Catatan

Amaran Tedi: Pecah rumah menjadi-jadi!

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Rumah jiran-jiran Mommy dipecah masuk Berita daripada Whatsapp Mommy memaklumkan mengenai kecurian yang berlaku di 2 buah rumah di taman kami. Selain itu kawan sepejabat Mommy juga dipecah masuk rumahnya. Ketiga-tiga kes menggunakan kaedah yang sama, pecah masuk melalui pintu gelongsor ( sliding door ). Penjenayah itu memecahkan gril sliding door sebelum masuk melaluinya. Ternyata pintu gelongsor adalah mudah untuk dipecah masuk. Inner Inspiration: Rumah saya dipecah masuk. Rumah keluarga kawan Master pun mengalami situasi yang sama, beberapa tahun dahulu. Nampaknya penjenayah semakin bermaharajalela dalam negara Malaysia yang aman damai ini. Rumah dah macam penjara Pudu, masih kena pecah. Malangnya sangkar besi yang dibina untuk melindungi keluarga dan harta ini juga kadangkala mengurung tuan rumah dalam kes kebakaran sehingga menjadi berita yang sungguh menyay...

Dipermainkan towing bernama Nazir panel Takaful Ikhlas

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Tedi sebenarnya malas nak mengarang atau kirim sesuatu pasal keburukan perkhidmatan sesiapa, tapi tak patut kalau ada orang lain menjadi mangsa seperti kami. Orang ramai di Malaysia patut tahu kehodohan sikap para penunda kereta yang menjadi panel insurans ni. Dia sanggup buat kami menunggu berjam-jam lamanya, malahan tidur dalam kereta di luar balai polis demi nafsu tamak dia. "Sudah jatuh ditimpa tangga" , mungkin itulah peribahasa paling sesuai untuk menjelaskan keadaan Master. Sudahlah kemalangan pada 21 Disember 2017 lalu, anak isteri masuk wad kecemasan, kemudian baby Aina dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan plastik pada 22 Disember. Master tidak mengikut ke HKL kerana beliau mahu menyelesaikan urusan menarik kereta Proton Saga BLM yang tersangkut di pembahagi jalan Cyberjaya susur keluar ke Dengkil. Master telah menghubungi E-Ikhl...

Kelemahan formasi 5-3-2 NUFC vs Birmingham

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Rafael Benitez telah menggunakan formasi taktikal 5-3-2 menggantikan formasi 4-2-3-1 yang biasa digunakannya. Formasi 5-3-2 yang digunakan itu adalah amat janggal namun Rafa Benitez menegaskan bahawa dia perlu melindungi para pemain yang telah lama tidak bermain. Ini adalah kerana dia kehilangan Jonjo Shelvey yang telah digantung dan beberapa pemain yang bermain di Piala Negara-Negara Afrika. Dalam formasi 5-3-2 yang digunakannya itu dia meletakkan Achraf Lazaar dan DeAndre Yedlin sebagai pemain pertahanan-sayap, manakala Massadio Haidara diletakkan bersama Grant Hanley dan Jamaal Lascelles sebagai pemain pertahanan tengah tiga serangkai. Cheick Tiote, Jack Colback dan Vurnon Anita, diletakkan sebagai pemain tengah - di mana Tiote berperanan untuk memegang bola. Formasi 5-3-2 itu kelihatan berjaya pada 30 minit pertama apabila Daryl Murphy yang digandingkan bersama...

Beli sandal Jump di Original Classic di Mitsui Outlet Park KLIA

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Pada pagi tadi Master ambil cuti separuh hari untuk temani Mummy pergi makan sushi di kedai makan Sushi King di Mitsui Outlet Park. Tiba-tiba sahaja semasa nak masuk ke dalam kereta sebelum menghantar Aina dan Aidan ke Taska, sandal Master yang sedia ada uzur tu tercabut pula. Itu mungkin sebagai paksaan kepada Master untuk mencari pengganti kepada sandal beliau itu. Malangnya Tedi tak pernah rekodkan sejarah kewujudan sandal Master tu maka tidak dapatlah diukur berapakah usianya.   Bersarapan di Hot & Rolls Kami tiba di Mitsui Outlet Park tu selepas jam 10 pagi, tapi banyak kedai atau butik belum dibuka lagi. Pengawal keselamatan di sana kata memang ada kedai yang buka dalam jam 11 atau 12. Restoran Sushi King di Mitsui itu pun lewat dibuka, dalam jam 12, pada musim Perintah Kawalan Pergerakan sempena wabak Covid-19 yang melanda dunia pada masa ini. Nasib baik Hot...

Kedah, Terengganu FC berentap di Singapura

Kuala Lumpur: Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC akan beraksi dalam saingan peringkat kumpulan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021 di Singapura. AFC mengumumkan Singapura disahkan selaku tuan rumah bagi Kumpulan H yang terdiri daripada Kedah Darul Aman FC, Lion City Sailors (Singapura), Saigon FC (Vietnam) dan pemenang perlawanan play-off 2 Zon Asean. Singapura juga akan menjadi tuan rumah Kumpulan I terdiri daripada Geylang International FC dari Singapura, Kaya FC-IIoilo (Filipina), Terengganu FC dan wakil Myanmar, Shan United FC atau Ayeyawady United FC, bergantung kepada keputusan perlawanan peringkat awal dan play-off Liga Juara-Juara AFC 2021. Prestasi Kedah melonjak selepas Liga Malaysia disambung lewat Ogos tahun lepas apabila menduduki tangga kedua Liga Super yang memberikan ia slot automatik dalam pertandingan Piala AFC tahun ini. Terengganu FC yang menduduki tangga ketiga Liga Super 2020 mendapat slot di dalam kejohanan itu menerusi Liga Malaysia 2020 yang dip...

Rekod Harga Kopi Hang Tuah

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Pendahuluan Lama dah Tedi nak terbitkan mengenai rekod harga serbuk kopi Hang Tuah ini memandangkan jenama kopi ni adalah salah satu kopi Malaysia yang terkenal. Tapi kami jarang beli kopi Hang Tuah maka Tedi pun tidak berasa ada keperluan sangat untuk menerbitkan rekod harga serbuk kopi Hang Tuah. Cuma apabila tiada rekod harga diterbitkan maka sukar untuk Master membandindkan harga kopi jenama Hang Tuah ni jika beliau teringin nak beli. Semalam Master telah memiliki 51% saham interpretZZ dan melantik dirinya sendiri sebagai CEO interpretzz, arahan pertamanya adalah untuk Tedi menerbitkan rekod harga kopi Hang Tuah secepat mungkin. Terpaksalah, apa nak buat.   Rekod Harga Buat masa sekarang memandangkan tidak cukup data maka kita sumbat semua jenis dalam satu jadual. Insha-Allah jika rekod melambak nanti kita pisahkan kepada beberapa jadual berlainan mengikut...

Kedai Baiki Basikal di Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
 Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Tayar Basikal Gilank Meletup Maka hendak dijadikan cerita pada petang Jumaat tayar basikal Gilank yang baru dibeli di kedai superviral tu telah meletup tayar belakang semasa Master membawa Aina ronda-ronda di sekitar taman perumahan kami. Usia basikal ini semasa tayarnya meletup baru lebih kurang 19 hari. Mungkin Master dan Aina berat sangat. Pada hari Sabtu, Master membawa basikal itu kembali ke kedai superviral manalah tahu pemborong dan penjual basikal itu ada sediakan perkhidmatan membaiki basikal, ternyata tekaan Master sebelum itu tepat, kedai tu hanya tahu jual basikal dan alat ganti basikal sahaja, mereka tidak sediakan perkhidmatan membaiki basikal. Maksudnya kedai superviral itu bukanlah kedai basikal sejati yang cintanya kepada basikal. Maka bermulalah episod kami mencari kedai repair basikal di sekitar BBST ni. Jika dicari menggunakan enjin carian Google mak...

Popular