Catatan

Selamat datang PBO

Imej
Setelah sekian lama menanti, akhirnya PBO dilancarkan Terjaga awal pula Tedi pagi ini, resam apabila kerja sekolah membebani, kali ini dek kerana pelancaran sistem PBO 1.0 yang telah lama dinanti. PBO adalah satu sistem berasaskan web yang membolehkan pengguna mengurus konfigurasi sistem Point of Sales di serata Malaysia secara pasif, yang bermaksud ia tiada hubungan terus secara masa nyata. Sistem sulung ini Tedi tahu tidaklah sebagus mana terutama untuk pengalaman pengguna namun secara konservatif, ia berfungsi dengan baik dalam melaksanakan tugasnya. Pelancarannya nanti tentunya akan hadir bersama seribu satu cabaran yang lazimnya hadir bersama mana-mana sistem, dan tentunya cabaran pertama adalah untuk meyakinkan pengguna untuk menggunakannya. Semalam sehari suntuk Tedi troubleshoot semua masalah yang menghalang PBO dari dilancarkan lebih awal, iaitu masalah sambungan kepa...

Imbuhan untuk skuad Helang Merah

Imej
Alor Setar: Pemain dan pegawai skuad bola sepak Kedah yang menjuarai Liga Perdana baru-baru ini menerima imbuhan sebanyak RM10,000 setiap seorang dan pakej mengerjakan umrah untuk yang beragama Islam. Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang juga Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, imbuhan itu diberikan kepada setiap pemain dan pegawai yang bertungkus lumus memastikan Kedah juara sehingga layak ke Liga Super musim depan dan Piala Malaysia dalam masa terdekat. Menurutnya, setiap pemain dan pegawai akan menerima bonus sebanyak RM10,000 setiap seorang berserta pakej umrah bagi beragama Islam."Bagi mereka yang bukan beragama Islam akan menerima wang tunai setaraf dengan pakej umrah. "Saya berharap pasukan bola sepak Kedah akan berusaha lebih pada cabaran Liga Super musim depan dan mampu layak ke peringkat akhir Piala Malaysia tahun ini," katanya ketika berucap selepas menyaksikan perlawanan akhir Liga Bawah 19 tahun bagi merebut Piala Menteri Besar a...

Badminton: Aksi Cemerlang Elak Pembaziran

Imej
Oleh Ferzalfie Fauzi ( ferzalfie@hmetro.com.my ) Kuala Lumpur: Pemain yang dihantar ke kejohanan luar harus menghasilkan keputusan memberangsangkan bagi mengelak pembaziran dan pendekatan itu akan digunakan kelab badminton Nusa Mahsuri ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini. Menurut Presidennya, Datuk Seri Jalani Sidek, pendekatan itu akan menjadi amalan ketika mengharungi kegawatan ekonomi dan badan induk itu juga mahu mengkaji semula sasaran yang diletakkan ke atas setiap pemain. “Memang betul sekarang zaman kegawatan ekonomi dan sebagai kelab pasti sedikit sebanyak kami terjejas tetapi kita kena lihat kejohanan apa yang harus disertai pemain. Sebagai kelab luar kami mempunyai bajet tertentu,” katanya. Beliau berkata, pemain tetap perlu beraksi di luar negara untuk pendedahan tetapi sebagai sebuah kelab profesional mereka harus bersedia dengan dana yang cukup. “Bagaimanapun, pemain yang berada di dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga perlu...

Singgah di Yemen dan IKCM

Imej
Semalam kami singgah di Yemen untuk berbuka puasa. Yemen yang dimaksudkan bukanlah sebuah negara di Timur Tengah ataupun Asia Barat, melainkan sebuah restoran makanan timur tengah yang terletak di Cyberjaya. Lokasinya ialah di sebelah Restoran Sharin Low dalam kawasan komersial yang sama dengan Restoran Saba. Ia menyediakan buffet berbuka puasa bermenukan Nasi Arab pada harga RM 30 (tiga puluh ringgit sahaja) tanpa caj perkhidmatan 10% seperti yang dikenakan Restoran Saba. Dengar khabar, Restoran Saba menyediakan juga buffet berbuka puasa pada harga RM 50 (lima puluh ringgit) sekepala di samping GST 6% dan caj perkhidmatan 10%. Sebut tentang makanan, bolehlah kekawan cuba sendiri. Bertemu bekas teman sepejabat. Adapun kami ke s...

HALAL JAKIM harus kita sokong!

Imej
Kebelakangan ini Tedi melihat satu trend yang agak membimbangkan berkaitan tanda HALAL yang dilesenkan JAKIM Mari kita melihat mengenai kepentingan tanda HALAL JAKIM, ia: sebagai sumber rujukan kepada umat Islam di Malaysia khususnya berkaitan kehalalan produk makanan, sebagai satu penanda aras mengikut nas Al-Quran. Namun sedih apabila Tedi melihat tanda HALAL JAKIM ini tidak kita sokong sepenuhnya, terutamanya apabila produk yang gagal mendapat tanda HALAL JAKIM atau yang ditarik lesennya itu adalah produk yang kita gemari! Mula keluar pandangan seperti: "Apa yang JAKIM kata halal tak semestinya halal, dan apa yang JAKIM kata tak halal, tak semestinya haram!" Tedi bersetuju dengan pandangan ini dari satu sisi, ia adalah pandangan yang benar. Namun Tedi masih mahu tanda HALAL JAKIM itu disokong, ker...

Pekerja MAS dibuang kerana silap kesatuan pekerja?

Imej
Pagi tadi semasa Master bersarapan pagi, dia terserempak dengan kawan sepejabat. Usai bertanya khabar dan sambil menikmati sarapan, mereka berbual mengenai isu semasa. Antara topik yang menjadi perhatian adalah isu pembuangan pekerja oleh Malaysian Airline System (MAS). Kawan Master itu memberikan satu hujah dari sudut pandang yang menarik. Katanya kesatuan pekerja MAS terlalu berkeras selama ini. Ketika MAS dalam 2,3 tahun kebelakangan ini mencata kerugian, kesatuan pekerja terus meminta pekerja diberi berbagai-bagai kemudahan. Sepatutnya mereka sedikit lunak dan menyedari kedudukan kewangan syarikat. MAS juga tidak dapat memberhentikan atau membuang pekerja kerana gangguan kesatuan pekerja. Lainlah, jika syarikat untung besar, kesatuan pekerja memang perlu untuk meminta pekerja diberi peluang berkongsi keuntungan sama rata. Kesatuan pekerja pada satu masa memang bagus membela nasib pekerja, namun adakalanya mendatangkan masalah kepada syarikat dan golongan pekerja. N...

Seorang wanita "campak" Apple 1 berharga $200,000 ke pusat kitar semula!

Imej
Mungkin ramai terfikir komputer apa yang semahal itu? MOUNTAIN VIEW, CA - 24 Jun 2013:  komputer Apple-1 buatan tahun 1976, dipamerkan di First Bytes: Iconic Technology From the Twentieth Century, satu lelongan atas talian yang melibatkan produk teknologi vintaj bertempat di Computer History Museum pada 24 Jun 2013, Mountain View, California. (Foto oleh Justin Sullivan/Getty Images) Jawapannya, Apple I adalah komputer generasi pertama Apple , boleh dikira sebagai dinosaur dan nenek moyang kepada iPhone mahupun iPad. Dan siapa pula yang sanggup menyerahkannya ke pusat kitar semula dengan percuma? Mungkin dia tidak tahu nilai komputer tersebut? Naib presiden Clean Bay Area menyatakan perempuan yang menyerahkan komputer itu membersihkan rumahnya selepas kematian suami dan tidak mengambil apa-apa sebagai bayaran. Selepas syarikat itu membuka bungkusan barulah mereka tahu apa isinya, dan pada mulanya mereka menyangka ianya barangan palsu. Namun ternyata ia asli dan terjual...

Popular