Catatan

Jersi Bola Sepak Kappa Paparkan Anatomi Otot Badan Manusia

Imej
Sebuah kelab bola sepak dari liga ke-4 Sepanyol bernama kelab Deportivo Palencia telah memperkenalkan jersi bola sepak terbaru mereka untuk digunakan dalam perlawanan play-off kenaikan ke liga bola sepak divisyen Segunda B . Uniknya jersi bola sepak terbaru mereka itu adalah ia memaparkan anatomi otot tubuh badan manusia, seolah-olah para pemain itu bermain bola sepak tanpa kulit! Ia adalah bersesuaian dengan slogan "We give our skin" yang jika diterjemah secara langsung bermaksud, "Kami berikan kulit kami" melalui penggunaan jersi tersebut. Slogan itu bermakna mereka takkan menyerah kalah dalam perlawanan penentuan kenaikan ke liga bola sepak Segunda B itu bak kata pepatah, biar putih mata, jangan putih tulang! Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan! Jersi bola sepak itu adalah jersi bola sepak rekaan khas tajaan Kappa yang akan digunakan menggantikan jersi bola sepak rasmi mereka yang bewarna ungu untuk beberapa minggu ini. 20160518

Apa ada dengan Nescafe Tarik?

Imej
Master selalu minum Nescafé tarik. Master akan memesan Nescafé tarik jika minum di kedai makan. Karangan Tedi kali ini akan mengupas beberapa topik menarik mengenai Nescafé tarik semasa Master menunggu Nescafé tarik yang beliau pesan kali ini menyejuk. Topik-topik tersebut ialah :  Apakah itu Nescafé tarik? ,  Kenapa nak tarik Nescafé? ,  Kenapa nak pesan Nescafé tarik? , dan  Dah tu? . # Gambar: segelas Nescafe tarik di atas meja kayu. # Kamera: telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # Bila: 2019-01-16 jam 21:46:20 hari Rabu # Lokasi:  D Vista Cafe   Apakah itu Nescafé tarik? Nescafé tarik adalah satu minuman yang dibuat daripada bancuhan Nescafé dan susu isian atau krimer dan kemudian ditarik iaitu dipindah-pindahkan dari satu gelas kepada satu gelas yang lain dengan jarak yang agak jauh. Ia dipindahkan dengan tuangan air Nescafé tersebut silih berganti. Kenapa nak tarik N...

Satelit China temui suspek tapak nahas kapal terbang MH 370

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Sebuah satelit China telah merakam gambar objek terapung yang besar di Laut China Selatan. Ia disyaki sebagai tapak kapal terbang MH 370 terhempas. Foto yang dihantar mereka turut menunjukkan tumpahan minyak di sekitar kawasan tersebut. Apa yang menghairankan gambar itu dirakam pada 9 Mac iaitu sehari selepas kejadian namun baru dihebahkan kepada umum. Objek terbesar yang dirakam adalah bersaiz 78 kaki kali 72 kaki , di mana ada 3 serpihan besar ditemui. Lokasi adalah separuh jalan di antara Malaysia dan Vietnam, hampir dengan laluan kapal terbang tersebut. China telah merakam gambar ini pada 9 Mac namun hanya mendedahkannya semalam. Tapi bila Tedi tengok gambar ni, Tedi rasa memang susah nak pastikan.   Gambar bertarikh 9 Mac 2014 ini seolah-olah kesan tumpahan minyak di kawasan kejadian.     Lokasi disyaki kapal terban...

Aina Muntah Dua Kali

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari ini 24 Mei 2019 (ketika kiriman ini ditaip), kami bawa Aina ke Kota Bharu untuk belikan dia Beyblade, gasing mainan daripada siri animasi Beyblade yang kini jadi kegilaan kanak-kanak. Nak belikan Aina Beyblade sebab tak mahu dia rebut Beyblade Irsyad – biarlah Aina tak pandai main pun, cuma pandai cerai-beraikan Beyblade tu sahaja. Lompat ke:  Nak Cari Beyblade buat Aina  |  Aina Muntah di Kedai Eco RM 2.10 Pasir Pekan  |  Beli beyblade RM 15 dan stadium Beyblade RM 12 di KB Mall  |  Singgah di Pasaraya PKT Wakaf Bharu, beli Beyblade lagi  |  Bersihkan Muntah dalam Kereta selepas Makan Colek  |  Aina Muntah dalam Tidur Nak Cari Beyblade buat Aina Master pun tak faham kenapalah budak-budak zaman sekarang ni rajin main Beyblade yang mudah tercerai tu? Buang masa nak pasang balik. Pandai orang Jepun reka mainan ya...

MH 370: Al-Quran bukan untuk menilik!

Imej
Hari ini Tedi ada terjumpa beberapa gambar yang mengaitkan Surah Yasin dengan MH 370. Di antaranya ia menyebut Surah Yasin ada 83 ayat dan kejadian berlaku pada 8 Mac. Tedi tak setuju dengan gambar tersebut. Tapi Tedi agak kagum dengan mereka yang mengutarakan "fakta" sedemikian. Mungkin Tedi jahil berbanding mereka. Tapi Tedi tetap tak bersetuju dengan mereka. Kerana apa? Gambar komen kononnya hubungan di antara ayat 41 Surah Yaasin dengan nahas MH 370.     Ayat Al-Quran bukan untuk menilik. Memang benar al-Quran itu mukjizat Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam dan banyak perkara dalam al-Quran yang selari dan terbukti dengan sains. Itulah dia sebabnya! Al-Quran sesuai sepanjang zaman. Bukan hanya pada 8 Mac sahaja! Apa kejadah mereka yang mereka-reka perkara sedemikian? Adakah jika ada kapal yang tenggelam tidak pada 8 Mac maka ia menunjukkan Al-Quran tidak benar? Atau adakah dengan mengira bilangan ayat atau kedudukan nombor ayat dalam sesebua...

Kad Touch n Go tidak sah

Imej
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda, dan para sahabat baginda.     Wow... karangan ini memang menduga kesabaran kerana beberapa kali Tedi kehilangannya sebelum dapat kirim di sini. Pagi Khamis, 21 Jun 2018, kami tiba dari Kelantan pada waktu Subuh. Lebih tepat lagi waktunya di sekitar jam 5:15 pagi. Ketibaan kami ini adalah setelah melalui kembara selama 9 jam dari Wakaf Bharu di Kelantan Darul Naim ke Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor Darul Ehsan. Perjalanan kami lancar, kereta banyak juga tetapi tidaklah sesak. Master mengambil pendekatan malas memotong dalam kembara kali ini. Mummy cuti, tetapi Master pula terpaksa bekerja. Master agak mengantuk, almaklumlah baru sampai kemudian nak kena ke pejabat pula, jadi Master mengelak daripada memandu kereta ke tempat kerja pada hari ini. Sebagai alternatif, Master boleh menaiki tren ERL di stesen Salak Tinggi atau menaiki K...

Penyelidik Bangunkan Cip Pemproses 1000 Teras

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Para penyelidik di University of California telah membangunkan satu cip pemproses (processor chip) dengan 1000 teras (core). Cip yang dinamakan KiloCore itu punyai 1000 teras yang setiap satunya boleh diprogram secara berasingan. Ia mempunyai 621 juta perintang dan mampu memproses 178 trillion arahan sesaat. Setiap teras menjalankan program mereka masing-masing secara berasingan menjadikannya 100 kali ganda lebih jimat tenaga berbanding cip pemproses yang terdapat pada komputer riba. Komputer sekolah Tedi pun baru guna cip pemproses 4 teras, itu pun harganya dah cecah RM 3 ribu, kalau KiloCore ni mahu makan ratusan ribu Ringgit Malaysia? Tedi tak dapat nak bayangkan bagaimana mereka boleh hasilkan cip dengan 621 juta perintang (transistor) di dalamnya. Sehalus manakah perintang-perintang itu? Indahnya hidup jika Tedi berpeluang bekerja kaji atau buat cip pemprose...

Popular