بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Assalamu'alaikum semua.

Pada suatu masa dahulu Tedi mempunyai satu tabiat ketika menguruskan koleksi gambar-gambar yang ada. Tedi akan tukar nama fail gambar-gambar tersebut supaya menceritakan apakah peristiwa yang berkaitan.

Tetapi kini Tedi menyesali tindakan Tedi itu.

Ini adalah kerana gambar-gambar yang sama selalunya disimpan di tempat berlainan dan apabila namanya ditukar tidak semua tempat simpanan itu menerima kesannya. Tedi pun kadangkala tak tahu di mana gambar itu disimpan.

Jadi apabila Tedi nak pastikan bahawa gambar itu sudah ada atau belum dalam Google Photos, berkemungkinan Tedi takkan menerima jawapan yang tepat, kecuali jika Tedi rajin nak periksa mengikut tarikh gambar diambil. Sudah pasti Tedi tidak melakukan perkara itu.

Oleh itu mulai saat ini Tedi berikrar takkan pernah menukar nama gambar-gambar yang kami ada. Biarlah namanya seperti yang dicetak oleh kamera-kamera itu sendiri. Tambahan pula tiada masalah jika Tedi simpan gambar-gambar itu dalam folder berlainan.

Folder gambar bolehlah dinamakan mengikut keterangan gambar tersebut. Tetapi jangan sesekali tukar nama gambar itu sendiri.

Sekian, terima kasih.


~20210517~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih