Catatan

Ideologi - bukan mudah untuk dicanai

Imej
Sepanjang usia Tedi bergelumang dalam kelas pengkodan, Tedi banyak berorientasikan kepada Model Berasaskan Objek (MBO). Jadi perkara pertama yang terlintas dalam benak fikiran Tedi apabila diminta mereka satu projek berasaskan web dan menggunakan bingkai kerja .Net , adalah ASP.Net MVC . Namun apabila memikirkan pengalaman Tedi yang mengalami kesukaran untuk membimbing kekawan menggunakan MVC ketika menggunakan bingkai kerja Java dulu, Tedi tak jadi menggunakannya. Jika kekawan yang sudah biasa dengan MBO pun sesak nafas menguasai MVC, apatah lagi dengan mereka yang sudah terbiasa dengan pengkodan berstruktur dan Pembangunan Aplikasi Deras (PAD) yang mengutamakan kepada kod di belakang elemen. Jadi Tedi bertukar arah memilih ASP.Net Webform 4.0 . Namun kini Tedi pula yang kesesakan, kerana masih terikut dengan kaedah MVC, hasilnya bingkai kerja yang Tedi hasilkan untuk projek kali ini agak bercelaru, seperti diri Tedi sendiri. Mungkin kekawan mahu tahu apa itu MVC? MVC a...

Mahathir versus Mahathir

Imej
Apakah yang Tedi cuba ungkitkan melalui tajuk di atas? Tiada apa, cuma mahu "melekatkan" sekeping foto Mahathir cuba bersalam dengan gambar 3D beliau ketika merasmikan Muzium Seni 3D Langkawi bertarikh 7 Feb lalu. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ketika cuba bersalaman dengan lukisan 3D wajahnya sempena Majlis Perasmian Muzium 3D Art of Paradise Langkawi di Oriental Village di sini, hari ini. - Foto BERNAMA LANGKAWI – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merasmikan Muzium 3D Art of Paradise Langkawi yang merupakan muzium seni tiga dimensi yang kedua terbesar di dunia. Terletak di Oriental Village, muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat, terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia. Muzium yang mendapat pengikitirafan sebagai muzium terbesar seu...

Berjaga mengekang rompakan

Imej
Mereka berjaga untuk keselamatan kami. Pada awalnya malas Tedi nak taip mengenai perkara ini, namun apabila memikirkan pada suatu hari ia akan menjadi sesuatu yang akan dikenang, Tedi catatkannya. Pagi ini beberapa orang pakcik berjaga dan meronda kawasan taman perumahan kami. Ini adalah kesan daripada beberapa aktiviti pecah rumah di kawasan kami ini. Pecah rumah itu bukanlah kerana tuan rumah mahu melakukan pengubahsuaian ke atas rumah mereka, sebaliknya rumah mereka telah dirompak. Kejadian yang berlaku pada awal pagi semalam itu melibatkan 2 buah rumah. Sebuah rumah dirompak dengan penghuni lena tidur di dalam rumah, dipercayai di antara jam 2 hingga 5 pagi kerana tuan rumah terjaga jam 2 pagi untuk menutup suis kipas dan anaknya pula menyedari sebuah bilik telah digeledah pada jam 5 pagi. Mujur pula si penjenayah tidak membuat sesuatu kepada tuan rumah. Mereka telah menggunting pintu grill dan kemudian masuk melalui pintu gelongsor (sliding door) rumah lot te...

The Battle of The Five Armies amat menyedihkan

Imej
Hari Ahad yang lalu Tedi ditaja menonton The Hobbit: The Battle of Five Armies oleh PLUS Expressway Group. Tedi bukanlah peminat tegar The Hobbit kerana bagi Tedi ia agak membosankan. Tapi dek kerana orang ramai sibuk memperkatakan mengenainya, Tedi pun sibuk nak menontonnya, dan hasilnya Tedi sangat kecewa, mungkin kerana jangkaan yang diletakkan amat tinggi! Ini beberapa komen Tedi. Kosong kosong kosong Apabila menonton filem ini, Tedi berasakan kekosongan yang amat sangat! Aksi perangnya banyak tapi tanpa aksi yang mengkagumkan. Tiada emosi yang menyeksa kita yang memaksa kita berharap akan datang hero atau peralatan canggih membantu mereka yang hampir tewas. Thorin bukan Optimus Prime! Ada satu ketika di mana pasukan Iron Foot dari Iron Hill pimpinan sepupu Thorin hampir tewas dan dia memerlukan bantuan Thorin, Thorin tak keluar kerana dia mabuk harta. Tapi akhirnya dia keluar dengan pasukannya. Ketika ini Tedi berharap d...

FTPS.. oh FTPS...

Imej
Tedi perlu tahu apakah itu FTPS untuk digunakan dalam projek sekolah Tedi. Pagi ini Tedi nak menelaah sedikit kerja sekolah untuk esok hari. Semua ini berkaitan dengan masalah satu sistem di sekolah Tedi yang seringkali tersangkut semasa pemindahan fail dalam rangkaian tertentu. Buat masa ini kami gunakan HTTPS yang mungkin menyumbang kepada keperlahanan itu. Oleh sebab itu Tedi perlu mencuba teknik baru untuk pemindahan fail tapi perlu kekalkan penggunaan port sedia ada iaitu 22 dan 443. Contoh sambungan FTPS gunakan WIN-SCP Apakah itu FTPS? satu jenis peningkatan kepada FTP (File Transfer Protocol / Protokol Perpindahan Fail) yang melibatkan penambahan kebolehan Transport Layer Security (TLS) dan protokol kriptografi Secure Socket Layers (SSL). Turut dikenali sebagai FTP-ES, FTP-SSL dan FTP Secure. Kesesuaian dengan IIS IIS 6 tidak sokong FTPS. IIS 7.0 sokong FTPS melalui FTP 7 tapi kena install berasingan. ...

Tukar Klac Proton SAGA BLM

Imej
Karangan ini adalah mengenai kos menukar klac, minyak gear, dan pam brek Proton SAGa BLM transmisi manual. Perkhidmatan oleh: PSA U-AUTO SPORT Sdn Bhd (773024-W), 42 Jalan 12, Kosmopleks Light Industrial Area, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 sepang, Selangor, Malaysia . Jualan secara tunai bernombor CS001758 pada tarikh 25 November 2014 dan helaian kerja bernombor B000000002341 . Keterangan Kuantiti Harga Seunit Diskaun Jumlah Harga Klac 1 RM 400.00   400.00 Upah buruh 1 RM 180.00   180.00 Minyak transmisi manual HQ Multi 75W-85 2 RM 42.00   84.00 Pam brek 2 RM 30.00   60.00                 Jumlah RM 724.00  Gambar-gambar Menarik: Proton i-Care dengan deretan kereta dan staf dengan warna rasmi oren Gambar kereta SUV pertama Proton yang mungkin dikenali sebagai Proton Knight. Gambar kereta wira sedan modified berwarna putih.

Pesan Cikgu

Imej
Tedi masih bertungkus-lumus untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan... Entah apa masalah sehinggakan isu capaian menggunakan HTTPS masih belum ada penyelesaian. Tedi diberi masa sehingga minggu ini untuk menyelesaikannya. Sedangkan minggu ini Tedi dan keluarga akan sertai Hari Keluarga di Pulau Pangkor. Ini bermakna Tedi kena siapkan ia pada hari ini juga... Ini masanya Tedi mengenang kembali semua pesanan cikgu-cikgi Tedi... Kalau dapat sahaja kertas soalan, harus bawa bertenang. Abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab (dahulu) di halaman seterusnya. Ingat kembali formula-formula penting (atau kata kunci). Abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab (dahulu) di halaman seterusnya. Jika tiada soalan yang boleh diselesaikan, kembali ke halaman pertama (pangkal jalan). Kalau tak boleh juga, lantak Tedi lah, sebab cikgu dah pesan!

Popular