Separuh Hari Pun Bolehlah | 20160412
Terjaga dari lena, jam sudah menunjukkan jam 7.33 pagi. Aduh... macam mana boleh tak sedar ni? Kami semua tidak terjaga pada pagi ini Bayangkan, tiada seorang pun yang sedar! Ish ish ish... Ironinya pula sebelum Subuh tadi dalam jam 5 pagi Mommy dah kejutkan Master, tapi awal benarlah pula. Nampak gaya Master kena ambil cuti mengejutlah pagi ini, kali kedua dalam minggu ni, sudahlah cuti tak berapa nak ada. Bila difikirkan memanglah marah kenapa boleh jadi begini? Tapi ini semua ketentuan Allah SWT. Kita dah usaha macam-macam, tidur awal, set penggera, tapi kalau dah takdir-Nya begitu, kenalah terima. Apabila difikirkan apakah sebabnya semua itu berlaku, kita takkan terfikir sebabnya kerana pernah dikatakan oleh cikgu Tedi, "perancangan Allah SWT itu adalah pelik" Kita hanya akan mampu fahami rasionalnya apabila kita mendapat jawapan sama ada melalui wahyu (al-Quran & hadith) atau kita sendiri menerima kesannya (pengalaman). Macam kes kami ini, adakah Allah SWT menggesa ...