Catatan

Jangan Pisang Berbuah Dua Kali

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Petang tadi selepas tiba dari Bukit Rokan Utara, Tedi menjenguk serai di laman belakang sebab ada pesanan untuk membawanya ke pejabat Master esok. Saja Master bagi serai tu kepada kawan-kawannya kerana serai ni apabila terlalu banyak akan menyebabkan rumpunnya reput mungkin kerana faktor kebasahan dek kurangnya disinari cahaya mentari. Jadi petang tadi semasa Tedi menuai serai yang sesuai, Tedi cabut rumpunan yang mereput sebelum Tedi asingkan kepada serai tua dan anak serai. Anak serai Tedi tanam semula dengan mencucuknya ke dalam tanah bekas tempat asalnya itu. Ketika ini Tedi terfikir pasal peribahasa jangan pisang berbuah dua kali, yang maksudnya takkan perkara yang sama berulang dua kali iaitu selalunya ditujukan kepada perkara buruk seperti ditipu dan sebagainya. Tedi selalu terfikir kenapa dilarang pisang berbuah dua kali? Rupa-rupanya itu bukan larangan tapi s...

Golongan yang dibenci

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hadith ke-25 daripada buku "101 Rekreasi Hati". Daripada Abdullah bin Umar radhiallahu anha, Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam bersabda yang bermaksud:   " Tiga golongan yang tidak dipandang Allah subhanahu wa ta'ala pada hari kiamat; penderhaka ibu, penagih arak, dan orang yang suka menyebut pemberiannya. " (Riwayat al-Hakim)   Pengajaran: Untuk menjadi orang yang beriman, elakkanlah daripada perbuatan yang tidak disukai Allah subhanahu wa ta'ala. ~20130603~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Aina sudah rajin berjalan

Imej
1 Zulkaedah Hari ini merupakan hari yang agak istimewa kerana orang sudah mula sibuk nak berangkat ke Madinah atau Makkah kerana musim haji. Hari ini juga Aina sudah mula rajin untuk berjalan. Dia akan melangkah beberapa tapak, jika ada beg kekacang ( bean bag) , dia akan menyerbu dengan laju, mentang-mentang bean bag tu lembut maka dia tahu ada tempat baik untuk landing . Tapi jika dia berjalan ke arah tiada  bean bag , tahu pula dia untuk berjalan dengan perlahan dan tertib, tidak seperti lori tiada brek. Sebenarnya sejak semalam lagi dia sudah menunjukkan kerajinan untuk berdiri dengan berpaut kepada Master sebelum menyerbu  bean bag . Ketika ini umurnya patut 1 tahun 4 bulan dan 24 hari.   Berjaya perolehi Oasis Water Node Trap Setakat tahun 2018 ini, OWNT adalah perangkap tikus berkuasakan air yang hebat. Ada versi yang lebih hebat seperti versi chrome, tetapi jika versi biasa perangkap tikus ini memang dambaan para MouseHunter. Bagus! Anda telah membina O...

Aidan sit-up; Color Riche Matte

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Gambar animasi Aidan menunjukkan cara yang betul untuk melakukan sit-up. Sofa bayi yang baru dibeli Mummy memudahkan Aidan untuk melakukan sit-up berulangkali menjadikan perkembangan bayi si Aidan ni mungkin tidak berapa jitu. Aidan ketika ini adalah bayi lelaki berumur 4 bulan 9 hari. # Sunday, 6 October 2019, 09:11 # IMG_20191006_091123-ANIMATION.gif # kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A #    Perkembangan bayi Aidan ni dikomen oleh Mak Ngah Zira sebagai langkah pertama untuk bayi belajar meniarap. Nampaknya tak lama lagi si Aidan ni boleh meniaraplah ye. Color Riche Matte Cuba gincu bibir Color Riche Matte 287 Beige Reveur # Sunday, 6 October 2019, 18:58 # 20191006 # DSC_9714 # Sony G3226 # Tesco Putra Nilai # https://goo.gl/maps/jVZ8wcWLxhezePzz6  # ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm

Ya Rasulullah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pagi ini Tedi mahu berkongsi satu nasyid yang amat syahdu yang bertajuk Ya Rasulullah yang dipopularkan kumpulan nasyid dari Malaysia, Raihan . Nasyid ini adalah salah sebuah lagu yang berjaya membuat Tedi menangis dek kesyahduan dan pengharapan seorang umat kepada Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam. Alangkah Indahnya Hidup Ini... Lirik nasyid ini beberapa kali menekankan ayat " Alangkah indahnya hidup ini " sehinggakan ramai yang menganggap tajuk nasyid Ya Rasulullah ini bertajuk "Alangkah Indahnya Hidup Ini...". Munsyid: Raihan Album: Senyum   Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat ku tatap wajahmu Akan pasti mengalir air mataku Kerana pancaran ketenanganmu   Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat ku kucup tanganmu Moga mengalir keberkatan dalam diriku Untuk mengikut jejak langkahmu   Ya Rasulullah, Ya Habiballah Tak pernah k...

Kenapa kena reboot router?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pengenalan Kadangkala sambungan Internet melalui perkhidmatan Unifi di rumah kami menghadapi masalah tiada Internet. Selalunya Master akan tutup  router Unifi tu selama 10 saat dan kemudian menghidupkannya semula. Tadaa, sambungan Internet pulih kembali. Tedi kebingungan dalam hal ini, kenapa  reboot peralatan bernama  router itu boleh memulihkan kembali sambungan Internet? Langkah pertama pulihkan sambungan Internet Menghidupkan semula ( reboot ) penghala ( router ) dapat menyelesaikan masalah sambungan Internet tertentu seperti masalah tidak ada sambungan Internet atau sambungan tanpa wayar yang perlahan. Reboot penghala harus menjadi salah satu langkah penyelesaian masalah pertama anda di persekitaran rumah atau pengguna. Ia juga merupakan amalan keselamatan yang baik untuk sekali-sekala menghidupkan semula penghala. Apakah maksud " reboot "? Bagi se...

Taktik Negatif Bruce Sebabkan Newcastle dibelasah MU 1-4

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Newcastle United dibelasah pada akhir permainan dalam kekalahan kepada Manchester United Kembali beraksi setelah rehat antarabangsa, Newcastle Unite mengalami kekalahan 1-4 kepada Manchester United walaupun mendahului 1-0 pada minit awal permainan. Gol sendiri meletakkan Magpies di hadapan sebelum Manchester United mengganas mencetak gol melalui Harry Maguire, Bruno Fernandes, Aaron Wan-Bissaka, dan Marcus Rashford. Keputusan Buruk Bruce Steve Bruce menurunkan barisan pemain yang hampir sama seperti ketika menewaskan Burnley, kecuali dia memasukkan Jamaal Lascelles menggantikan Fabian Schar. Barisan pemain itu bukanlah pilihan terbaik di Newcastle United. Bruce juga mengarahkan pemainnya bertahan jauh ke bawah selepas mendahului permainan. Dia juga menggantikan Isaac Hayden yang cedera dengan Fabian Schar, tidak memasukkan pemain menyerang seperti Miguel Almiron atau R...

Popular