Salah-satu maksud perkataan "kali" ialah sungai

Tedi kalau mengisahkan suasana kampung dalam karangan Bahasa Melayu, pasti Tedi akan selitkan perihal kesejukan air di kali.

Kali adalah nama lain bagi perigi sungai. Jika ditulis "sejuknya air di kali" akan tampak lebih sastera berbanding "sejuknya air di perigi sungai" atau "sejuknya air di telaga".

Terima kasih kepada pembaca yang menegur mengenai perkataan kali bukanlah bermaksud perigi. Setelah merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Pelajar Edisi Kedua, salah satu maksud perkataan "kali" ialah sungai dan perkataan ini berasal daripada bahasa Jawa.

Selalunya Tedi akan gunakan pula perkataan "dingin" untuk menggantikan "sejuk" hingga menjadi "dinginnya air di kali", kerana perkataan dingin itu tampak macam sejenis kesejukan yang menyegarkan dan tidak menyeksakan.

Tapi hakikatnya kesejukan air di kampung memang menyeksakan, sehingga menggigil satu badan dibuatnya. Terkadang ia membuatkan Tedi liat untuk mandi pada awal pagi.

Entah faktor apa yang menyebabkan air di Felda Sungai Lui ini begitu sejuk?

Gambar seekor beruang polar berwarna putih sedang mandi dalam air di kawasan berais

Tapi kali ini Tedi mula menghargai kesejukan air yang menyirami tubuh, terasa haba terbebas meninggalkan badan, seolah-olah Tedi sedang demam.

Mungkin sahaja Tedi demam tapi tidak menyedarinya?

Apakah faedah mandi dengan air sejuk?

Tiba-tiba teringin nak tahu apakah faedah bermandikan air sejuk terhadap badan manusia atau badan seekor beruang teddy yang comel. Ini adalah hasil kajian Tedi.

  1. Mandi air sejuk membakar lemak - Badan manusia mengandungi dua jenis lemak iaitu lemak putih dan lemak perang. Lemak putih adalah lemak yang tersimpan apabila manusia mengambil kalori lebih daripada apa yang diperlukan, manakala lemak perang pula adalah lemak yang disimpan tubuh untuk tujuan memanaskan badan. Mandi dengan air sejuk akan menyebabkan tubuh memanaskan badan, yang boleh dicapai dengan membakar lemak perang sehabis baik!
  2. Mandi air sejuk mempercepatkan pemulihan badan selepas bersenam - Kajian menunjukkan kelesuan dan kecederaan yang dialami tubuh akibat bersenam akan dapat dipulihkan dalam masa 1 hingga 4 hari dengan mandi air sejuk selama 24-minit sehari.
  3. Membaiki mood dan tahap kepekaan - Air sejuk yang menerjah kulit akan memaksa saraf deria di kulit menghantar banyak denyutan impuls kepada otak. Ia akan hasilkan kesan anti-tekanan dan menaikkan mood manusia.
  4. Menguatkan ketahanan badan dan melancarkan aliran darah - Air sejuk akan menyebabkan darah mengelilingi organ badan sekaligus memerangi masalah kulit dan jantung. Apabila air sejuk mengenai kulit, ia akan menyebabkan darah mengalir, mennurunkan tekanan darah, menguatkan jantung dan meningkatkan tahap keimunan badan.
  5. Menjadikan kulit dan rambut lebih menarik - Air sejuk akan mengecilkan liang pori muka dan kulit kepala sekaligus elakkan kotoran menyumbatnya. Manakala air panas pula akan mengeringkan kulit. Air sejuk akan mengetatkan folikel rambut menyebabkannya mencengkam dengan kuat.
  6. Melegakan tekanan - Air sejuk yang menerjah kulit akan memaksa saraf deria di kulit menghantar banyak denyutan impuls kepada otak. Ia akan hasilkan kesan anti-tekanan dan menaikkan mood manusia.
  7. Meningkatkan tahap kesuburan lelaki - Pernahkah manusia terfikir kenapa skrotum diciptakan berada di luar tubuh lelaki? Ia adalah untuk menjadikan ia sejuk. Skrotum yang kepanasan akan menyebabkan lelaki tidak subur selama 6 bulan!

Wah, banyak pula faedah mandi dengan air sejuk ni ya? Tedi akan bermandikan air sejuk selepas ini.

20161213