Cara Cepat Clean Data: Ganti Baris Baru dengan Koma di Notepad++"
Banyak tugasan Tedi yang memerlukan Tedi untuk menggantikan hujung beribu perkataan dengan koma untuk kegunaan tertentu. Takkanlah Tedi nak letakkan satu-persatu?
Maka Tedi pun memilihlah untuk menggunakan jalan ringkas yang boleh dicapai menggunakan aplikasi Notepad++.
Langkah-langkah Teknikal
1. Pembersihan Ruang (Trim)
Sebelum memulakan, buang ruang kosong di hujung baris supaya kod tidak ralat:
- Menu Edit → Blank Operations → Trim Trailing Space
- Atau TextFX → TextFX Edit → Trim trailing spaces
2. Konfigurasi Find & Replace
Tekan CTRL + H untuk membuka tetingkap ganti teks.
- Pastikan Search Mode ditetapkan kepada Regular expression.
- Isikan medan seperti jadual di bawah:
| Medan | Input yang Perlu Diisi |
|---|---|
| Find what | [\r\n]+ |
| Replace with | , (Koma + satu jarak) |
Tip: Jika anda mahu ganti dengan simbol lain (seperti semikolon atau palang), tukarkan saja simbol koma tersebut mengikut keperluan anda.
3. Akhir sekali, klik butang "Replace All". Notepad++ akan memproses ribuan baris dalam sekelip mata!
Kegunaan Praktikal: Teknik Data Cleaning ini sangat berguna untuk menyediakan data sebelum dimasukkan ke dalam SQL Database atau semasa menyediakan senarai Array untuk tujuan Programming. Ia menjimatkan masa berbanding melakukan Data Entry secara manual.

Ulasan