بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Assalamu'alaikum semua.

wawawa lama juga tak menaip di interpretZZ ni, cerita raya PKP 3.0 pun tak ada kan? hehehe.

Sebelum 1 Jun

Bukannya tak ada cerita tetapi Tedi tengah bertungkus-lumus muat naik gambar ke Google Photos. Selepas 1 Jun, Google akan kenakan bayaran apabila kita gunakan storan melebihi 15 GB, tetapi Google akan berikan pengecualian kepada gambar-gambar yang dimuatnaik sebelum 1 Jun.

Jadi Tedi terpaksa menumpukan usaha kepada muat naik semua gambar yang ada sebelum tarikh 1 Jun 2021 tersebut.

Mungkin ramai yang tak muat naik gambar ke storan di awanan (cloud) seperti Google Photos ini tetapi ia penting bagi Tedi kerana:

  1. sebagai backup jika apa-apa terjadi kepada hard disk fizikal milik kami, almaklumlah tiada makhluk yang kekal.
  2. mudah dicapai di mana-mana asalkan ada internet.
  3. perkhidmatan yang disediakan Google Photos memang terbaik melalui animasi, video, kolaj yang dihasilkan menggunakan teknologi pembelajaran mesin (machine learning) agaknya.
  4. boleh search gambar dalam Google Photos sama ada kata kunci, melalui pengecaman wajah, tarikh, atau juga lokasi. Tedi belum cuba gelintar menggunakan jenis kamera yang digunakan.

Sumbat saja apa yang ada

Memandangkan masa sudah semakin suntuk, tinggal beberapa hari sahaja lagi, dan gambar masih banyak dalam simpanan maka kadangkala Tedi cuma muat naik apa sahaja yang ada.

Sebelum ini ada juga Tedi periksa sama ada gambar itu pernah dimuatnaik tak untuk mengelakkan duplicate tetapi sekarang tidak lagi, kerana usaha itu memakan masa yang banyak.

Biar bersepah daripada tiada langsung. Kalau bersepah kurang-kurang nanti boleh dikemas, tetapi kalau tiada langsung, melopong sahajalah.

Kadar bayaran storan Google

Tedi dah periksa semalam dan bayaran yang paling murah ialah MYR 8.49 sebulan atau MYR 84.99 setahun untuk ruang penyimpanan bersaiz 100 GB.

Mungkin tiba masanya nanti Tedi akan bayar juga untuk menggunakan ruang storan yang mungkin dikenali Google One itu nanti.

Google One: adalah perkhidmatan langganan yang dikembangkan oleh Google yang menawarkan penyimpanan awan yang diperluas dan ditujukan untuk pasaran pengguna. Pelan berbayar Google One menawarkan penyimpanan awan mulai dari 100 gigabyte, hingga maksimum 30 terabyte, sambungan dari ruang penyimpanan akaun Google percuma 15 gigabait, yang dikongsi di seluruh Google Drive, Gmail, dan Google Photos. Google One menggantikan perkhidmatan berbayar Google Drive untuk menekankan fakta bahawa program ini digunakan oleh beberapa perkhidmatan Google. Storan mentah ini tidak dapat diakses oleh pengguna, tetapi e-mel, fail, dan gambar dapat ditambahkan dan dikeluarkan melalui Gmail, Google Drive, dan Google Photos. [Google One - Wikipedia]

Harapannya hasil pendapatan daripada Google AdSense akan membantu membayar khidmat tersebut apabila diperlukan.

Okaylah, Tedi nak sambung upload gambar. Apa-apa roger ya.


~20210517~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih