Kepupusan Pertama Mammalia kerana Perubahan Iklim

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Laporan Alam Sekitar: Kepupusan pertama mamalia akibat perubahan iklim yang berpunca daripada aktiviti manusia secara langsung.

Mamalia Pertama Pupus Angkara Perubahan Iklim Manusia

Melalui satu kajian terbaru, sejenis rodent Australia yang hanya boleh dijumpai di Terumbu Karang Great Barrier kini disahkan pupus angkara perubahan iklim dunia.

Bramble Cay melomys pupus

Bramble Cay melomys: Mangsa perubahan suhu dunia akibat kegiatan manusia.

Spesies yang dikenali sebagai Bramble Cay melomys itu mula ditemui pada 1845 dan telah lama tidak kelihatan sejak 2009. Ia adalah haiwan seperti seekor tikus kecil yang mendiami kawasan terpencil.

Kali terakhir ia dilihat adalah pada tahun 2009 oleh seorang nelayan profesional. Sejak itu, tiada lagi kelibat haiwan unik ini yang dilaporkan muncul di habitat asalnya.

Punca utama kepupusan adalah disebabkan oleh fenomena ombak tinggi dan peningkatan paras air laut yang melampau, mengikut laporan kajian kerajaan negeri Queensland dan University of Queensland.

Usaha menjejaki haiwan tersebut telah dijalankan melalui pelbagai kaedah termasuklah pemasangan perangkap, penggunaan kamera sensor dan pencarian fizikal secara intensif, namun semuanya tidak membuahkan hasil.

Walaupun secara rasmi dianggap pupus di Australia, penyelidik masih menaruh harapan agar spesies ini dapat ditemui di kawasan berjiranan iaitu Papua New Guinea.


LOG ID: 20160617 | Kemaskini: 20260305 | Sumber: Science News
⌂ Home

Popular