Kembara Ekstrem Geng Serai
Geng Serai adalah satu kumpulan berbasikal orang Eropah yang ditaja dan melakukan satu ekspedisi kembara kayuhan basikal sejauh 2000 (dua ribu) kilometer dari Bangkok ke Singapura sekitar tahun 2005. Tujuan kembara mereka adalah untuk mengutip dana bagi membantu mangsa Tsunami Thailand 2004 . Apa Maksud Geng Serai? Dari mana mereka memperolehi nama Geng Serai? Kerana serai adalah ramuan utama dalam masakan Tom Yam atau di kalangan omputeh disebut Tom Yum , jadi maksud nama Geng Serai tersebut adalah merujuk kepada kumpulan berasal dari Thailand. Mereka bukanlah orang Thailand jadi nama itu merujuk kepada di mana kumpulan itu diasaskan. Selain itu maksud Geng Serai adalah "sekumpulan manusia yang bercita-cita tinggi tetapi kekok dalam hubungan bermasyarakat" . Agak pelik juga maksud nama Geng Serai tersebut memandangkan mereka boleh bersosial dengan baik. Atau adakah mungkin mereka maksudkan yang mereka ni bersosial sesama bangsa mereka sahaja? Geng Serai dianggotai oleh...