Catatan

Aina Aidan Balok 2020

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Sempena cuti Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63 jatuh pada hari Isnin, kami pergi bercuti ke Kuantan. Timurbay Seafront Residence Di Kuantan kami menginap di homestay di rumah pangsa yang dinamakan Google Maps sebagai Timurbay Seafront & Beach Residence. Nak juga guna nama Inggeris walaupun dah merdeka 63 tahun. Acah-acah hebatlah tu. Rumah pangsa ini terletak di Jalan Kuantan - Kemaman, Kampung Sungai Karang Pantai, 26080 Balok, Pahang. Orang yang menginap di sini boleh berkunjung ke Pantai Balok, Tanjung Lumpur, Teluk Chempedak malah ada juga yang ke Kemaman untuk makan sata. Gambar pemandangan laut dan pantai dari Timurbay Seafront Residence di Kuantan di Malaysia. Kami mendapat unit homestay menghadap laut. # Sunday, 30 August 2020, 07:54 # IMG20200830075401 # OPPO OPPO Reno2 # Rumah pangsa ini terdiri dari 2 blok iaitu Tower A dan Tower B. Punyai 4 buah lift dari tingkat G sehingga 13A. Menurut seorang pekerja setiap tingk...

Janji Tinggal Janji

Imej
Saja feeling dengar lagu ni, mungkin sebab melodinya indah walaupun liriknya tiada kena mengena dengan kehidupan Tedi. Ada kenalah sikit batang hidung Master sebab setelah di-propaganda-kan dengan keuntungan syarikat, tiba-tiba sahaja bonus beliau ciput, kenaikan gaji pun mujurlah dapat. Tak faham.. cerita untung tapi dapat kurang berbanding masa tak untung. Tak mengapalah, rezeki beliau dah setakat itu sahaja. Dengar lagu Janji Tinggal Janji oleh KRU bukan sebab putus cinta Tibalah kita di penghujung persimpangan Di penghujung jalan cinta kita berdua Terpaksa kurelakan, Tak daya ku halangkan Kerna ku tahu cintamu bukan lagi milikku Menanti hatimu kembali padaku Menanti purnama jatuh ke riba Beratnya di mata sebaknya di dada Melihat kau bersama dirinya… Gadisku, yang ku pinta hanyalah satu Semadikanlah kenanganmu bersamaku Walau ditakdirkan tak bersama lagi Kau gadis pertama yang kucintai Oh kasih, sebelum kau melangkah pergi Ke pangkuan teman baru yang kau san...

MH#28 Living Garden

Imej
Taman Hidup memang agak mencabar, tidak menguntungkan tetapi berbaloi untuk mendapatkan perangkap Hidro, Arcane dan Shadow yang terkuat pada masa ini! Peralatan Sokongan http://mousehuntguide.com/mh-essenceWizard.php : kira jika esen bawahan cukup untuk dijadikan esen atasan. Rumusan Turutan Pembinaan Perangkap Baru Kalau nak cepat habiskan tugasan di Living Garden ni, kita kenalah bina perangkap yang dikehendaki mengikut turutan yang betul. 1.  Phantasmic Oasis Trap  (Hydro) Perangkap ini menjadi tujuan utama kerana ia membantu kita mengumpul Dewtheif Petal, Graveblossom Petal dan menangkap Twisted Carmine! Dengan adanya perangkap ini, bukan sahaja kadar pengumpulan kelopak-kelopak bunga itu bertambah, malah kadar tangkapan Twisted Carmine akan turut meningkat.  Resepi Pembinaan 1 Phantasmic Oasis Trap Blueprint = Est + Fel + Icuri Essences 1 Oasis Water Node Trap Parts 3 Phantasmic Essence 2.  Grand Arcanum Trap  (Arcane)...

Aina Aidan pertama kali ke Taska

Pada 20200903 hari Khamis, Master telah hantar Aina ke Taska di Taman Seroja sebelum ke pejabat beliau di Bangsar South bagi urusan penyerahan dokumen yang diperlukan untuk perpindahan ke pejabat baru di Cyberjaya. Itu adalah kali pertama Aina ke Taska. Khabarnya Aina menangis sepanjang hari. Tidur, bangun sambung menangis. Pada 20200904 hari Jumaat, Master dan Mummy hantar Aina dan Aidan ke Taska tersebut. Kali ini Aina menangis meronta-ronta panjat jeriji pintu, manakala Aidan dengan tenangnya membiasakan diri dengan pengalaman baru. Tidak sampai satu jam cikgu Taska telefon suruh ambil Aina kerana ada pegawai JKM hadir ke Taska tersebut. Pada jam 1 petang Master bawa Aina kembali ke Taska tersebut namun Aina masih menangis menjerit-jerit, dan akhirnya Master bawa pulang Aina sebelum pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Petangnya kami ke Taska tersebut untuk menjemput Aidan. Cikgu Taska kata Aidan tiada masalah, tetapi kes seperti Aina selalunya akan ditolak mereka kerana kononnya Ain...

Kedah Mahu Balas Dendam; KEDAH vs SABAH

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Luka kekalahan 0-1 kepada Sabah FA pada pusingan pertama Liga Super Malaysia  musim 2011 lalu di Stadium Likas masih berbekas di hati para pemain Kedah FA . Kedah mahu tampil lebih garang untuk memperbaiki permulaan pusingan kedua Liga Super Malaysia 2011 yang menyaksikan Kedah FA tewas dalam dua perlawanan awal. Wan Jamak berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh bersama barisan pemain untuk mengisi harapan peminat. Beliau juga mahukan sokongan padu peminat bagi menyemarakkan lagi semangat pemain untuk terus melakar kejayaan. Bertemu Sabah FA, Kedah FA seharusnya memanfaatkan keletihan yang dialami oleh pasukan Sabah FA kerana terpaksa merentas lebih 800 kilometer dari selatan ke utara. Kedah FA juga seharusnya memanfaatkan prestasi buruk Sabah FA yang tewas empat perlawanan berturut-turut. Rekod memihak kepada Kedah FA Berdasarkan rekod sepuluh perlawanan antara Kedah FA dan Sabah FA sejak tahun 2004, Kedah FA ternyata mempuny...

Tedi.. tanned?

Imej
Balik ke kelas dengan semangat yang agak lemah. teddyandnibs.blogspot.com: Furburn Mungkin kerana Tedi masih terimbau ombak yang menghempas pantai yang mengelilingi Pulau Mabul? Masuk saja ke kelas, kawan-kawan menegur, "Eh Tedi, kau nampak gelap la." Eh, eh, Tedi nampak gelap? Maksudnya selama ni Tedi cerahlah ek? Tak perasan pula Tedi selama ni yang Tedi ni cerah! "Habislah kau Tedi, lama la kau nak cerah semula..." Sakatlah banyak mana pun, bukannya Tedi kisah pun Tedi cerah ke gelap ke, yang penting Tedi sentiasa comel. Tedi ok la, nampak gelap, sedikit macam udang kena panggang yang dah terlebih masak. Mommy pula tak berapa ok sebab separuh gelap separuh cerah dek penangan teduhan awning tudungnya, hehehe. Tedi sudah mengantuk, banyak nak cerita, tapi tiada daya... Selamat malam... interpretZZ.. zzzzz..ZZ..zzz....ZZZ.zzzzzzzzzz 20140415

Mencari Cinta

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Pengenalan Minggu lepas Master sibuk menyiapkan kerja-kerja pejabatnya. Semakin diusahakan, semakin bersengkang mata, hasilnya seolah semakin jauh. Pada masa itulah Master selalu ulang dengar lagu Mencari Cinta ni, Tedi pun dah terjebak dengannya. Lagu Mencari Cinta adalah nyanyian kumpulan nasyid Saujana dari Malaysia. Ia boleh dikatakan sebagai lagu  easy listening yang penuh dengan nasihat, satu  trademark kumpulan nasyid Saujana. Lagu ini diselitkan dalam album bertajuk Rahsia, salah satu album nasyid Saujana yang Master miliki dan tak menyesal memilikinya. Album Rahsia ni Master kat Saujana cuba bermain dengan lagu  catchy untuk menambat selera pendengar muda, tetapi masih ada lagu berentak perlahan seperti lagu bertajuk Mencari Cinta ini.   Lirik "Mencari Cinta" oleh Saujana Bertemu cinta teragung Di dalam sujudku asyik menyanjung Umpama pengembara di malam gelita Kandil cinta-Nya menerangi jiwa Sekian lama ...

Popular