Catatan

Bagaimana Google Map dapat maklumat trafik

Imej
Alhamdulillah, Tedi telah terpilih sebagai penguji beta untuk aplikasi Google Map. Oleh itu Tedi telah memilih untuk mula gunakan Google Navigation berbanding Waze. Tedi kadangkala terfikir adakah Google Map lebih baik berbanding Waze? Bagaimana pula Google Map boleh dapatkan maklumat trafik masa nyata padahal aplikasi tersebut tidak benarkan pengguna masukkan data sebagaimana Waze. Setakat ini Tedi lebih banyak sampai ke salah tempat apabila menggunakan Google Map berbanding Waze, selain Google Map juga kurang tepat mengesan jalan yang kita lalui contohnya dia akan fikir kita duduk di jalan sebelah. Oleh itu apabila sesat, Tedi akan tutup Google Map dan gunakan Waze. Berbalik kepada persoalan bagaimanakah Google Map memperolehi data? Melalui pembacaan Tedi, Google Map gunakan data daripada 3 sumber utama. 1. Google Location Service Apabila pengguna gunakan Google Map, aplikasi tersebut akan dapatkan lokasi pengguna menggunakan Google Location Service dengan erti kata lain mengin...

Racun Bisikanmu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sepatutnya Tedi terbitkan sesuatu yang baru ke dalam interpretZ ini namun malas pula nak menjadikan apa dalam fikiran sebagai tulisan. Maka Tedi pun pilihlah satu lagi karya Master bertajuk Racun Bisikanmu yang ditulis pada 16 Ogos 2005 (20050816) jam 19:15:21 untuk disalin ke sini. Sepatutnya copy paste sahaja tetapi ambil masa yang lama juga untuk terbitkan coretan ini.   Racun Bisikanmu Bisikanmu adalah jelas racun buatku Waima waspada aku masih mengikuti Seringkali tertewas oleh pujuk rayumu Bukankah aku sepatutnya memandumu? Mengapa pula aku menjadi hambamu? Semua ini hanya menambah kehinaanku Kemuliaan manusia terletak pada indahnya akhlak Apabila kau menjadi raja hancurlah segala Tarafku lebih rendah daripada haiwan Benarlah yang dipesan oleh Nabi (S.A.W) Jangan biarkan nafsu menjadi raja Pernah aku berhati-hati Namun kau tidak pernah berhenti Bisikanm...

Dari mana datangnya nama Jalan Ma'arof , Bangsar

Imej
Al-fatihah. Dari mana datangnya nama Jalan Ma'arof di Bangsar. Encik Ma'arof ialah bapa kepada seniman veteran Datuk Mustapha Ma'arof. Ini adalah kisah yang Tedi baca dan Tedi rasakan satu kisah sejarah yang memang patut dikongsikan kepada rakyat Malaysia bagaimana seseorang itu berani berkorban kerana berpegang kepada prinsip. Maarof Diculik, Dibunuh dan Digantung Dalam Hutan Pengasas Malay Nasional Bank Usaha Ditentang Misteri kehilangan jadi liputan Pesanan terakhir INFO: Maarof Zakaria Saya di MCKK ketika ayah dibunuh Terima telegram Orang kampung Asal-usul nama Jalan Maarof di Bangsar Sumber rujukan   Maarof Diculik, Dibunuh dan Digantung Dalam Hutan Orang ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia. Tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapa bapanya, Allahyarham Maarof Zakaria . Bagi penduduk Kuala...

Membelai kucing bagus untuk kesihatan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Faedah mempunyai haiwan perliharaan. Gembira je mereka dengan haiwan perliharaan masing-masing. Forward to the Past   Pemilik haiwan perliharaan seharusnya bersyukur kerana hobi itu ternyata mempunyai faedah kepada kesihatan mereka. Kajian dan data oleh American Heart Associations menunjukkan bahawa pemilik haiwan perliharaan berkecenderungan untuk: kurang risiko darah tinggi,  kurang kolesterol,  kurang masalah kardiovaskular. kurang tekanan perasaan.    Sentuhan itu penting Belaian meredakan tekanan perasaan berbanding hanya berbual Today is hug a bear day Kajian oleh University of South Carolina menunjukkan bahawa mereka yang membelai haiwan perliharaan lebih kurang risiko darah tinggi berbanding mereka yang hanya berbual dengan haiwan perliharaan mereka. Sentuhan memainkan peranan yang penting di sini. Kaj...

Pelancaran Logo ISD, dan singgah di Ikan Bakar Sri Tanjong

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Pelancaran Logo Jabatan Master Hari ini merupakan satu sejarah bagi jabatan di mana Master bekerja kerana mereka melancarkan logo jabatan mereka buat pertama kali. Logo ini direka oleh kawan sepasukan Master dan terpilih untuk memenangi pertandingan mereka logo jabatan tersebut. Singgah makan di kedai makan Ikan Bakar Sri Tanjong di Bentong Singgah makan di kedai makan Ikan Bakar Sri Tanjong ketika dalam perjalanan balik kampung ke Kelantan. Kami bergerak pulang terus dari pejabat Mummy dan Master di Kuala Lumpur sebaik sahaja mereka habis kerja.  # Friday, 30 December 2016, 20:56 # 20161230 # DSC_6774-COLLAGE.jpg # Sony D2533 # Ikan Bakar Sri Tanjong # 012-7111305 # 1, Batu 1, 4, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang # https://goo.gl/maps/hxH8wtyeNMD872W4A  # ~20161230~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Master keliar

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Baru sampai rumah! Apa nak jadi la si Master ni, dinihari baru nampak muka. Pagi tadi jam 8 pagi Master dah keliar dengan mommy, katanya jemput orang di UKM Bangi untuk dihantar ke LCCT. Sekarang dah 1 pagi baru sampai rumah! Sumber gambar :  http://thedrawingarm.com.au/artists/lew-keillar/   Pastu adalah Master singgah rumah kejap, pastu keliar lagi.   Tedi: "Master pegi mana balik lewat ni?" Master: "Pi pesta buku."   Oho, Master pegi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur la tu. Patut bawak beg banyak-banyak.   "Mana buku Tedi?" "Ada dalam beg tu, pi la tengok."   Yuhuu, Master beli buku pasal Pogy untuk Tedi. :-) Buku Pogy memang best, sebab tu la Pogy popular. ** Sebenarnya Tedi nak kata Master keluar tapi dek kerana kesilapan semasa menaip tajuk karangan ini ia akhirnya menjadi tajuk Master Keliar. Tapi Tedi rasa i...

Koleksi Roda Panas Aina

Imej
Apakah itu Roda Panas? Roda Panas adalah terjemahan langsung yang Tedi berikan kepada Hot Wheels (selalu Tedi eja Hotwheels sahaja), satu jenama model kenderaan yang bukan sahaja menjadi kegilaan kanak-kanak malahan orang dewasa. Tidak dinafikan koleksi Roda Panas ini jika diusahakan bersungguh-sungguh boleh membawa keuntungan pada masa hadapan. Tetapi, apa-apa koleksi pun jika dikumpulkan dan dijaga dengan baik dan penuh minat, akan jadi berharga pada suatu masa asalkan ada kumpulan peminatnya. Masalahnya kalau saja buat koleksi untuk dijadikan koleksi berharga pada masa hadapan, kena simpan elok-elok dengan kotaknya sekali. Koleksi Hotwheels Aina ni pula bukanlah koleksi pengumpul sebaliknya koleksi hasil kegilaan Mummy membelikan Hot Wheels ni buat Aina. Tiap satu harganya selalunya MYR 10 (sepuluh Ringgit Malaysia) dan paling murah pun mungkin MYR 6 (enam Ringgit Malaysia). Membeli Hot Wheels juga menjana ekonomi rakyat Malaysia kerana kilang Hot Wheels ada di Malaysia. Selain...

Popular