Catatan

Logo BING dah bertukar rupanya.

Imej
Tadi Master suruh Tedi risik satu nombor telefon. Ini adalah kerana Master dapat satu panggilan daripada nombor 22990 . Master berasa sangsi dengan panggilan itu lalu meminta Tedi mencari nombor 22990 nombor dari mana ? Setelah Tedi selidiki didapati bahawa nombor 22990 ini digunakan CELCOM untuk promosi nada panggilan . Setelah mengetahui berkenaan nombor telefon 22990 ni adalah nombor apa , Master berjanji takkan menjawab sebarang panggilan dari 22990 selepas ini. Perubahan logo enjin carian Bing Selepas itu barulah Tedi perasan sesuatu yang pelik pada BING.com. Logonya dah jadi bersegi, tak bulat macam selalu. Ini adalah logo BING.com yang lama. Tedi pun cubalah risik, rupa-rupanya dah lama logo ni bertukar. Tapi takkanlah Tedi tak perasan kan? Macam musykil pula. Logo bersegi ini disertai dengan ejaan bing menggunakan font Segoe supaya lebih serasi dengan barisan logo Microsoft. Logo BING.com yang baru, lebih bersegi tajam, diikuti penggunaan warna oren yan...

Logo Minimalist Haiwan yang comel

Imej
Pereka grafik dari India, Shibu PG menggunakan sentuhan ajaib untuk menambahkan cirri kehaiwanan ke dalam perkataan. Dia cuma ubah satu huruf dalam perkataan-perkataan tersebut untuk menambahkan cirri-ciri eksklusif  haiwan itu, seperti huruf “u” dalam perkataan “bull” diubah menjadi tanduk.  Jika diperhatikan dengan teliti sebenarnya bentuk huruf-huruf itu turut memainkan peranan besar dalam rekaan tersebut, sebagai contoh perkataan “tanduk” pada perkataan “bull” mempunyai huruf yang bersegi dan tiada sebarang lengkungan. Logo Minimalist Anak Itik Logo Minimalist Burung Hantu Logo Minimalist Gajah Logo Minimalist Helang Logo Minimalist Katak Logo Minimalist Kucing Logo Minimalist Lembu Jantan Logo Minimalist Rusa

Loji Janakuasa Amerika Syarikat adalah pencemar bumi terbesar

Imej
Laporan terbaru bertajuk "America's Dirtiest Power Plant" menyatakan bahawa mereka menyumbang 6% (enam peratus) kepada gas rumah hijau dunia mengikut sumber tahun 2012 mengatasi Rusia, India, Jepun dan mana-mana negara di dunia kecuali China - Foto: Robert S. Donovan. Korea Selatan adalah pengeluar karbon ke-7 (ketujuh) dunia, menyamai pembebasan karbon oleh 50 penjana kuasa terburuk Amerika Syarikat yang membebaskan 30% karbon. Pengenalan langkah "Clean Power Plant" oleh Amerika Syarikat akan membolehkan negara itu mengurangkan pembebasan karbon sebanyak yang dibebaskan oleh seluruh negara Kanada pada 2012. Kanada adalah negara ke-8 pembebas karbon terbesar. Jerman membebaskan 19% (sembilan belas peratus) Karbon Dioksida dunia, jumlah sama yang dibebaskan oleh 100 (seratus) loji janakuasa terburuk Amerika Syarikat. Sumber rujukan Tedi : http://zeenews.india.com/news/sci-tech/us-power-plants-worlds-worst-polluters-report_1472931.html ht...

Panduan Solat Hajat Ringkas

Hari ini tempat kerja Master buat majlis bacaan Yasin, tahlil dan solat hajat sempena pelaksanaan dua projek mega buat syarikat Master pada tahun 2018 ini. Pada majlis tersebut, ustaz yang dijemput sempat memberi kuliah. Katanya tak salah laksanakan solat hajat jika apa yang dihajati itu adalah sesuatu yang tidak melanggar syariat. Tapi ustaz menegur orang Melayu kerana selalu meminta orang alim membuat solat hajat untuk apa yang mereka hajati, sedangkan sepatutnya orang yang berhajat itulah yang melaksanakannya. Ustaz kata tidak salah ada majlis sebegini bagi sesebuah organisasi untuk peristiwa tertentu, tetapi bagi orang Islam, hendaklah laksanakan solat hajat ni setiap hari. Sebab apa kena buat setiap hari? Sebab kita manusia ni banyak sangat hajat dan impian. Ulama dulu-dulu tiada solat khusus untuk solat hajat, tetapi mereka selalu bersolat sunat dan mengadu kepada Allah subhanahu wa taála untuk apa sahaja hajat mereka. Solat mereka tu mungkin solat tahajud, solat tauba...

Notis Tempoh Proses Cek di Bank Islam

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Kepada semua pelanggan Bank Islam yang dihargai, Sila pastikan semua maklumat di bawah diisi dengan lengkap dalam slip deposit dan di belakang cek apabila mahu depositkan cek. Nama penuh Nombor akaun Bank Islam Nombor telefon (penting jika pegawai bertugas keliru tentang apa-apa) Sumber dana. Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu   Deposit sebelum 4 petang (Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum)   Deposit selepas 4 petang (termasuk Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum) Akaun anda akan dikreditkan pada hari bekerja seterusnya, paling lewat jam 7 malam   Akaun anda akan dikreditkan dalam 2 hari bekerja seterusnya, paling lewat jam 7 malam.   Kelantan dan Terengganu sahaja   Deposit sebelum 4 petang (Isnin hingga Khamis kecuali cuti umum)   Deposit selepas 4 petang (termasuk Jumaat hingga Ahad, dan Cuti Umum) Akaun anda akan dikreditkan pada hari bekerja seterusnya, paling lewat jam 7 ma...

Bagaimana Menghalau Lebah Bersarang di Rumah?

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Tiba-tiba sahaja Tok Ma maklumkan Master bahawa ada lebah bersarang di pohon mangga di belakang rumah. Nak kena halau cepat tu kalau tidak nanti sarangnya akan semakin besar dan bakal memerlukan bantuan pakar untuk menghalau lebah-lebah tersebut. Tetapi bagaimanakah untuk menghalau lebah-lebah tersebut tanpa memudaratkan mereka? Lebah ni sudahlah serangga yang disebut dalam al-Quran, mungkin jika tidak kerana takutkan kehadiran mereka, Master akan biarkan sahaja lebah-lebah itu di situ.   Serang Lebah dengan Asap Master selalu melihat dalam video orang ambil sarang lebah akan gunakan asap untuk halau lebah. Master pun bakarlah beberapa sarang telur ayam namun lebah-lebah itu tak mahu berganjak. Nak letak asap tu betul-betul di bawah sarang lebah itu tidaklah Master berani kerana dalam video orang ambil sarang lebah tu pun pakai pakaian keselamatan siap pakai "helmet". Mestilah mereka pun takutkan ancaman daripada lebah-lebah y...

Kasut Asics Gel-DS Trainer kini kembali

Imej
Berita baik untuk para penggemar kasut Asics terutamanya kasut Asics Gel kerana syarikat pengeluar kasut jenama ASICS telah memutuskan untuk memperkenalkan kembali kasut Asics Gel-DS Trainer sebagai salah satu koleksi kasut Asics terbaru. Kasut larian klasik dengan teknologi moden Kasut klasik Asics Gel-DS Trainer ini mula diperkenalkan pada tahun 1995. Kasut Asics Gel-DS Trainer terkenal dengan keringanannya dan rekabentuknya yang membolehkan ia sesuai untuk semua jenis pelari. Untuk pelari tau, bukannya untuk bermain badminton, maklumlah sebelum ni Tedi banyak fokus kepada kasut badminton Asics seperti kiriman Tedi yang bertajuk Novak Djokovic pakai kasut ASICS , Panduan Pilih Kasut Badminton ASICS , dan  Kasut Badminton Asics GEL-Rocket 7 . Bila baca balik semua kiriman tu rasa tak sangka pula Tedi macam taksub dengan kasut Asics ni. Bukannya apa, Tedi tengok ramai pemain amatur yang handal pakai kasut ni dan tak macam kita yang asyik-asyik Yonex atau Li-Ning. Bukannya tak su...

Popular