Andai Aku
Hari ini Tedi nak berkongsi lirik lagu nasyid yang bertajuk Andai Aku dendangan kumpulan Mirwana. Sebelum ini Tedi pernah berkongsi dan membicarakan perihal lagu Khalifah Pertama oleh kumpulan Mirwana ni. Lagu "Andai Aku" ini telah disediakan lagunya oleh Mujahid Abdul Wahab dari kumpulan nasyid Nowseeheart , dan lirik nasyid Andai Aku ini ditulis oleh saudara Syah Rizal Mohamed yang Tedi percaya adalah ahli kumpulan Brothers . Lirik yang Tedi salin ini adalah dari album Junjungan Mulia 2 oleh Gabungan Kumpulan Nasyid Malaysia pada tahun 2001. Kenapa Tedi minat nasyid Andai Aku? Tedi menggemari lagu Andai Aku oleh Mirwana ini adalah kerana beberapa sebab: lirik yang sungguh bermakna dan terus kepada maksudnya, lagu ini berentak perlahan dan membangkitkan nostalgia, lagu ini mengutamakan keharmonian suara kumpulan Mirwana Lirik lagu Andai Aku andai aku bisa mengulang kisah silam pastiku mencuba mengukir kembali kisah kehidupan diri ini andai aku bisa diberika...