[t18l17] Mama Dobi di Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi
Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli wassalamu ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajama'in. Assalamu'alaikum, karangan mengenai catatan harian Tedi ni akan dibahagikan kepada beberapa bahagian: Badan Tak Berapa Sihat, Makan Sup Kambing , Kedai Dobi bukan layan diri, Mama Dobi , dan Jom naik atas, takut . 17 Disember 2018, 20:51, Isnin Mama Dobi - Wash and Dry Specialist Nombor telefon: Manja 017-3386723, Shawal 014-3995598 Cucian biasa RM 2.50 per kg, cucian karpet RM 1 per kaki, comforter atau toto RM 15 sehelai. chemical, plastik dijual di sini penghantaran dan pengambilan disediakan Badan Tak Berapa Sihat, Makan Sup Kambing Tedi baru sahaja selesai sidai baju di ampaian dan buang sampah sedikit. Gamaknya jiran sebelah pun cuak semacam je apabila dengar bunyi bising di tong sampah. Badan tak berapa sihat, macam nak selsema tapi tak jadi, adalah sedikit running nose kata orang putih, kalau kata orang Melayu hingus meleleh, mungkin panas dalam ...