Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

[t18l18] Lukisan Lada Benggala

Imej
Karangan hari ini adalah mengenai lukisan lada benggala yang dipanggil capsicum oleh omputeh. Lada benggala sedap dimakan selepas dipanggang. Bagaimanakah cara nak lukis Lada Benggala agar tampak menarik dan sedap dimakan? Lukisan Lada Benggala Separuh Gambar di bawah ini adalah lukisan lada benggala kuning sebiji dan lada benggala merah dibelah separuh. Lukisan ini adalah lukisan warna air.   Lakaran Lada Benggala Hijau oleh Ashlin422 Ini adalah lakaran atau sketsa sebiji lada benggala berwarna hijau oleh Ashlin422. Apa yang menarik tentang lakaran lada benggala hijau ini adalah ia dilukis menggunakan perisian MS Paint, sebuah perisian ringkas oleh Microsoft. Lukisan ini telah dilukis pada tahun 2013. Sumber daripada ashlin422. Lakaran Pensil Lada Benggala  Ini pula gambar lada benggala yang dilukis menggunakan pensil oleh lironyan.com. Lukisan Lada Benggala oleh Arun Verma Lukisan lada benggala beserta bayang-bayang yang memanjang oleh Arun Verma.

[t21g30] Jenama tayar kereta LEAO Tires

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sebelum ini Tedi ada berbicara mengenai Jenama Tayar Buatan Thailand  yang menyenaraikan LEAO Tire sebagai salah satu jenama tayar kenderaan keluaran negara Thailand. Kali ini Tedi akan kaji lebih mendalam mengenai jenama LEAO Tire ini. Maklumat Syarikat LEAO Tire Gambar logo LEAO Tyres bagi tayar yang diedarkan di Eropah. Leao adalah daripada perkataan Portugis yang bermaksud "singa" . Namun syarikat LEAO Tire adalah syarikat di negara China yang berpangkalan di bandar Zhauyuan   [20210730] dan dimiliki oleh kumpulan Linglong [20210730] . Syarikat LEAO Tire menggaji hampir 10000 pekerja dan telah menghasilkan lebih 30 juta set tayar [20210730] . LEAO Tire telah beroperasi hampir 2 dekad. Kenapa kita di Malaysia baru sahaja mengenali jenama ini? Mungkin kerana tayar yang dikeluarkan oleh LEAO Tire kebanyakannya dijual di negara Kanada. LEAO Tire menghas...

[t17a04] Jersi Newcastle United di Warta Bangi

Imej
Mata dah mengantuk tapi Tedi nak siapkan juga satu kiriman ringkas buat malam ini, memandangkan dah 5 hari tidak mencoret dalam interpretZZ. Tadi kawan Master pergi merayap ke Plaza Warta di Bangi. Tujuannya nak cari barangan di Mr DIY, tapi Pakcik AMP tu tersesat pula ke Sports Direct yang ada di sana. Dia kirimkan gambar jersi-jersi di sana, dan salah satunya adalah jersi putih biru muda Newcastle United.   Harga yang ditawarkan oleh Sport Planet Warta Bangi untuk jersi Newcastle United bagi musim 2016/16 ini adalah hanya RM 99 daripada harga asal RM 269. Memang agak menggoda tapi pada zaman Najib ni terpaksalah memandang jersi itu dengan sebelah mata. Agak susah untuk mencari jersi Newcastle United dan agak mengujakan apabila melihat jersi ini dijual. Sports Direct yang dimiliki oleh pemilik Newcastle United pun Tedi tak pernah jumpa menjual jersi-jersi Newcastle United. Agak menarik juga melihat gambar-gambar ni, next time boleh ajak Mommy untuk shopping di sana pula. ...

Bapa Dolly mahu klon Woolly Mammoth pula

Imej
Selepas "kejayaan" mengklon kambing biri-biri, Dolly, kini Mammoth pula jadi sasaran. Kawan-kawan kenal Dolly? Dolly merupakan kambing biri-biri pertama berjaya diklon di dunia, tapi seperti biasa umurnya pendek. Nak lawan kuasa Allah subhanahu wa ta'ala? Cubalah sampai mati, takkan dikau berjaya. Maklumat lanjut mengenai Dolly boleh dibaca melalui pautan di bahagian rujukan. Kini "bapa" si Dolly, saintis Sir Ian Wilmut yang mengetahui luar dan dalam rahsia pengklonan, telah dilaporkan pada 1 Ogos 2013 lalu bahawa dia berfikir adalah mungkin untuk manusia berjaya meng-klon seekor Woolly Mammoth dengan menggunakan kaedah-kaedah baru. Bapa Dolly terkenal kerana dia bukan sahaja berjaya mengklon kambing biri-biri pertama di dunia, malahan haiwan mammalia pertama di dunia, pada tahun 1996.   Gambar bangkai seekor Woolly Mammoth betina tersejuk-beku yang telah berusia 39 ribu tahun (39000). Foto oleh: Kazhiro Nogi / AFP / Getty Images Salah satu masalah prakt...

[t16d18] Kelajuan Maksimum Manusia

Imej
Secara teorinya, manusia boleh mencapai kelajuan 40 batu sejam atau 64.3738 kilometer sejam seperti yang pernah dikaji oleh  Southern Methodist University pada 2010. Teori ini berdasarkan daya maksimum yang boleh dikenakan oleh kaki pelari ke atas tanah. Rekod larian terpantas adalah 44.64 kilometer sejam ( 12.4 meter per saat atau 27.8 batu sejam ),  dicipta oleh Usain Bolt dalam perlumbaan final 100 meter  di World Championships, Berlin pada 16 Ogos 2009  (purata laju di antara meter 60 dan 80 yang dicapainya dalam 1.61 saat). Usain Bolt hanya capai separuh daripada kelajuan yang boleh dicapai oleh manusia. Artikel lain yang berkaitan: Lima kali ganda lebih pantas berbanding Usain Bolt Artikel ini dilabelkan sebagai: kelajuan Usain Bolt 20160418

[t16f16] Terlanggar Burung

Imej
Inna lillah wa inna ilaihi raji'un. Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah subhanahu wa ta'ala juga kita semua kembali. Semalam semasa memandu dengan kelajuan 100 kilometer sejam di Jalan Bangi-Dengkil menghala ke persimpangan Dengkil, Master telah terlanggar seekor burung yang sedang terbang melintasi jalan raya tersebut. Pada mulanya burung itu terbang ke hadapan dan sudah melepasi lorong yang bakal kami lalui, tetapi secara tiba-tiba sahaja burung itu berpatah balik dan terbang ke arah kereta Proton Saga BLM 1.3 MT yang sedang kami kenderai. Kami terlanggar burung tersebut di mana ia dirempuh di bahagian cermin hadapan. Mungkin ketika itu ia cuba terbang ke altitud lebih tinggi untuk mengelakkan kenderaan kami. Rempuhan kuat itu menyebabkan kami menyangka cermin hadapan pecah tapi nasib baik ia tidak berlaku. Nasib malang burung tersebut tidaklah Tedi ketahui namun tiada kesan darah pada kenderaan kami. Semoga ia dalam keadaan baik-baik sahaja. Hal ...

[t13f22] Kenapa bayi tersentak ketika tidur?

Imej
Amat menggembirakan bagi ibu yang mengandung apabila janin yang dikandung "menendang" mereka Tendang bukan ala-ala  flying kick tu, tendang yang lembut-lembut tu. ...   ... Hari ini Tedi ikut Mommy dan Master pergi ke Hostel USIM di Nilai Impian. Hantar komputer riba yang baru dibeli semalam kepada Mak Ucu, hehe. Usai urusan di sana, kami merayau mencari kedai runcit. Kebetulan semua kedai tutup mungkin rehat sebentar kerana waktu Maghrib. 19 Freze Mart yang baru dibuka dalam minggu lepas pun tutup, tinggal hanya pesaing barunya 99 Speed Mart yang menjalankan urus niaga. Master tak minat sangat pergi ke mana-mana 99 Speed Mart ni sebab mereka jual arak. Padahal kawasan kediaman di sekitarnya adalah kawasan orang Melayu. Musykil Tedi bagaimana mereka boleh berniaga arak sesuka hati? Apakah kerajaan negeri Selangor tak ambil kisah akan hal ini? Adakah penduduk di kawasan itu sendiri yang tidak membantah? Kita lupakan hal itu, kembali kepada topik pembacaan Tedi tad...

[t13i04] Misi Tedi: kosongkan memori kamera.

Imej
Misi ini penting untuk kesinambungan misi esok hari Misi apakah itu sehingga memaksa Tedi mengosongkan memori kamera yang selalunya Tedi tak endahkan kerana saiz memorinya 8 Gigabyte itu boleh memuatkan beribu foto? Menjadi kebiasaan juga Tedi baru perasan banyak foto yang menarik untuk dikongsikan seperti gambar bangsal yang menempatkan Meriam Puntung ini. Dalam bangsal ini ada Meriam Puntung yang kisahnya mahsyur di Medan, Indonesia. Kononnya jelmaan seorang putera raja dalam membantu adiknya yang diculik oleh seorang putera raja kerajaan lain. Meriam ini menembak tanpa henti sehingga muncungnya menjadi merah menyala, dan kerana ditakuti meletup kebaboom, meriam ini disimbah air menyebabkannya terputus dua. Muncungnya tercampak ke tempat lain (lupa lak tapi jauh la, di Danau Toba rasanya) dan pangkalnya di sini. Panjang lagi ceritanya jadi Tedi biarkan sahaja sampai di sini, nanti jadi sinetron 200 episod pula, naya je...   Kerana esok Tedi dan Mommy dan Master dan kawan Master d...

[t18c17] Newcastle United mungkin dapat durian runtuh £20m?

Imej
Banyak hal yang berlaku di kelab bola sepak Newcastle United, sehingga ramai terlupa hal-hal yang lebih penting. Apakah hal penting tersebut? Sudah tentulah perkara paling penting adalah untuk NUFC mengekalkan penyertaan mereka dalam Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan. Kemudian baru kita boleh risaukan sama ada Rafa Benitez akan terus bersama kita, dan harapnya Mike Ashley akan pergi meninggalkan kita. Kedua-duanya akan bergantung kepada kejayaan Newcastle United terus kekal bertanding dalam Liga Perdana Inggeris. Tetapi kita juga lupa bahawa jika Newcastle berjaya kekal dalam liga ini, kelab bolasepak tersebut mungkin akan menerima durian runtuh. Durian runtuh bermaksud bonus atau keuntungan yang tidak disangka-sangka. Selain itu, kemenangan ke atas Huddersfield pada perlawanan seterusnya akan membolehkan kelab NUFC, dan para penyokongnya menghitung berapa tinggi Newcastle United boleh berada dalam carta kedudukan Liga Perdana Inggeris 2017/2018. Kedudukan terkini Liga...

[t18c11] Tok Ma kelik ke Kota Bharu dari Bandar Baru Nilai menaiki bas Ekspres Mutiara

Imej
Malam ni Master hantar Tok Ma naik bas Ekspres Mutiara di Bandar Baru Nilai. Tok Ma nak pulang ke Wakaf Bharu setelah seminggu berada di Bandar Baru Salak Tinggi kerana menjaga cucunya, Nor Áina yang terpaksa dikuarantin di rumah sekurang-kurangnya seminggu untuk membiarkan paru-parunya kuat setelah Aina menerima rawatan di Hospital Putrajaya selama seminggu kerana masalah pernafasan . Bas Ekspres Mutiara yang Tok Ma naiki itu adalah bas  trip NK1. Bas  trip NK1 dari Bandar Baru Nilai ke Kota Bharu (atau mungkin Kubang Kerian?) itu dijadualkan berlepas sekitar jam 8:30 malam. Master dan Tok Ma bergerak dari rumah kami di Bandar Baru Salak Tinggi ni sekitar jam 7 malam, sebelum masuknya waktu solat Maghrib. Waktu itu dipilih sebab Tok Ma nak jamak solat Maghrib dan Isya', jadi Tok Ma tak perlulah menunaikan solat fardhu Isya'di dalam perjalanan. Mereka singgah di Masjid Dato' Klana Petra Putra Nilai , di mana Master menunaikan solat fardhu Maghrib manakala Tok M...

[t17i30] Periksa klac Proton SAGA BLM

Imej
Master membawa Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM ke bengkel kereta di Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi untuk diperiksa. Ini adalah kerana komen Tok Abah yang menyatakan clutch kereta itu nak habis kerana kereta Proton SAGA BLM manual transmission tu dikatakan asyik melompat ketika masuk gear. Master rasa okay aja klac kereta manual tu cuma kadangkala melompat jugalah semasa dalam kesesakan lalu lintas. Oleh kerana 5 Oktober nanti kereta SAGA BLM tu akan dipinjamkan kepada Pak Long yang ada urusan di Kuala Lumpur selama seminggu, Master mengambil inisiatif untuk memeriksa keadaan klac kereta tersebut. Mekanik kata kena tukar klac tapi entah kenapa Master macam tak yakin dengan jawapannya sebab yang memeriksa kereta Master tu macam tak yakin. Ketuanya pula hanya dengar ulasan mekanik tu tanpa memandu uji kereta Proton SAGA BLM kami itu. Sumber:  Kereta Proton mengaum RM 400 terbang   Kos untuk tukar klac kereta Proton SAGA BLM manual adalah RM 800 lebih kata tuan bengkel tersebut. ...

[t21k15] Ketibaan Pengganti Redmi Note 5A Prime

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Segala puji bagi Allah subhanahu wa ta'ala, tadi sebaik sahaja kami tiba di rumah setelah bercuti di hotel Lexis Hibiscus Port Dickson, telefon pintar Xiaomi Redmi Note 10S yang dibeli oleh Master melalui portal e-dagang Shoppee pun tiba melalui khidmat penghantaran J&T Express. Betul-betul belum pun sempat turun kereta, telefon pintar itu sampai. Jika kawan-kawan pernah membaca kiriman bertajuk  Mencari Pengganti Redmi Note 5A Prime  sebelum ini Master telah meminta Tedi menyenaraikan calon pengganti telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime beliau dan akhirnya Master telah terpikat dengan keluarga telefon pintar Redmi Note 10 yang terdiri daripada Redmi Note 10, Redmi Note 10S, Redmi Note 10 5G, dan Redmi Note 10 Pro. Berrsandarkan bajet tidak lebih MYR 800 , Master sudah pasti bahawa beliau hanya mampu membeli telefon pintar Xiaomi Redmi Note 10 . Tetapi pucuk ...

[t17c14] Email daripada COO

Imej
Pagi ini Master menerima email daripada pembantu COO atau Chief Operating Officer atau Ketua Pegawai Operasi syarikat beliau. Email itu menjemput Master untuk bertemu mata ke mata dengan beliau di mana pertemuan itu dijadualkan akan berlangsung hanya selama 5 (lima) minit. Chief Operating Officer ( COO ) adalah pegawai korporat yang memantau operasi perniagaan sesebuah syarikat. COO melapor kepada CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dan kebiasaannya adalah individu kedua paling berkuasa dalam sesebuah syarikat. Sehingga Januari 2017, purata gaji seorang Chief Operating Officer ( COO ) adalah RM 286545 setahun atau hampir RM 24000 sebulan.

Cerita Sama, Berita Berbeza

Imej
  Gambar di atas adalah gambar keratan akhbar hari ini yang mengulas mengenai cerita pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Negeri Selagor yang baru. Gambar ni Tedi terjumpa semasa membersihkan arkib gambar di awan nano... hehe.. Azmin Ali menggantikan Menteri Besar Selangor sebelum itu, Khalid Ibrahim. Gambar di atas menunjukkan Utusan Malaysia mengulas cerita itu dengan tajuk, " Azmin kritik Khalid " . Manakala gambar yang sama turut memaparkan akhbar Sinar Harian melaporkan berita pelantikan Azmin Ali itu dengan tajuk berita, " Azmin puji Khalid " . Mana satukah tajuk yang benar? Tedi memang susah nak percaya tajuk akhbar kerana mereka suka puter belit tajuk berita mereka supaya menarik minat orang untuk membacanya. Mereka lebih suka menggunakan tajuk yang sama membodek atau sebaliknya, menggunakan provokasi untuk melariskan jualan. Mungkin tajuk berita mereka sahaja yang gah tapi sebenarnya tiada isi apa pun. Selain itu gambar ini juga membenarkan b...

[t13f05] Bekal Mommy best!

Imej
Pagi tadi sebelum pergi kerja Master panaskan bekal Mommy. Pastu Master pecut laju pergi kerja sebab dah lewat. Sejam lak tu lewatnya! Selalunya 1 jam 30 minit je lewat. Bayangkan Master pecut mencecah 140kmj, yang pernah dibuat hanya sekali iaitu semasa berkejar ke Langkawi. Kereta2 besar tiba2 rajin pula beri laluan hari ni, semua ketepi, Tedi pun rasa bangga sikit la. Sampai di opis beliau, seperti biasa Master report kepada Mommy yang dia dah sampai opis . Contoh bekal yang boleh dibawa ke pejabat. http://emak2blogger.web.id/2012/09/29/nge-bento-yuuukkk/ Pastu Mommy balas dengan SMS yang berbunyi, "Budak2 ni kata best bekal memey, hi3x." Huk aloh Mommy ni, mestilah best, tengoklah siapa yang panaskan bekal tu pagi tadi... 20130605

[t18j23] Shooting iklan EzCab guna TNG eWallet App

Imej
Tadi pada waktu rehat tengahari Tedi jalan-jalan di Bangsar South. Sekali nampak ada orang tengah  shooting atau boleh kata tengah ada penggambaran. Ada yang sedang merakam guna kamera video dan ada yang pegang benda alah apa entah. Tedi tanyalah pakcik yang ada di sana apa yang sedang berlaku? Dia kata sedang  shooting iklan untuk pembayaran tambang teksi EzCab menggunakan TNG eWallet App kalau Tedi tak silap nama. Menggunakan TNG eWallet App kita tak perlu bawa duit tunai, cuma bayar guna telefon pintar sahaja. Bukanlah bermaksud kita bagi telefon tu kepada peniaga, tapi bayar gunakan satu aplikasi dompet digital, istilah yang diberi kepada aplikasi sedemikian. e-wallet disebut juga e-purse dan dalam Bahasa Malaysia disebut e-dompet. TNG e-wallet adalah salah satu e-dompet Malaysia yang merupakan usahasama di antara syarikat Touch 'n Go Sdn Bhd dari Malaysia dan Ant Financial dari China. e-Wallet dihuraikan sebagai salah satu variasi e-tunai. Ironinya penggunaan e-...

[t13i13] Amoeba pemakan otak serang Louisiana

Imej
Telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki 4-tahun di Louisiana. Sebelum ini seorang budak perempuan nyaris maut setelah diserang Amoeba yang sama ketika mandi-manda di sebuah taman tema yang mempunyai dasar kolam berpasir. Amoeba yang dikenali sebagai Naegleria fowleri itu dipastikan berada dalam sistem bekalan air di St. Bernard Parish. Amoeba ini berupaya memakan otak manusia dan akan menyebabkan penyakit primary amebic meningoencephalitis . (Tedi pun tak tahu apa kejadahnya tu, tapi mungkin kita boleh kaji nanti.) Penyakit ini boleh membawa maut dalam masa 12 hari. Louisiana Department of Health and Hospitals  menyatakan bahawa amoeba itu disahkan ada di Louisiana selepas para pegawai mereka menguji contoh air daripada pili yang bersambung dengan saluran paip air di Violet dan Arabi, berhampiran New Orleans. Apakah dia? Arabi - sebuah tempat di St. Bernard Parish, Louisiana. Louisiana - sebuah negeri di selatan Amerika Syarikat. Violet - sebuah tem...

[t19d18] Tawar RM1.6 bilion beli Newcastle

Imej
LONDON: Seorang ahli perniagaan British sudah membuat tawaran rasmi sekitar £300 juta (RM1.647 bilion) untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United, menurut laporan media British hari ini. Jika berita ini benar maka ia adalah berita gembira bagi para penyokong Newcastle United yang telah muak dengan pengurusan Mike Ashley. Beberapa media termasuk BBC, berkata firma kewangan milik Amanda Staveley, PCP Capital Partners sudah membuat tawaran kepada pemilik Newcastle, Mike Ashley  (gambar) . Newcastle masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung laporan berkenaan. PCP Capital Partners dipercayai sedang mengadakan perbincangan dengan Newcastle mengenai potensi pengambilalihan sejak beberapa minggu lalu. Usahawan pakaian sukan, Ashley mengumumkan dia mahu menjual kelab itu pada Oktober selepas 10 tahun mengetuainya, membayar £134.4 juta pound (RM738.03 juta) untuk membeli Newcastle pada 2007. Jutawan berusia 53 tahun dari London itu membuktikan dia a...

[t21k14] Kedah seri dengan JDT, 0-0 dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Alor Setar

Kedah meneruskan perjuangan dalam perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia tahun ini dengan melayan kunjungan JDT. Atas kertas memang kita kata JDT wajib menang tetapi Helang Merah berjaya mengekang JDT di Stadium Darul Aman dengan keputusan 0-0. Master berseloroh menyatakan lebih baik Kedah kalah dalam perlawanan ini kerana secara teorinya Kedah akan lebih bersemangat mengejar gol pada perlawanan timbal balik nanti. Keputusan seri atau menang akan menyebabkan JDT dibasuh oleh TMJ sekaligus akan menjadikan Harimau Selatan itu sebagai harimau terluka pada perlawanan timbal balik tersebut. Apa-apa pun itu hanya cakap-cakap sahaja. Berikut ialah beberapa berita berkaitan keputusan perlawanan suku akhir pertama di antara Kedah Darul Aman FC dan JDT. Kedah, JDT buntu di Darul Aman ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila terikat 0-0 menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Da...

[t21k08] Aina berbual dengan Rayyan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sepagi suntuk [20211110] Tedi mencari novel penuh After Darkness karya Petrichor86 jika ada cara membacanya atau membelinya secara penuh selain melalui aplikasi NovelMe, kerana membaca melalui NovelMe itu memang cekik darah, bayar RM 22 melalui Google PlayStore baru dapat baca beberapa bab. Paling celaka apabila beberapa bab awal diberikan percuma menyebabkan anda bakal terjebak membacanya. Itulah yang terjadi kepada Mummy. Aina berbual dengan Rayyan Kita abaikan bab itu dahulu, kali ini Tedi nak merakamkan satu peristiwa yang agak penting. Peristiwa ini terjadi ketika kami bersiap mahu bertolak pulang ke Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada jam sekitar 8 ke 9 malam hari Isnin [20211108] . Ketika itu kami berada di rumah Mak Long Ili di Sungai Besar kerana kami saja jalan-jalan menziarahi sanak-saudara sempena kelonggaran untuk merentas negeri. Kami berada di sana sejak Ma...

[t15c29] Sarang Kelulut Kuala Tahan

Imej
Sarang Kelulut yang sekecil itu pun menjadi sasaran Sang Beruang untuk mendapatkan madunya. Patutlah madu kelulut sangat mahal, sarangnya sungguh kecil, tak tahulah berapa banyak sarang perlu dibongkar untuk mendapatkan madunya dalam jumlah yang banyak? Lokasi: Taman Negara Kuala Tahan, Pahang, Malaysia .     Kiriman berkaitan "Sarang Kelulut Kuala Tahan": Lensa Tedi: dulu terapung, kini hill view Gambar Sarang Kelulut setelah dibongkar sang beruang Kata kunci: beruang kelulut

[t21k09] Eddie Howe pengendali baharu Newcastle

Akhirnya Master dan para penyokong kelab bola sepak Newcastle United menarik nafas lega kerana ketua jurulatih baru telah diumum secara rasmi untuk menggantikan Steve Bruce yang telah dipecat. Eddie Howe adalah bekas pengurus Bournemouth di mana dia bertanggungjawab menaikkan kelab bola sepak itu daripada Liga 4 England naik ke Liga Perdana, mengekalkan kelab bola sepak itu selama 5 tahun di EPL sebelum akhirnya turun liga. Eddie Howe kemudiannya dipecat dan berehat selama 14 bulan sebelum akhirnya dipancing Newcastle United. Master tak tahu nak bergembira atau tidak tetapi mengharapkan Eddie Howe akan mengubah gaya permainan Newcastle selain diberi sokongan untuk membawa pemain terbaik. LONDON: Eddie Howe dilantik sebagai pengendali baharu Newcastle dan akan diberikan dana untuk memperkuat skuad pada Januari tahun depan. Pengendali 43 tahun itu akan kembali bertugas dua minggu lagi buat pertama kali dalam tempoh 15 bulan, menggantikan Steve Bruce. Newcastle akan mengalu-alukan bos bah...

[t18l10] Mamai

Imej
10 Disember 2018, 09:09, Isnin Animasi Aina mamai semasa hendak ke rumah pengasuh di dalam kereta Proton Persona 2008 transmisi manual. Kelihatan juga patung kucing kegemaran Aina yang dibeli pada harga MYR 30 (tiga puluh Ringgit Malaysia sahaja) di sebuah kedai di Midvalley. Lupa pula apa nama kedai tu. Patung kucing mainan ini menjadi pilihan sebab materialnya tidak berbulu seperti patung mainan biasa, sesuai untuk kanak-kanak yang ada masalah lelah. Ketika ini Mommy sedang beli sarapan di sebuah gerai yang berhampiran di mana selalunya Aina akan bersama Mommy tetapi tidak pada kali ini. Umur Aina pada masa ini ialah 1 tahun 9 bulan 19 hari. Animasi ini dirakam menggunakan XiaomiR Redmi Note 5A. Maksud Mamai? Perkataan mamai mempunyai dua maksud seperti yang dijelaskan di bawah. Kes Aina ini adalah mamai yang kedua di mana dia masih belum memiliki kesedaran sepenuhnya setelah terjaga dari tidur. kurang terang ingatan atau fikiran (kerana terlalu tua, sakit teruk, dan lain-la...

[t17a09] Pada Malam Nan Sepi

Imej
Pada malam yang sunyi sepi Aku mencari sebutir bintang Datanglah, hadirlah, hadirkan senyuman di bibirku Telah seketika masa berlalu Juga jarak antara kita Kenangan bersamamu semakin pudar Di sini, ku lihat bintang kesuraman Ku harapkan masih dapat menatap senyumanmu Walaupun kini kita terpisah jauh Moga suatu masa... kita kan bersua kembali Masamu telah tiba Mungkin nanti masa kami pula Aku pernah perasan, senyuman pahitmu Menyembunyikan kepayahan, kesengsaraan hidup Kini kau tiada lagi seolah mimpi Tidak ku tahu, perlukah aku berduka? Aku mahu sampaikan, perasaan kasihku Kepada keluargamu yang ditinggalkan Namun tiada butir bicara Moga kukuh jalinan saudara Ku berdoa kepada Tuhan untuk kurniakan mereka Kekuatan, penyokong seperti mana dirimu Menyambung hidup yang mungkin panjang Moga kau tenang di sana Ini masamu Mungkin kami menuruti Pada malam sepi, berbicara dalam hati 20170109

[t21k06] Nama Syarikat Enterprise

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Syarikat yang paling mudah dibuat ialah syarikat sendirian. Selalunya pemilik syarikat ini akan gunakan nama Enterprise kerana ia nampak lebih menarik dan kompleks. Contohnya InterpretZZ Enterprise nampak lebih gah berbanding Syarikat InterpretZZ. Kecuali jika kita mulakan syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.), itu akan nampak lebih gagah di Malaysia kerana ia memiliki set peraturan tersendiri yang perlu dipatuhi. Okay kita abaikan sudut teknikal kerana banyak maklumat di luar sana yang telah disediakan oleh mereka yang lebih pakar dalam bidang penubuhan dan pendaftaran syarikat. Apa yang Tedi nak fokus dalam kiriman ini adalah senarai nama syarikat enterprise terutamanya dalam Malaysia untuk dijadikan contoh atau cadangan nama syarikat enterprise tersebut. Kawan-kawan boleh juga baca idea untuk nama syarikat enterprise yang unik . AB Jafrin Enterprise Ada Nisa Enterprise ...

[t21k06] Maksud Residential

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Residential adalah perkataan dalam Bahasa Inggeris. Kiriman ini akan menterjemah maksud perkataan "residential" melalui beberapa seksyen: Maksud residential dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan , Maksud residential dalam istilah Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MaBBIM) ,  Maksud residential dalam istilah Bahasa Melayu ,  Maksud residential dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan , dan  Residensi   Maksud residential dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan kediaman residential area , kawasan kediaman;  residential hotel , hotel kediaman residential college , kolej kediaman; menetap residential qualifications,  kelayakan menetap   Maksud residential dalam istilah Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MaBBIM) residential care : penjagaan di rumah residential city : kota kediaman residential d...

[T21I27] Motosikal hitam Aidan sudah sampai

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sudah 3 hari Master menelaah catatan dan data berkenaan satu permasalahan dalam Pre-Alert Manifest di mana satu nombor pendaftaran tiba-tiba sahaja dikemaskini kepada  null pada satu masa tertentu. Jika dilihat pada coraknya nampak macam ada penghantaran bertindan tetapi tiada pula catatan yang menunjukkan apa-apa ralat berlaku pada masa kejadian. Catatan mengatakan proses berjaya dilaksanakan. Terlelap jugalah Master cuma memahami apakah yang telah berlaku.   Pergi ke kedai perkakasan mencari nat untuk motosikal Aidan Pagi tadi juga motosikal Aidan telah tiba. Motosikal ini Mummy beli dalam talian melalui portal e-dagang memandangkan Aina dan Aidan asyik berebut mahu menunggang  Motosikal Merah untuk Aina . Tetapi ketika Master memasangnya ada beberapa nat tidak dibekalkan. Master pun keluar mencari nat. Pada mulanya Master ke kedai aksesori kereta tetapi membatalk...

[t21k03] Master didiagnosis contact dermatitis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini Master ke klinik Dr Nina di Bandar Baru Salak Tinggi. Tujuan Master ke sana adalah untuk merujuk doktor berkenaan tangannya yang sebulan lebih mengalami kegatalan, kekeringan. Master telah mencari maklumat melalui Google dan mendapati bahawa penyakitnya itu adalah eczema dan sepatutnya pulih sendiri dalam beberapa minggu. Tetapi sampai sekarang belum pulih dan nampak macam merebak ke tangan sebelah kiri pula.   Doktor Nina kata contact dermatitis Seperti kata Google, doktor turut menyatakan bahawa Master dijangkiti contact dermatitis, puncanya kerana tangan Master terdedah kepada sesuatu yang menyebabkan alahan. Masalahnya Master tiada sebarang alahan dan Master tak rasa ada benda baru digunakan ayng boleh menjadi punca penyakitnya itu. Doktor kata kena cari punca kalau tidak kitaran penyakit Master tu takkan berhenti. Doktor bagi ubat krim untuk kurangkan keradangan ...

[t18e22] Aina di Manjaku Putrajaya

Imej
Kami ke Manjaku Baby Mall Putrajaya untuk mencari susu formula bayi buat Aina. Sebelum ini kami selalu beli susu tersebut di Manjaku Bandar Baru Bangi. Tapi kali ini kami ke Putrajaya dengan anggapan ia lebih dekat dengan rumah. Gambar Aina di Manjaku Putrajaya pada 20180522. Suasana yang luas di tingkat bawah Manjaku Baby Mall Putrajaya. Kami tak naik ke tingkat 2. Master dan Aina pula sibuk bermain di luar sebab ada banyak burung sedang terbang pulang ke sarang masing-masing. Ada banyak burung berterbangan, ada yang kecil, sedang, dan agak besar. Memang puas hatilah tengok burung berterbangan di sana.   Harga Susu Nestlé Nankid Optipro langkah 3 dengan berat 1.3 kg ialah MYR 75.90 (tujuh puluh lima Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja).

Prev Next

Popular