Susu Isian Pekat dan Manis F&N
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Susu Isian Pekat dan Manis F&N ni memang tak perlu ceritalah akan keberadaannya di dalam keluarga kami. Kami membesar bersama produk ini terutamanya untuk menikmati minuman pagi mahu pun petang.
Kadangkala biskut lemak berintikan Susu Isian Pekat dan Manis F&N ini menjadi santapan pada waktu malam. Tuang di atas roti tawar pun sedap juga. Master tentulah gunakannya untuk membancuh Nescafe tarik kegemarannya.
Jika nak kata pencabar terdekat, mungkin susu isian pekat manis SAJI sama tahap dengannya.
Rekaan tinnya pada masa ini (20200605) juga memudahkan kita membuka penutupnya dan menuangnya ke dalam sajian kegemaran.
Harga Tin 500G
- RM 3.63, TESCO Putra Nilai, 20200111.
20200605

Ulasan