Cara Cepat Clean Data: Ganti Baris Baru dengan Koma di Notepad++"
Banyak tugasan Tedi yang memerlukan Tedi untuk menggantikan hujung beribu perkataan dengan koma untuk kegunaan tertentu. Takkanlah Tedi nak letakkan satu-persatu? Maka Tedi pun memilihlah untuk menggunakan jalan ringkas yang boleh dicapai menggunakan aplikasi Notepad++ . Langkah-langkah Teknikal 1. Pembersihan Ruang (Trim) Sebelum memulakan, buang ruang kosong di hujung baris supaya kod tidak ralat: Menu Edit → Blank Operations → Trim Trailing Space Atau TextFX → TextFX Edit → Trim trailing spaces 2. Konfigurasi Find & Replace Tekan CTRL + H untuk membuka tetingkap ganti teks. Pastikan Search Mode ditetapkan kepada Regular expression . Isikan medan seperti jadual di bawah: Medan Input yang Perlu Diisi Find what [\r\n]+ Replace with , (Koma + satu jarak) Rujukan visual tetapan Regular Expression di Notepad++. Tip: Jika anda mahu ganti dengan simbol lain (seperti semikolon atau palang), tukarkan saja simbol koma tersebut mengikut keperluan anda. 3. Akhir sekali, ...