Catatan

T16J27 Bersama Big Boys

Imej
  Newcastle United telah diundi menentang Hull City pada perlawanan Suku Akhir Piala EFL yang ditetapkan pada 29 November 2016. Penetapan itu disambut gembira oleh para penyokong Newcastle United yang yakin kela kesayangan kami itu akan membelasah Hull City. Kini Tedi boleh mengirim gambar snapshot seperti di atas kepada kawan-kawan kerana mereka pernah memperlekehkan bahawa Newcastle United hanya kelab kerdil dan tidak layak berada sama liga dengan kelab-kelab yang mereka sokong seperti Arsenal, Liverpool dan Manchester United. Nah tengok sendiri sekarang, kelab kami berada bersama-sama kelab yang kamu sokong yang kamu gelar Big Boys itu. Kita tengok sahaja nanti siapa yang akan terus mara! Tadi Tedi sempat berbual bersama seorang penyokong Liverpool dan tajuk perbualan kami berkisar kepada pencapaian Rafa Benitez. Dia berkata bahawa itu pencapaian biasa bagi Benitez walaupun bagi Newcastle ia adalah luar biasa! Benitez banyak memenangi piala dalam sejarahnya menjadi pen...

T16E05 Tukar duit guna Google

Imej
Master nak tempah jersi original Newcastle dari United Kingdom melalui 1 laman web. Harga dalam 11 pound sterling. Jadi kalau nak tahu nilainya dalam Ringgit Malaysia, sudah tentulah kita kena tukar matawang pound sterling itu kepada Ringgit Malaysia. Jadi Tedi sekadar Google " 18 GBP to MYR ", di mana GBP adalah Great Britain Pound dan MYR adalah Ringgit Malaysia. Tengok-tengok Google dah convert siap-siap, nilainya dalam 105.08 Ringgit Malaysia sahaja (sahajalah konon). Mahal juga tapi itu termasuk kos penghantaran 6 pound sterling , kalau ikut harga baju ialah dalam RM 70++, harga sama bagi jersi tiruan gred bagus yang dijual di Campbell. Nampaknya Google dah serap semua function penting dan tak lama lagi semua pertanyaan boleh terus dapat jawapan melalui Google tanpa perlu pergi ke laman web lain. *** 20160505

T12J14 Papan tanda Rusa melintas?

Imej
Seorang wanita bernama Dona mengadu mengenai papan tanda Rusa melintas Seorang wanita di Fargo, N.D., Amerika Syarikat, ternyata tidak dapat menahan perasaan apabila dia membuat panggilan ke rancangan radio tempatan dan mengadu mengenai ketidaksesuaian lokasi papan tanda Rusa melintas Dia sebelum ini telah mengalami beberapa kemalangan melibatkan Rusa. Di antara aduannya ialah kenapa harus papan tanda itu diletakkan di kawasan lebuhraya yang sibuk? Kenapa tidak diletakkan di laluan yang kurang sibuk? Dia percaya papan tanda itu harus diletakkan di lokasi yang lebih sesuai untuk Rusa melintas. Macamlah Rusa melintas ikut arahan papan tanda. DJ radio bertugas cuba menjelaskan fungsi sebenar papan tanda itu, namun Dona ternyata tidak mahu mendengar penjelasan tersebut. Buat kawan-kawan yang tak faham fungsi sebenar papan tanda yang ada gambar haiwan, ia bermaksud "Awas! Kawasan binatang melintas" , bukannya papan tanda itu menunjukkan kawasan sesuai untuk melintas kepad...

T16D14 Kaitan Jerung dan Pemanasan Global

Imej
Manusia mungkin takutkan jerung apatah lagi apabila melihat susunan giginya yang menawan itu. Tapi tahukah manusia bahawa jerung turut membantu mengamankan dunia? Nasib kita bergantung kepada jerung. Jerung memainkan peranan penting yang manusia tidak berapa sedari dalam mengawal perubahan iklim dunia. Jerung merupakan pemangsa utama yang makan penyu, ketam, dan ikan pari, yang mana masing-masing menjadikan tumbuhan lautan yang menyerap karbon sebagai makanan. Apabila populasi jerung berkurangan, spesis haiwan yang sepatutnya jadi makanan mereka akan berlebihan. Saintis menganggarkan jika hanya 1 peratus sahaja tumbuhan penyerap karbon di lautan berkurangan, 460 juta tan karbon akan terbebas ke atmosfera, kuantiti pencemaran yang dihasilkan oleh 97 juta kereta. Jerung terancam kerana ada kegiatan haram yang memburu mereka hanya untuk mendapatkan sirip mereka. Sirip jerung atau sirip ikan yu adalah makanan eksotik yang tidak terbukti khasiatnya. 100 juta jerung terancam se...

T16E28 Sampai di Taman Rasa Ria Sungai Bakap

Imej
12:40 Akhirnya sampai gak di Taman Rasa Ria,  Sungai Bakap. Sepupu Mommy langsungkan kenduri kahwin di sini. Kami bergerak dari rumah Mak Long di Sungai Besar dalam jam 8:30 pagi di mana sebelum itu Master alami tragedi seperti yang dikisahkan dalam kiriman bertajuk Iron Baju Susah Nak Iron  ketika bersiap. Tadi memula lalu jalan ke Setiawan, kemudian masuk A180, keluar di Gopeng, masuk PLUS. Ada kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara Selatan  ( PLUS) tadi,  tapi menghala ke Selatan (Johor),  rasanya ada penunggang motosikal meninggal dunia dalam kemalangan. Tedi berfikiran sedemikian sebab pernah seorang pemandu teksi menyatakan jika bukan ambulans yang jemput, tapi jeep polis yang berada di kawasan kemalangan, itu bermakna ada kematian. Gambar dari bahagian tepi rumah inap desa (homestay) yang disewa di Taman Rasa Ria di Sungai Bakap. Jadual kami selepas kenduri itu diisi dengan beberapa aktiviti termasuklah jalan-jalan cari makan  Di Sungai Dua...

T13A14 Malas pergi sekolah (Tedi nak tido)

Imej
Pon pon ... bas sekolah dah datang. Mana si Tedi ni? - sekadar gambar hiasan Huah, ngantuknya mata Tedi yang besar ni. Malaslah Tedi nak gi sekolah. Master bukan tau pun kalo Tedi tak gi sekolah. Master selalu kata, bear yang baik kena pergi belajar di sekolah kerana ia baik untuk kesihatan. Excuse me cikgu, boleh Tedi tanya satu soalan? - lebih baik angkat tangan kanan kalau nak tanya soalan, kalau rasa diri tu rendah (katik), boleh la jengket sikit kalau berdiri. Di sekolah kena rajin bertanya. Jangan malu-malu. Nak tanya soalan pulak, kena angkat tangan, jangan main terjah ajer, tak sopan bagi kaum bear di seantero dunia. Pergi sekolah jalan kaki sungguh penat.  Banyaknye nasihat Master. Tapi hari ni Tedi macam malas jer, lagipun sekolah Tedi jauh, nak kena jalan kaki lagi. Selain tu, nak kena siapkan baju sekolah lagi. Erm, mana baju sekolah Tedi? Baju sekolah Tedi lawa, fabulous kata omputeh. Kalau pergi sekolah, kena pakai baju sekol...

Kota Bharu, LCCT dan Fan Run

Imej
Tedi baru je sampai dari LCCT Jam sudah menunjukkan jam 5.30 pagi. Tedi baru melabuhkan punggung di atas permaidani. Sebabnya tadi Tedi teman Master dan Mommy hantar Tok Ayah dan Nek Mak naik kapal terbang. Mereka berdua akan ke Padang, Indonesia. Sebelum itu, pada jam 1.30 pagi, Tedi dan Master dan Mommy baru sahaja tiba di rumah dari Kota Bharu. Penerbangan kami yang sepatutnya berlepas pada jam 10 malam dan sampai di LCCT pada jam 11 malam telah ditunda oleh pihak AirAsia. Akibatnya kami berlepas jam 11 malam dan tiba di LCCT pada jam 12.30 tengah malam! 5.45 pagi... Azan Subuh dah berkumandang sedangkan Tedi masih belum sempat melelapkan mata. Pada jam 7 pagi nanti kami akan ke Dataran Putrajaya pula untuk berlari dalam Team Malaysia Fan Run . http://www.teammalaysia.org.my/sea-games/ Sebelum ini kami sertai aktiviti ini di Dataran Merdeka, namun tahun ini ia telah dipindahkan ke Putrajaya. Apa-apa pun, selamat berlari. .

Popular