Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2022

[t19c09] Tukar Suis Sensor Undur, Mentol dan Pemegang Pintu Kereta Proton Persona Elegance

Imej
Tukar mentol lampu dan penderia undur kereta Proton Persona Tukar Pemegang Pintu Kereta Proton Persona Tukar mentol lampu dan penderia undur kereta Proton Persona Lima hari setelah penggantian motor kipas radiator kereta Proton Persona Elegance , Master membawa kereta Proton Persona itu ke bengkel di Kosmopleks untuk periksa masalah sensor undur kereta Proton Persona itu tidak berbunyi. Selain itu Master juga mahu periksa masalah lampu belakang menyala sebelah, lampu brek belakang tidak menyala, dan lampu undur tidak menyala. Master pergi ke bengkel Zam di Kosmopleks, sebelum mekanik di bengkel Zam menasihati kami membawa kereta Proton Persona Elegance itu ke kedai aksesori kereta bernama Car Room Auto Part & Accessories. Setelah diperiksa didapati bahawa mentol-mentol lampu yang terjejas telah terbakar. Master agak musykil bagaimana boleh terbakar serentak? Master syak mekanik di JDMH Puncak Jalil yang punya angkara. Tetapi mekanik di kedai aksesori Car Room Auto Part ...

[t18b13] Tukar Pemegang Pintu Kereta Proton Persona 2008

Imej
Semalam Tok Abah bawa kereta Proton Persona 2008 1.6 transmisi manual ke bengkel. Tujuannya nak tukar pemegang pintu kereta bahagian pemandu yang patah. Setakat ni sudah tiga pemegang pintu kereta Proton Persona 2008 tersebut yang patah, mungkin kerana sudah reput sesuai dengan usianya yang sudah hampir 10 tahun itu. Tok Abah tukar pemegang pintu kereta bahagian pemandu dengan harga RM 55 (lima puluh Ringgit Malaysia sahaja), di mana harga itu adalah bagi pemegang pintu kereta dengan warna perak (silver) iaitu sama dengan warna badan kereta Proton Persona 2008 tersebut. Harga Pemegang Pintu Kereta Kemudian ketika  Tukar Suis Sensor Undur Kereta Proton Persona Elegance , Master sempat tanya harga pemegang pintu kereta itu dan harganya ialah RM 35 satu set untuk warna hitam dan RM 55 satu set untuk warna silver. Kemudian Master mengupah Pak Lang Epul menukar pemegang pintu kereta Proton Persona itu berwarna hitam dengan harga RM 60 untuk 4 set atau RM 15 satu set. Tiada...

[t22g06] TFC layak suku akhir Piala FA selepas singkir Kedah

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) mara ke suku akhir Piala FA selepas menumpaskan Kedah Darul Aman FC 1-0 pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, di sini, yang berakhir sebentar tadi. Dengan kemenangan itu, skuad kendalian Nafuzi Zain bakal bertemu bekas gurunya, Irfan Bakti Abu Salim yang kini membimbing pasukan Kuching City FC. Skuad Penyu yang masih segar hasil kemenangan 2-1 ke atas Sri Pahang FC Ahad lalu dalam saingan Liga Super bermula garang apabila hampir mendahului pelawat pada minit pertama. Namun percubaan penyerang utamanya, Kpah Sherman berjaya dihalang penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Chek Kasim yang turut berperanan sebagai kapten pasukan. Bagaimanapun lima minit berselang, stadium yang dibanjiri 11,700 peminat setia kembali bergema apabila pemain paling rendah dalam padang, Faiz Nasir yang juga dikenali 'Messi Terengganu' menanduk masuk hasil umpanan Mohd Faisal Halim untuk mendahului 1-0. TFC yang mendominasi permainan terus bernafsu un...

[t21e01] Tiga Hari Berturut-turut ke Bangi Gateway

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sinopsis Hari ini kami berkereta ke banyak tempat juga: Ke Menara TM untuk ambil barang Mummy dan hantar biskut semperit ke kawan Mummy. Ke kondominium Fajaria untuk hantar biskut semperit ke kawan Mummy juga. Ke apartment Pantai Permai untuk cari karipap sedap. Ke Segambut untuk hantar biskut semperit ke kawan Mummy juga. Ke Bangi Gateway untuk tukar songkok Aidan . Makan malam di D Asria Garden Cafe. Tedi kongsikan apa yang mampu je dulu. Lain kali Tedi tambah lagi.y Hari ke-3 di Bangi Gateway Erm, hari Khamis sudah ke sini. Semalam pun ke sini ambil baju raya Master dan Aidan yang tertinggal di kedai seluar, Mummy beli songkok Aidan tanpa kehadiran Aidan yang berada di taska. Hari ini terpaksa kembali ke Bangi Gateway lagi untuk tukar songkok Aidan kerana tidak muat kepalanya. Besar juga kepala Aidan tu ya. Gelagat YB kecil Aidan sedang melawat kedai menjual p...

[t16b07] Melancong ke Bukit Bendera Pulau Pinang Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gambar di sekitar Air Itam War Memorial Park ketika dalam perjalanan ke Bukit Bendera terletak berhampiran dengan bulatan Air Itam. Mengiukut pemahaman Tedi memorial ini adalah untuk mengingati pejuang negara China di luar negara China yang membantu perjuangan China ketika berperang dengan Jepun. Dikatakan di bawah memorial itu ada abu mayat pejuang yang memberi bantuan melalui jalan darat Myanmar - China kerana Jepun telah menyekat laluan pelabuhan. Memorial orang menolak trak itu pula simbolik kepada sukarelawan menghantar bantuan ke China.   # STESEN KERETAPI BUKIT BENDERA # JALAN STESEN BUKIT BENDERA 11500 AIR HITAM # PENANG HILL RAILWAY STATION # BAS PEKERJA # 搬到人间石氏智 政 # 50 # 恭贺新 # TERUS BERJUANG # Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DAP Pulau Pinang # 福州民主行動健 # # Sunday, 7 February 2016, 13:07 # DSC_2711 # Sony D2533 # https://goo.gl/maps/NSruU1KbQ5kfsQMHA  # ...

[t19g27] Ganti Minyak Gear Kereta Proton Persona

Imej
Bawa kereta Proton Persona ke Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi untuk tukar minyak gear manual. Harga termasuk upah ialah RM 68. Jarak perbatuan untuk penukaran minyak gear seterusnya ialah 8000 kilometer daripada catatan perbatuan sekarang (164916). Tetapi macam tipu je ni sebab kalau tak silap meter perbatuan kereta manual Proton Persona tu kalau tak silap belum cecah 163000 kilometer pun, mungkin tersilap tulis agaknya. Pertama kali Tedi dengar minyak gear kereta jenama Liqui Moly ni di Malaysia, selalunya popular dengan minyak enjin je. Rasanya ini kali kedua Master tukar minyak gear manual kereta Proton Persona tetapi tiada catatan dalam interpretzz mengenai penyelenggaraan sebelumnya. Liqui Moly lube oils additives car care | www.liquimolyasia.com | Last service : Date 27.7.2019 Mileage ( km) 164916 | Next service : mileage (km) 172916 | Oil Viscosity Grade : Liqui Moly 10/40 | Additive used : N/A | Your trusted workshop : Apworks | Please contact us. Saturday, 27 July 201...

[t20i13] My Place Cafe at Kunci Air di Sungai Besar di Selangor di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Prolog Semuanya bermula apabila Master berjaya  install aplikasi Google Map dalam kereta Subaru XV STI kami sebelum kami pergi ke rumah Mak Long di Sungai Besar. Bermulalah ekspedisi kami menjelajah tiap lorong yang kelihatan menuju ke laut, kerana Master tak puas hati kenapa tiada pantai di Sungai Besar, sedangkan ia terletak berhampiran laut? Salah satu lorong yang kami terokai membawa kami ke sebuah kedai makan di tepi laut berdekatan kunci air. Kedai makan itu dinamakan My Place Cafe at Kunci Air, rupa-rupanya adalah sebuah kedai makan terkenal di dalam Google Maps yang boleh dikatakan tempat menarik di Sungai Besar Selangor. Banyak gambar dan review mengenai kedai makan My Place Cafe at Kunci Air ni dalam Google maka tak perlulah Tedi mengarut sangat, pandai-pandailah baca dan terima ya. Lokasi Kami kepilkan Streetview kedai makan My Place Cafe at Kunci Air tersebut, gam...

[t13e23] Tedi tanpa kata...

Imej
  Kehidupan ini Pernah Tedi lalui Tanpa teman Tedi kasihi Tedi syukuri nikmat yang diberi Tuhan Redhai kami 23 Mei 2013, 20130523

Kesilapan ketika bedung bayi boleh jejaskan pertumbuhan mereka.

Imej
Kawan-kawan tahu apa itu bedung?   Bedung adalah teknik membalut bayi dengan kain .   Ia dipercayai membantu menenangkan bayi , mengelakkan bayi menangis dan membantu bayi tidur lena .   Adakah lebih baik bayi dibiarkan bebas bergerak supaya pertumbuhan mereka tidak terjejas? Bayi perlu dibedung, cuma jangan dengan teknik yang salah! Tapi jangan tanya Tedi macam mana nak bedung bayi sebab beruang tidak perlu dibedung.   Makcik kepada Mommy pun pernah memberi amaran kepada Mommy supaya bedung Sakinah ketika tidur supaya tidak terkejut dan diserang sawan . Sawan apa namanya, Tedi lupa pula. Mungkin sawan sangkut?   Siapa itu Sakinah? Tak perlu kenal siapa dia, tak penting pun...   Tetapi, professor Nicholas Clarke daripada Southampton University Hospital yang terletak di England menasihatkan ibu bapa bahawa teknik bedung yang salah akan menjejaskan pertumbuhan pinggang bayi mereka! "Untuk membenarkan pertumbuhan pinggang yang sihat, kaki bayi sepatutnya d...

Kelebihan bangun pagi

Imej
Dapat bersenam Menghirup udara segar pada pagi hari dapat memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian, dengan sedikit masa walaupun sekadar lima minit untuk bersenam, boleh menjadikan tubuh badan lebih bertenaga. Bersarapan awal Bersarapan awal pada waktu pagi merupakan antara perkara penting yang mesti dilakukan, dengan bersarapan tenaga dapat dijana untuk bekerja, belajar dan berfikir. Selain itu sarapan merupakan cara berdiet yang betul dan mampu mencegah kegemukan. Emosi yang stabil Cuba kita lihat, kebanyakan pekerja terlewat ke tempat kerja kerana bangun lewat. Kesudahannya mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, kemudian terlewat sampai ke tempat kerja dan dimarahi pihak atasan, Hasilnya emosi mereka akan terganggu pada sepanjang hari tersebut. Dapat menyelesaikan kerja dengan segera Menyambut hari baru Produktiviti kerja lebih baik Dengan tenaga yang terhasil daripada senaman dan sarapan, ia mampu memberikan hasil kerja yang lebih baik....

[t16g27] Aston Villa kelab paling dibenci

Imej
Dengan ketiadaan  Sunderland A.F.C dan Middlesbrough dalam senarai perlawanan musim depan, peminat  Newcastle United F.C telah mengundi Aston Villa sebagai kelab 'yang paling dibenci' oleh mereka dalam saingan  Championship League musim depan. Apa yang paling mengecewakan ialah The Magpies akan menghadapi musim dalam Championship League tanpa saingan dari Wearside iaitu Sunderland atau saingan dari Teesside iaitu Middlesbrough yang kedua-duanya bermain dalam Liga Perdana Inggeris (English Premier League) . Pihak ChronicleLive telah melakukan tinjauan pendapat di kalangan peminat untuk melihat siapa yang pasukan yang paling dibenci yang akan dihadapi anak buah Rafa Benitez pada musim depan - dan ia tidak mengejutkan apabila keputusan tinjauan pendapat itu mendedahkan Villans terletak dalam senarai paling atas. Kedua-dua pihak penyokong sudah terjebak dalam persengketaan sejak 2009 apabila peminat Newcastle marah dengan ejekan Aston Villa ke atas penyingkiran mereka ...

[t20i19] KFA mohon lanjut tempoh dua minggu

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) memohon pertimbangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melanjutkan tempoh melengkapkan proses pelesenan kelab ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kota Setar sejak 11 September lalu. Presidennya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, KFA meminta FAM untuk melanjutkan tempoh dua minggu lagi sehingga 2 Oktober ini bagi membolehkan pihaknya menyelesaikan segala dokumentasi yang diperlukan. Menurutnya, KFA berdepan kesulitan menyediakan beberapa dokumen berkaitan berikutan pejabat agensi kerajaan terlibat tidak dibenarkan beroperasi sehingga 25 September ini. “Ini menyebabkan dokumen yang diperlukan seperti penyata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sukar dilengkapkan, jadi urusan pembayaran dan penyusunan bayaran tunggakan turut tergendala,” katanya kepada Sinar Harian semalam. Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, kesulitan itu timbul berikutan pelaksanaan PKP...

Lintah bersarang di dalam hidung

Imej
Wow! Ini satu berita yang agak mencemaskan! 14 Oktober 2014: seekor lintah bersarang dalam hidung seorang pelancong beg galas (bagpackers) semasa dia bercuti di Vietnam. Selama ini Tedi sangkakan berita mengenai salah seekor kawan Tedi bernama Sang Lintah yang naik dan bersarang di bahagian atas tubuh manusia adalah dongengan semata-mata. Namun persepsi Tedi itu terpaksa ditukar setelah membaca mengenai seorang makcik yang "membela" seekor lintah sepanjang 3-inci di dalam hidungnya selama sebulan ! Makcik Daniela Liverani dari Edinburgh dikatakan "mendapat" lintah itu semasa bercuti di Vietnam, di mana dia sering mengalami pendarahan di hidung yang tidak dipedulikannya kerana sebelum itu dia telah mengalami kemalangan yang menyebabkan hidungnya cedera. Mungkin Sang Lintah itu terhidu bau darah kesan dari kemalangan sebelum itu dan mencari punca bau darah itu sehinggalah ia menemui lubang hidung makcik Liverani. Perkara sama juga berlaku kepada Master...

T21E19 Dua Malam di Cyberview Resort and Spa

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Merenung Air Kolam Renang Hajat di hati tinggal di hotel untuk bagi Aina dan Aidan bergembira mandi-manda di kolam renang. Tetapi apakan daya tiba-tiba sahaja kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang turut tidak membenarkan kemudahan-kemudahan di hotel-hotel dibuka kepada para tetamu untuk mengelakkan penyebaran Covid-19. Animasi Aidan sedang merenung air kolam renang. Nak mandi tak boleh sebab Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) melarang kemudahan dibuka di hotel. # Thursday, 20 May 2021, 13:26 # 20210520 # VID_20210520_132559-ANIMATION # Cyberview Lodge Resort & Spa # Gambar luar Cindai Ballroom di Cyberview Resort & Spa. Ballroom adalah dewan besar untuk tari-menari tetapi kalau bagi orang Malaysia ia adalah dewan besar yang sesuai diadakan majlis seperti majlis perkahwinan. # Thursday, 20 May 2021, 13:27 # IMG_20210520_132712 # Xiaomi Redmi Note 5A # C...

[t14g23] Cabutan bertuah Touch 'n Go

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gambar hadiah cabutan bertuah coklat Hershey's Kisses yang dimenangi Master melalui nombor 260. # HERSHEY'S KISSES 260 brand creamy milk chocolate with almonds Net Wt. 36g 2371 # # Wednesday, 23 July 2014, 12:36 # 20140723 # 20140723-IDAZZ-ILCE5000 TnG Lucky Draw (3) # kamera DSLR SONY ILCE-5000 #   Gambar bumbung menara Ibu Pejabat Takaful Ikhlas iaitu Menara Ikhlas dari tingkat pejabat CEO Touch 'n Go. Jarang-jarang dapat naik ke tingkat ni kalau setakat pekerja pangkat biasa-biasa. Master naik kali ini sebab ada majlis cabutan bertuah di situ. # Wednesday, 23 July 2014, 12:25 # 20140723-IDAZZ-ILCE5000 TnG Lucky Draw (52).JPG # SONY ILCE-5000 # Bangsar South # ~20140723~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

De5 Homestay (Homestay Wakaf Bharu, Kelantan)

Imej
Hari ini Tedi nak promosi sebuah homestay  Wakaf Bharu juga homestay Tumpat kepada mereka yang mahu menginap di Negeri Kelantan Darul Naim. Karangan mengenai De5 Homestay Wakaf Bharu / Tumpat ini dibahagikan kepada beberapa seksyen seperti Harga , Pengenalan , Tempat menarik , Nombor telefon De5 Homestay Wakaf Bharu / Tumpat , Lokasi De5 Homestay Wakaf Bharu / Tumpat ,  De5 Homestay penuh? ,  Masalah dengan De5 Homestay? , dan  Penafian .   Harga sewa De5 Homestay Wakaf Bharu Harga semalaman: MYR 120.00  sahaja. Hubungi:    012-929 2102  (Cikgu Ismail - telefon dan Whatsapp) Selain kadar semalaman (boleh bincang), De5 Homestay yang turut terletak dalam jajahan Tumpat juga terima sewaan sehingga sebulan terutamanya orang luar yang punyai kerja di sekitar Kota Bharu dengan harga yang lebih berpatutan. Harga ini adalah harga baru semenjak Oktober 2019  sebab De5 homestay telah dipasang penghawa dingin. Tuan homestay telah mendapati unit i...

[t16b23] Sambar kasut Brooks Ghost 7 di al-Ikhsan, Bangi

Imej
Setelah kenyang perut, kami cuci mata pula Selesai sahaja makan di Paramount Coffe , Mommy ajak kami melawat kawasan sekitar, maklumlah di kawasan itu terdapat banyak butik. Mommy juga kata dia ada nampak kedai barangan sukan al-Ikhsan Factory Outlet ada di sekitar ketika kami sibuk mencari petak letak kereta. Tanpa berlengah kami segera ke sana, dan apabila sampai sahaja di kedai sukan tersebut, kelihatan ramai manusia menyerbunya. Kedai itu ada 3 tingkat yang dibuka kepada pelanggan sempena jualan promosi tersebut. Tingkat pertama terletaknya longgokan kasut berlari, kasut futsal, dan bermacam-macam kasut. Tingkat 2 pula ada jual peralatan bola sepak dan futsal termasuklah jersi replika. Buat pertama kali Tedi melihat kasut bola keranjang yang turut diletakkan di tingkat tersebut. Tingkat 3 pula lebih banyak barangan futsal. Master turun ke tingkat 1 dan di sana dia berpusing-pusing meninjau kasut berlari dengan spesifikasi yang agak pelik iaitu tapak kasut berlari itu mestilah berc...

[t15b03] Senarai harga susu dibandingkan di Pasaraya PKT Wakaf Bharu

Imej
Dalam perjalanan menziarahi mangsa-mangsa banjir, kami singgah di Pasaraya PKT Wakaf Bharu untuk membeli sedikit barangan untuk disumbangkan kepada mereka.   Pasaraya PKT ini sebenarnya adalah sebuah pasaraya yang mungkin tidak boleh dipanggil pasaraya pun. Ia adalah sebuah kedai dua tingkat yang menawarkan pelbagai barangan.   Sebagai sebuah pasaraya kecil tiada apa yang menjadikan ia sebuah pasaraya yang istimewa.   Namun satu "poster" berjaya menarik minat Tedi di mana pasaraya ini berusaha memudahkan para pembeli dengan menyenaraikan semua harga susu isian dalam tin untuk dibandingkan oleh para pengguna.   Senarai 19 jenama susu itu ternyata agak unik di samping membantu Tedi mengenal beberapa produk yang Tedi tak pernah dengar.   Contoh jenama susu dan harganya adalah seperti berikut: Carnation Krimer Sejat 390g (RM 2.70) Crispo Krimer Manis (RM 2.30) F&N Kalsium Tinggi (RM 2.65) F&N Krimer Sejat (RM 2.70) F&N Susu Isian Sejat (RM 2.95) Gold Coi...

[t18l06] Guna saluran betul jika mahu sambar pemain negeri lain

Imej
Kata kelab bola profesional tapi nak beli pemain bola persatuan bola sepak lain guna taktik kotor. Kata banyak duit tapi nak pemain murah. Kita tunggu saja ke mana si Akhyar ni pergi nanti, tiba-tiba nak tebus kontrak ratusan ribu Ringgit Malaysia. ALOR SETAR 6 Dis. - Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir meminta mana-mana pasukan berminat untuk 'menyambar' pemain pasukan itu pada masa akan datang agar menggunakan saluran betul dan secara profesional. Akhyar Rashid Beliau berkata adalah tidak wajar jika tawaran diberikan terus kepada pemain tanpa melalui KFA yang telah mengikat kontrak dengan mereka.
 "Banyak pemain kita contohnya ditawarkan bermain di peringkat nasional akhirnya tak dapat kembali selepas selesai tugasan di situ. Sepatutnya kena balik ke Kedah kemudian baru kita berurusan kalau ada pasukan lain nak khidmat pemain kita. "Perkara seperti ini sudah pun berlaku sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas...

[t18e27] Beli Baju Raya di Aeon Mall Shah Alam

Imej
Hari ini kami keluar rumah sekitar jam 11 pagi lebih, menuju ke Shah Alam. Destinasi kami adalah Aeon Mall Shah Alam , tetapi oleh kerana Master cuma search Aeon Shah Alam , aplikasi  Waze hantar kami ke Aeon Big Bukit Rumah , 14 kilometer dari Aeon Mall Shah Alam. Sepatutnya kena search "Aeon Mall Shah Alam" dalam aplikasi Waze. Mercu tanda berdekatan Aeon Mall Shah Alam ni ialah Kompleks Sukan Shah Alam di mana terletaknya Stadium Shah Alam . Punyalah ramai manusia serbu Aeon Mall Shah Alam ni sampai kereta beratur nak masuk. Kami letak kereta di aras bumbung. Nasib baik parking Aeon Mall Shah Alam ni terima kad Touch n Go , walaupun siap diberi notis bahawa caj 10% akan dikenakan. Baki minimum MYR 10  (sepuluh Ringgit Malaysia) diwajibkan ada dalam kad Touch n Go anda jika nak gunakan kad tersebut sebagai kaedah pembayaran di tempat letak kereta AEON Mall Shah Alam. Kami bawa stroller Aina sekali, jadi masalah utama ketika nak turun ke tingkat yang ditujui adala...

[t16k19] Kekurangan Iodin Boleh Jadikan Bayi Anda OKU

Imej
Sejenis garam mineral yang sering terlepas pandang oleh ibu mengandung adalah Iodin. Kajian oleh Web MD menunjukkan bahawa ibu mengandung dan ibu yang menyusu badan sering kekurangan Iodin. Apakah faktor berlakunya kekurangan iodin pada ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak? Para pengkaji di American Academy of Pediatrics yakin bahawa kekerapan mengambil makanan telah diproses memainkan peranan, kerana kandungan garam dalam makanan telah diproses tidak di-iodin-kan. Satu kaji selidik yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition yang melibatkan 1026 wanita di seluruh United Kingdom yang sedang mengandung atau mempunyai anak yang berumur sehingga 36 bulan, menunjukkan bahawa ibu yang sedang hamil tidak mengambil makanan kaya iodin seperti susu dan keju, telah membantutkan perkembangan otak anak mereka. Iodin diperlukan untuk menghasilkan hormon tiroid yang penting untuk perkembangan fetus (janin). 96% ibu mengandung yang diselidik sedar tentang zat umum yang dicadangk...

Pendapat Benitez berkenaan prestasi Georginio Wijnaldum

Imej
Pemain yang telah jaringkan 9 gol buat Newcastle itu gagal hasilkan gol sejak Januari. Dia juga tidak bermain dengan baik beberapa bulan kebelakangan ini, terutamanya apabila beraksi di tempat lawan. Bagaimanapun, Rafa Benitez, kelihatan tidak mahu gugurkan Wijanldum daripada kesebelasan utama, mungkin kerana dia adalah kapten PSV Eindhoven yang menjuarai Eredivisie musim lepas. Apabila ditanya berkenaan prestasi Wijnaldum, Benitez menjawab: “Apabila kamu punyai pemain dengan pengalaman antarabangsa, pemain yang boleh memberikan kelainan, kamu pastinya mahu lihat mereka menangi perlawanan. Apabila kamu perhatikan dia dalam latihan, kamu akan nampak dia punyai banyak kualiti yang boleh membawa perbezaan. Kami akan bantu dia melakukannya.” Wijnaldum telah berubah daripada Pemain Terbaik Tahunan Belanda yang menjaringkan 9 gol pada awal musim kepada seseorang yang tidak dikenali. Tapi dalam perlawanan yang sengit sebegini, pastinya dia mahu pertingkatkan diri, dan se...

[t13d30] "Outstation" is totally Manglish

Imej
Alamak, cikgu Pogy telefon tu. Camne nak jawab Tedi tiada di sini. Apa yang Master selalu sebut tu? Outstation ? Stesyen apa ek? Stesyen keretapi? Ah, Bing.com lah kejap... Tap tap tap... tada... " You could use “ out of town ”, “out of the office”, or simply “ I’ll be away  next week”. " kata encik Hafidz dalam blog beliau di  http://englishwithsirhafidz.blogspot.com/2011/06/next-week-im-going-outstation-thats.html Owh, out of town rupanya. Lagi bagus kalau Tedi cakap out of the world kot? 20130430 15:40

Prev Next

Popular