Catatan

Gradle 4.10 : Could not update time stamp for

Pelik benar masalah ni tak boleh build Gradle dengan error seperti di bawah: Penyelesaian : Setelah puas menggodek akhirnya baru Tedi perasan bahawa command gradle tu run dalam folder System32, puncanya kerana Tedi tidak sertakan command untuk tukar directory, sepatutnya kena letak dulu E: sebab nak run dalam directory E:. Masalah ini berlaku sebab Tedi tukar komputer (notebook/laptop) riba dan skrip masih kekal yang lama. Error : C:\WINDOWS\system32>cd E:\IdeaProjects\BackendService\web-ext C:\WINDOWS\system32>call gradle --refresh-dependencies --stacktrace clean deploy -Penv=dev FAILURE: Build failed with an exception. * What went wrong: Could not update time stamp for C:\Windows\System32\.gradle\4.10.3\gc.properties * Try: Run with --info or --debug option to get more log output. Run with --scan to get full insights. * Exception is: org.gradle.api.UncheckedIOException: Could not update time stamp for C:\Windows\System32\.gradle\4.10.3\gc.properties at org.gra...

Grumpy Cat sedia untuk berlakon dalam filem sendiri

Imej
Muka bermuram durja, tapi mata bersinar dek prospek kerjaya sebagai bintang filem. Grumpy Cat on the way ! Grumpy Cat, ratu kucing muram Facebook, nampaknya sudah bersedia untuk mempunyai filem sendiri. Wah wah wah, nampaknya kawan Tedi, Grumpy Cat sang kucing muram bakal bergelar pelakon. Udahla jadi pelakon, filem tu mengenai dirinya sendiri. Pemenang anugerah 2013 Meme of the Year di Webby Awards itu khabarnya sedang diintai syarikat produksi Broken Road melalui projek yang disusun bersama pengurus2 beliau (siap ada pengurus2, sungguh otai!) Grumpy yang dipanggil Tardar Sauce oleh pemiliknya akan diberi kuasa bercakap ala-ala Garfield . (Tedi love Garfield si kucing gemuk!) "Hanya bermula sebagai gambar kucing, namun anehnya ia mempunyai imej yang penuh jenaka." ~ Todd Garner daripada Broken Roda. "Kami jangka akan dapat mencipta satu jenaka keluarga yang hebat di sekitar karekter ini." Tarikan Grumpy tak boleh dinafikan, dia punyai 930000 ...

Nama saya Kinah

Imej
Ragam si kenit apabila mengantuk tapi tak mahu tidur. Macam-macam ragamlah Sakinah ni... ketika kami sampai di Sungai Lui, hari sudah lewat, dan dia masih tak mahu tidur. Orang lain dah bersiap mahu tidur, dia boleh pula bangkit dari pembaringan, capai beg kertas, dan berlagak macam nak berniaga pula. Mata tu kuyu semacam je, tapi tetap juga degil. Macam-macam perangai kanak-kanak zaman milenia ni. 20150726

Singgah di Barokah Nursery

Imej
Singgah ke Barokah Nursery, hajat nak beli batu hiasan untuk diletak di belakang rumah, satu lagi projek Mommy. Dulu beli RM 17 sekeping sekarang dah RM 25, alasan biasa, GST. Kami selalu ke sini memandangkan di sekitar Salak Tinggi ni susah juga nak cari tapak semaian macam ni. Beli dalam 15 keping, kena tempah dulu dan tunggu dalam seminggu kerana tiada stok. Stok yang ada dalam saiz 1 kaki kali 1 kaki, sedangkan Mommy nak saiz 1 kaki kali 2 kaki. 20150624

Iran mahu hantar Kucing Parsi ke angkasa lepas.

Imej
Selepas monyet, kini giliran kucing pula menjadi angkasawan. Iran sedang mempertimbangkan untuk menghantar seekor Kucing Parsi ke angkasa lepas. Sebelum ini mereka mendakwa telah menghantar seekor monyet pada awal tahun 2013. Usaha ini adalah sebahagian daripada perancangan Iran untuk menghantar manusia ke angkasa lepas pada 2018, namun kejayaan misi mereka melibatkan haiwan sebelum ini masih dipertikaikan. Kucing berbulu panjang itu dinamakan Persia (Parsi) iaitu nama antik Iran. Pelancaran mungkin akan dilakukan pada akhir Mac 2014 di mana seekor tikus dan juga arnab turut dipertimbangkan untuk penerbangan itu. Sumber rujukan Tedi untuk coretan ini: Iran to send Persian cat into space. 20130917

Apakah itu vignette?

Imej
Tedi baru sahaja menemui satu perisian untuk membaiki komposisi warna gambar yang diambil. Perisian PhotoCleaner yang Tedi muat turun secara percuma itu memang amat berguna dalam membantu Tedi mencapai apa yang Tedi ingini. Cuma kalau boleh Tedi mahukan perisian ini boleh melaksanakan tugasnya secara berkumpulan atau dalam batch. Jadi tak perlulah Tedi membaiki warna gambar itu satu-persatu. Salah satu pilihan yang diberikan perisian ini adalah adaptasi vignette kepada gambar yang dibaiki. Pertama kali Tedi mendengar perkataan Bahasa Inggeris tersebut. Setelah melakukan beberapa kajian rupa-rupanya vignette yang disebut vin-yet itu bermaksud "gambar potret yang perlahan-lahan tenggelam ke dalam latar belakang tanpa sempadan yang nyata" . Kaedah vignette adalah dengan meletakkan bingkai sedikit gelap di sekeliling foto, selain itu, kesan ini juga diperoleh apabila kita mengambil gambar jarak jauh menggunakan lensa jarak jauh. Teknik vignette yang p...

Sarapan di Medan Selera Kota Warisan

Imej
Pagi tadi sekitar jam 7.30, kami hantar Mommy ke Stesen ERL Salak Tinggi. Sudah menjadi kegemaran 1Malaysia untuk menikmati Nasi Lemak pada pagi hari. [Kredit gambar: masak-masak] Mommy ada kelas pagi ni di UITM Puncak Alam, maka seperti hari bekerja kami keluar rumah awal untuk hantar Mommy. Selepas hantar Mommy, Master ajak Tedi bersarapan pagi di Kota Warisan, di sebuah medan selera di sana, di Jalan Warisan Megah 1/6, kalau Tedi tak silap. Peta menggambarkan kedudukan medan selera Kota Warisan. Makan nasi lemak sebab beberapa minggu yang lalu Master makan di sebuah gerai di sana, rasanya sedap dan menyelerakan. Tapi tadi, rasa nasi lemak tu kurang, adakah mungkin kerana Tedi kenyang? Tak logik pula sebab semalam Tedi tak makan ikan, makan sushi je kot... Inilah yang menjadi masalah kepada peniaga makanan di Malaysia, mereka tidak konsisten, sekejap sedap, sekejap tidak. Mereka seharusnya meniru francais makanan luar yang menyediakan piawaian tertentu untuk penye...

Popular