Catatan

Guna Inhaler Semasa Puasa

Imej
Saya mempunyai penyakit lelah dan terpaksa menggunakan 'inhaler' untuk membantu pernafasan ketika diserang asma. Jika saya berpuasa, jika saya berpuasa, adakah puasa saya sah? Azie, Jasin. Jawapan daripada Ustaz Haslin Baharim: Walaupun memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga ternuka yang dalam membatalkan puasa, namun penggunaan inhaler adalah perkara yang darurat dan tidak dapat dielakkan. Selain itu penggunaannya terlalu sedikit dan tidak sehingga membatalkan puasa. Ulama terkini sepakat dengan menyatakan penggunaan alat inhaler secara tidak melampau dan mengikut keperluan, ia tidak membatalkan puasa. Ia diqiaskan berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung yang dibolehkan ketika berpuasa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sempurnakan wudhu dan selatu di antara jari-jemari serta bersungguh-sungguhlah dalam memasukkan air ke hidung (istinsyaq) kecuali saat engkau sedang berpuasa." - Muttafaqun Alaih. Perbuatan berkumur sudah pasti meninggalkan kesan l...

Kenapa tandas wanita di belakang?

Imej
Burrp..  Alhamdulillah... Kekenyangan Tedi dibuatnya setelah menelan Buah Melaka, Bubur Tepung,  dan Badak Berendam. Itu baru Badak Berendam tu,  belum lagi Tedi telan Paus Biru atau Gajah Putih. Tadi sebelum sampai ke Sungai Lui kami singgah di Masjid Kariah Felda Lui Barat untuk menunaikan solat Asar.

Miss Sahur... KeMaS... Ebit Lew... Gerbang Selatan

Pagi tadi boleh pula terlajak tidur, terjaga hanya apabila bilal mengalunkan azan Subuh. Mujur juga dah minum banyak air malam semalam. Suasana agak sejuk sepanjang hari dek penangan penghawa dingin dan rintikan hujan di luar turut membantu mengurangkan dahaga. Selepas mesyuarat berdiri, Mr R tunjukkan sistem KeMaS RaFID yang bakal diambil alih Tedi tidak lama lagi. Dapatlah faham sedikit apa yang beliau ajari, tapi tak tahulah semasa proses pengkodan nanti Tedi akan hadapi masalah. Ejen Hilang Fail Usai proses pengalihan ilmu, Tedi membantu seorang kawan menyiasat satu isu berkenaan ejen kami di Kempas 04P86 yang tidak menghantar sebarang khabar berita sejak 2 April 2016. Kami mendapati bahawa ejen kami kehilangan akses ke atas fail sistem, sesuatu yang memeningkan kepala kerana ejen-ejen lain tidak menghadapi masalah yang sama. Ceramah Ebit Lew Jam 13:00, pergi ke ceramah yang disampaikan oleh Ebit Lew yang memiliki Paramount Café yang kami pernah kunjungi di Bangi Sentral...

Qanaah - kecukupan

Petang tadi Ustaz Uda Kassim datang berceramah sempena Ramadhan di sekolah Tedi. Ceramahnya adalah berkaitan dengan qanaah ataupun dalam Bahasa Melayu maksudnya kecukupan . Tedi main catit sahaja apa yang Ustaz Uda Kassim sebut jadi maaflah jika kandungannya tunggang terbalik. Lawan bagi miskin adalah mencukupi. Miskin adalah musuh keimanan sebab itu tidak disebut miskin sebaliknya mencukupi. Ada 2 jenis orang susah, 1. makin susah makin kufur 2. Makin susah makin beriman Syaidina Ali - hampirlah kemiskinan itu menjadi punca kepada kufur. Dan orang tua-tua pernah berkata bahawa kerana miskin tergadai agama. Jadi tidak hairanlah suatu ketika dahulu ada isu ibu tunggal yang miskin didapati berada di gereja kerana gereja membantu mereka dari segi kewangan. Tapi bukan kerana miskin sahaja seseorang boleh jadi kufur, sebaliknya seorang yang miskin dan berasa tidak mencukupi yang mendorong kepada kekufuran. Begitu juga si kaya yang tidak berasa berkecukupan, turut diheret ke lemb...

Ibadah yang utama di bulan puasa

Imej
Kuliah  oleh  USTAZ FAKHURRAZI  berkenaan  ibadah yang patut  diutamakan  dalam  bulan  Ramadhan . Seperti  biasa Tedi catit  mana yang sempat  sahaja . 1 - Solat Fardhu Apabila tidak menunaikan solat fardhu, kebajikan yang lain tak diterima termasuklah puasa. Tunaikan solat berjemaah pada awal waktu kerana dalam al-Quran diceritakan ada neraka Wail disediakan bagi mereka yang menunaikan solat tapi tak khusyu dan lalai. Solat yang dilakukan pada lewat waktu adalah diterima tapi di dalam kemurkaan Allah 2 - Sedeqah  wajib  iaitu zakat dan nafkah . Sumber: Dahsyatnya Pahala Mencari Nafkah Zakat ada dua iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Perintah solat selalu diiringi dengan perintah zakat. Perempuan boleh bayar zakat fitrah. Syarat wajib zakat: Islam, merdeka, harta sempurna milik, cukup haul (setahun), cukup nisab (nilai 85g emas setahun). Zakat afdhal bayar dulu kepada ahli keluarga yang bukan ta...

Buka puasa di RnR Seri Kembangan

Imej
Kepada para pengguna Maju Expressway (MEX) atau Lebuhraya KL Putrajaya yang dalam perjalanan pulang kerja dari Kuala Lumpur ke Putrajaya boleh menarik nafas lega kerana ada kedai masakan Pantai Timur yang menyediakan tempahan makanan pada bulan puasa 2016 nanti. Tempahan boleh dibuat melalui nombor telefon 013-3212244 (puan Majdiah) dan 013-6785060 (Encik Zailani). Kedai masakan Pantai Timur yang tiada berpapan tanda itu akan mula beroperasi jam 3:00 petang pada bulan Ramadhan 2016 nanti. Tedi sudah beberapa kali singgah makan di sini dan mereka ada sediakan makanan yang menjadi kegemaran orang Pantai Timur seperti nasi dagang, masak tempoyak, dan tidak lupa juga gulai kawah. Rasanya nasi kerabu ada juga cuma Tedi tidak pernah memesannya. Nasi dagang di sini cuma RM 6.00 sahaja. Tidaklah Tedi tahu sampai jam berapa kedai ini akan beroperasi pada bulan puasa nanti. Kedai ini terletak di sebelah kiri sekali di belakang Pondok BIT Polis Bantuan MEX Highway.

Deruman Gemuruh Subaru 2.5 liter

Imej
Tanpa ragu-ragu lagi Tedi akui yang Tedi pernah dengar bunyi deruman yang sungguh ketara, dan apabila Tedi palingkan kepala kelihatan Subaru di kejauhan. Ia adalah bunyi deruman enjin yang sungguh bergemuruh dan Tedi tahu maksudnya, sebuah enjin boxer 4-flat 2.5 liter sedang menghala ke arah Tedi, dan kebisingan derumannya itu bagaikan mahu memecahkan gegendang telinga Tedi ini. Tapi kenapa bunyi enjin boxer 2.5 liter Subaru amat berbeza dengan bunyi enjin-enjin lain di jalanan? Nasib baik ada kawan Tedi dari Engineering Explained yang sudi menjelaskan berkenaan fenomena ini. Enjin boxer Subaru adalah enjin rata melintang-bersetentang di mana silinder-silinder omboh enjinnya disusun secara melintang melawan satu sama lain. Susunan itu menghasilkan enjin yang tidak berapa tinggi, sekaligus membenarkan kereta-kereta Subaru lebih rapat ke tanah. Rekabentuk itu sahaja sudah cukup untuk memberikan enjin boxer Subaru bunyi yang berlainan, namun enjin 2.5 liter mempunyai satu lagi ciri...

Popular