Catatan

T15D23 Telefon hilang? Google sajalah

Imej
Dalam minggu ini Tedi membaca berita dari Singapura mengenai satu peningkatan pada enjin carian Google Find My Phone Ciri yang dimaksudkan adalah kemampuan Google Search untuk mencari di mana telefon pintar anda berada. Ciri ini oleh digunakan untuk telefon yang dipasang aplikasi Google Apps . Tedi dah cuba pada telefon pintar berasaskan Android namun masih belum Tedi uji pada telefon pintar berasaskan iOS seperti iPhone. Untuk mencari telefon anda, cukup dengan menaip "Find my phone" . Google akan senaraikan telefon yang berdaftar dengan akaun kita. Tetapi Google akan minta kita masukkan kata laluan sebelum dapat menggunakan fungsi ini. Jadi jangan lupakan kata laluan anda ya. Selain mecari kedudukan telefon , anda boleh juga membunyikan telefon  (Ring) anda selama 5 minit selain mengunci telefon atau memadamkan fail-fail  (Wipe Device) yang ada dalam telefon. Selain Google kita juga boleh install Find My Device yang menawarkan fungsi yang sama. Tangkap layar ...

T13F05 Mungkin tiada siapa bersalah tapi boleh diperbaiki

Imej
al-Fatihah buat pelumba pelapis Terengganu yang meninggal dunia iaitu abang Mohd Shafik Imran Syahril, 15, dari Kampung Cabang Tiga. Berita lanjut boleh baca di arkib berita Tedi: " Atlet berbasikal Terengganu maut dalam nahas ketika berlatih ".

T10L08 Banjir besar di Perlis

Imej
 Berita @Tedi Tedi melaporkan bahawa Negeri Perlis Indera Kayangan dilanda banjir. Pelik, macam mana boleh negeri kayangan banjir? Bukan negeri atas langitkah ia? Erm, tak kisahlah. Yang penting semoga semua manusia dan haiwan di sana selamat. Berita lanjut di http://abimnegeriperlis.blogspot.com.

T13F06 Baliklah... huhuhu... Tuhan tolonglah...

Imej
Master dah nak balik, ajak Tedi balik sekali. Tedi memohon keteguhan jiwa untuk menempuhi dunia manusia yang penuh pancaroba ini. HD Wallpaper of Wild Animal & Reptiles Macam mana ni?  preparation  pembentangan esok umpama teratai layu di tasik madu... Hidup segan, mati tak boleh (sebab nanti kena marah dengan cikgu). Tuhan tolonglah lembutkan hati Tedi, agar terima seadanya... Kerana Tedi tak mampu, kerana Tedi dah tak lalu... Balik dulu la, rehat. Tuhan, Tedi terima seadanya... Kerana semua ini Tedi juga puncanya... Hatiku... Hatimu... argh... apa sudah jadi dengan Tedi? 20130606 21:23

T14D18 Hang Tuah, Hang Jebat ... sedikit imbauan

Imej
Sempena semangat keperwiraan yang merasuk Tedi pada malam ini... Hang Jebat mengamuk menuntut bela atas hukuman ke atas Hang Tuah. Catatan lain menyatakan Hang Lekir yang mengamuk. Kemudian Bendahara Melaka meminta Sultan memaafkan Tuah yang disembunyikan di Hulu Melaka. Ini adalah kerana kawan mereka yang bertiga (selain Jebat atau Lekir) tidak mampu menewaskan Jebat (atau Lekir) yang mengamuk itu. Tedi sebenarnya agak keliru kenapa Hang Jebat tidak mengamuk semasa Hang Tuah belum dihukum bunuh? Lukisan menggambarkan Hang Tuah bertarung dengan Hang Jebat di atas talam - Lukisan karya Abd Ghafar Bahari. [ta.lam] |  تالم Definisi:  sejenis dulang yang tidak berkaki (tempat me­nyaji­kan makanan, minuman, dan lain-lain) Contoh ayat: dia keluar membawa sebuah talam yang berisi secawan kopi; kuih talam  atau  tepung talam sejenis kuih yang lapisan bawahnya dibuat daripada campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala la...

T21F19 Perbaharui Takaful dan Cukai Jalan Subaru XV 2021 Secara dalam Talian

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Alhamdulillah semalam Master telah berjaya memperbaharui cukai jalan kereta Subaru XV STI 2015 kami secara online . Seperti mana yang pernah dilakukan untuk tahun 2020, Master menghubungi Takaful Ikhlas melalui email bertanyakan jika pihak Takaful Ikhlas masih menawarkan pilihan untuk memperbaharui insurans kenderaan melalui email. Sebagai nota, boleh sahaja perbaharui insurans menggunakan laman web Takaful Ikhlas tetapi Master lebih suka menggunakan email kerana beberapa kelebihan seperti yang pernah diceritakan dalam Perbaharui Cukai Jalan Subaru XV 2020 Atas Talian . 20210527 Mula Email TakafulIkhlas Master mula hubungi pihak Takaful Ikhlas pada 27 Mei 2021 bertanyakan pilihan untuk perbaharui takaful kenderaan menggunakan email. 20210528 Terima sebut harga daripada Salam Ikhlas Keesokannya Master terima jawapan daripada email  salamikhlas@takaful-ikhlas.com.my yang...

Memburu Relic Hunter

Imej
Memandangkan Tedi agak kebosanan, salah satu cara untuk mendapatkan objektif baru adalah dengan memburu Ancient Relic Hunter. Langkah 1 – Cari Ancient Relic Ini kerana tikus Ancient Relic Hunter ni adalah seekor tikus yang nomad, selalu berpindah-randah, jadi kita kena cari dia melalui bantuan kawan-kawan yang terserempak dengannya. Tapi sebelum tu kita kena cari Ancient Relic sebab tikus ni hanya datang apabila ada benda tu. Rupa seketul Ancient Relic. Jadi Tedi telah meminta bantuan salah seekor kawan Tedi untuk mencari Ancient Relic yang selalunya diperolehi apabila kita dapat tangkap bos-bos tikus-tikus itu. Selalunya dia akan bertapa di Acolyte Realm untuk memburu Acolyte Mouse. Untuk maklumat lanjut sila ke  http://goo.gl/VpKHM Langkah 2 – Tangkap Relic Hunter Ancient Relic Hunter telah menukar modus operandi beliau daripada kitaran 7 hari kepada kitaran  25 hari di 25 lokasi berbeza  (sejak kemaskini pada 20130506). Para pemburu m...

Popular