meningkatkan Kemahiran Visual dan Percakapan 2. Memelihara Kesihatan Otak Usia Tua 3. Muzik Menggembirakan Manusia 4. Degupan Jantung, Nadi, dan Tekanan Darah 5. Meningkatkan Kualiti Tidur 6. Tingkatkan Kekebalan Badan dan Kurangkan Kesakitan 7. Kurangkan Kemurungan dan Kerisauan Sumber foto: Mainkan musik cadas.. gadis berjilbab ini jadi perbincangan di ranah musik metal dunia.

T17G29 Master sah join JVCo

Imej
Gambar sekadar hiasan Semalam Master telah disahkan oleh Special Officer CEO untuk sertai JVCo. Pegawai Khas CEO juga telah berbincang dengan penyelia Master dan memutuskan bahawa Master akan sertai JVCo pada bulan November 2017 . Ini adalah kerana Master dikehendaki memulakan satu projek baru pada 1 Ogos dan wajib disiapkan pada Oktober 2017 . 3 bulan lagi baru Master akan dapat sertai pasukan baru dan projek baru. Sehubungan dengan itu Tedi sebagai penasihat khas kepada Master telah menasihati beliau untuk tidak menarik balik mana-mana permohonan kerja yang telah dihantar, sebaliknya harus merebut sebarang peluang untuk mendapat gaji yang lebih baik. Master seharusnya lebih demanding dan berkeyakinan dan jual mahal. Master seharusnya mengungkapkan kata-kata, "get me if you can" . Bulan November itu agak lewat, jadi Master harus berpegang kepada siapa cepat dia dapat. Pada petang semalam juga telah berlangsung upacara farewell untuk 3 bekas rakan sekerja Master. ...

Popular