بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


[Kandungan]

  1. Berhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar
  2. Kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga
  3. Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong
  4. Menghubung hendak panjang, menyebar hendak lebar
  5. Minyak habis sambal tak enak
  6. Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu
  7. Putus tali boleh disambung, patah arang mudah sekali / Putus tali boleh disambung, patah arang putus sekali
  8. Tali terentang tidak putus, sangkutan tergantung tidak rekah

Berhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar

Maksud peribahasa: Perhubungan kekeluargaan melalui perkahwinan.

[Kandungan]


Kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga

Maksud peribahasa: Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri.

[Kandungan]


Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong

Maksud peribahasa: Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

[Kandungan]


Menghubung hendak panjang, menyebar hendak lebar

Maksud peribahasa: Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak.

[Kandungan]


Minyak habis sambal tak enak

Maksud peribahasa: Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.

[Kandungan]


Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu

Maksud peribahasa: Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.

[Kandungan]


Putus tali boleh disambung, patah arang mudah sekali / Putus tali boleh disambung, patah arang putus sekali

  1. Maksud peribahasa: Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.
  2. Peribahasa lain yang sama makna: Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu.

[Kandungan]


Tali terentang tidak putus, sangkutan tergantung tidak rekah

Maksud peribahasa: Pertalian keluarga kerana perhubungan perkahwinan.

[Kandungan]


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih