Sebagai pecutan terakhir sebelum membeli tayar kereta baru saiz 195/60/R15 (rim 15 inci) untuk kereta Proton Persona transmisi manual kami, Tedi akan mengkaji mengenai salah satu calon tayar kereta saiz 15 baru itu iaitu tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun Malaysia untuk memastikan tayar Falken bagus tak?

Pengenalan kepada Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun

Gambar tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun
  • Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun adalah tayar kereta kategori Premium Touring Summer direka untuk kegunaan kereta penumpang.
  • Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun menggantikan tayar Falken ZE914.
  • Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun telah digantikan oleh tayar Falken ZIEX ZE310 EcoRun.

Posisi tayar Falken ZIEX ZE914 dalam beberapa jenis ujian:

  • 2017 Auto Express Summer Tyre Test - kedudukan ke 7 dari 11 tayar.
  • 2017 AZ Summer Tyre Test - kedudukan ke 10 dari 10 tayar.
  • 2016 AMS SUV / 4x4 Tyre Test - kedudukan ke 5 dari 9 tayar.

Harga tayar kereta Falken ZIEX ZE914 EcoRun saiz 15 di Malaysia

  • 195/50/R15 : RM 154 hingga RM 162
  • 195/50/R15 : RM 149 hingga RM 155

Kelebihan Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun

  • Rintangan kuat daripada meluncur di atas air
  • kawalan boleh diterima di permukaan jalan kering.

Kelemahan Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun

  • Jarak berhenti lebih jauh berbanding tayar lain di permukaan jalan basah.
  • Jarak berhenti lebih jauh berbanding tayar lain di permukaan jalan kering.
  • Sedikit tidak selesa semasa melalui jalan tidak rata.

Komen pemandu menggunakan Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun

 
Markah 86% - kereta Volkswagen Polo 1.4 TDI (195/55/R15 H)

Saya membeli tayar ZIEX ZE914 EcoRun menggantikan tayar Firestone Roadhawk, mendapati ia adalah satu transformasi yang baik. Cengkaman kering dan cengkaman basah sangat bagus.

Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun terasa keras sedikit tetapi terasa lembut apabila telah panas. Tidak seperti Firestones, kawalan dan belokan lebih baik. Saya terkejut bagaimana saya terlalu yakin mengambil selekoh ketika mengunakan tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun. Saya kagum dengan cengkaman tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun.

Satu perkara yang tidak menyenangkan tentang tayar kereta Falken ZIEX ZE914 EcoRun ialah sedikit ketidakselesaan apabila melalui jalan tidak rata. Secara keseluruhannya tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun adalah hebat berbanding harganya. Saya mencadangkannya dan akan membelinya lagi.


20190217