Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2021

Klinik Nur Qaseh di Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Klinik Nur Qaseh adalah salah sebuah klinik yang pernah kami kunjungi di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi untuk dapatkan rawatan buat Aina. QK27 Gambar sofa di ruang menuggu di Klinik Nur Qaseh Salak Tinggi. # Monday, 27 November 2017, 21:11 # 20171127 # DSC_9252.JPG # 1-43, Jalan Bunga Raya 2, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor # https://goo.gl/maps/9QFnpSMeVQDrsho99  # Gambar kaunter bayaran dan kaunter ubat di Klinik Nur Qaseh. # Monday, 27 November 2017, 21:12 # 20171127 # DSC_9254.JPG # Sony D2533 #   CLINIC NUR QASEH OPERATION HOUR: MONDAY-FRIDAY 9:00AM - 11:00PM DOCTOR AVAILABE: 10:30AM-6:00PM (MORNING SECTION) 6:30PM-11:00PM (NIGHT SECTION) SATURDAY-SUNDAY & PUBLIC HOLIDAY 10:00AM - 11:00PM DOCTOR AVAILABE: 11:00AM-6:00PM (MORNING SECTION) 6:30PM-11:00PM (NIGHT SECTION) # Saturday, 2 December 2017, 11:49 # DSC_9298.JPG # Sony D2...

[t17l10] Harga Minyak Hitam Pennzoil di Malaysia

Imej
Tedi telah menemani Master cari minyak hitam full synthetic untuk Tok Abah. Bajet dalam RM 150, tapi Tedi dah tahu mustahil untuk dapat harga sebegitu. Sasaran kali ini adalah TESCO Putra Nilai dan stesen minyak Petronas di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi. Kali ini ada minyak hitam Pennzoil yang menambat hati Tedi untuk merekod harganya buat rujukan pada masa akan datang. Minyak Hitam Pennzoil Platinum Blitz semi synthetic 4 Liter 10 Disember 2017, di TESCO Putra Nilai, harga minyak hitam ini ialah RM 112.90. 20171210

[t15f22] Beli insurans hayat online di Malaysia

Imej
Kuala Lumpur: U for Life Sdn Bhd (U for Life), syarikat pengendali platform insurans hayat atas talian pertama di negara ini yakin penyelesaian insurans menyeluruh yang ditawarkannya mampu membantu usaha kerajaan meningkatkan kadar penembusan insurans hayat kepada 75 peratus menjelang 2020 berbanding 56 peratus ketika ini. Pengurus Besarnya, Iskandar Ezzahuddin berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan kepada ciri penyelesaian insurans terbabit yang membolehkan pelanggan membeli insurans hayat secara lebih mudah, pantas dan murah. “Sebelum ini, kebanyakan individu menganggap pembelian insurans hayat sebagai satu proses remeh dan membabitkan kos tinggi, sekali gus menjadi halangan untuk mendapatkan insurans hayat,” katanya di sini. Beliau berkata, platform U for Life mengubah kembali cara pelanggan membeli insurans hayat di mana segala masalah membabitkan pembelian polisi dilakukan secara lebih mudah. Menurutnya, platfom itu menyediakan maklumat mengenai insurans hayat m...

[t18i14] Kedah turunkan kesebelasan terbaik lawan Kelantan

Imej
FINALIS  Piala Malaysia musim lalu, Kedah akan menurunkan kesebelasan terbaiknya pada perlawanan akhir Kumpulan C Piala Malaysia bertemu Kelantan di Kota Bharu, Ahad ini. Pemangku Ketua Jurulatihnya, Azzmi Abd Aziz berkata, beliau akan menyediakan gandingan pemain terbaiknya dalam aksi memburu kemenangan menentang The Red Warrior (TRW) biarpun sedar bukan satu tugas mudah. Kedah meletakkan sandaran ke atas Sandro untuk mengetuai serangan mereka merobek gawang Kelantan, Ahad ini. Menurutnya, walaupun memerlukan satu mata sahaja untuk layak ke suku akhir, beliau tetap mahu Lang Merah terbang tinggi di Stadium Sultan Muhammad IV dan perkara tersebut dibuktikan melalui persiapan rapi sejak seminggu yang lalu. “Saya melihat perlawanan ini ibarat perjuangan hidup mati buat Kedah dalam Piala Malaysia musim ini dan semestinya kami akan turun ke Kota Bharu dengan kekuatan penuh. “Kita perlu bermain ‘fast football’ dan taktikal ini akan diterapkan untuk menghidu...

Makan Colek di Kelantan Darul Naim, Malaysia

Imej
Puasa tahun ini kami pulang awal ke Wakaf Bharu di Kelantan di Malaysia. Wakaf Bharu adalah satu daerah (mungkin) dalam jajahan Tumpat. Tedi agak keliru dibuatnya. Mungkin Wakaf Bharu ni adalah satu bandar dalam daerah Tumpat? Lompat terus ke:  Master Cuti 13 Hari  |  Apakah Maksud Colek?  |  Apakah Maksud Cicah?  |  Maksud "cecah"?   Master Cuti 13 Hari Kepulangan awal kami ke kampung halaman Mummy disebabkan Mummy bakal bersalin tak lama lagi. Master terpaksa mengambil cuti panjang 13 hari untuk urusan pendaftaran Mummy di Hospital Kubang Kerian. Tempoh cuti yang panjang itu menyebabkan beberapa bos kecil kepada Master agak kelat muka jadinya. Nasib baik yang meluluskannya adalah bos besar yang berada jauh di Tanah Besar China. Bos besar ni baik tapi Master tak berapa pandai berbual dengannya. Tetapi hakikat sebenarnya Master tak pandai berbual dengan sesiapa sahaja. Bos besar Master ni pernah menjanjikan nilaian semula gaji Master pada tahun le...

[t21j26] Nyahpasang Perisian Remeh dalam Komputer Riba Hewlett-Packard HP ProBook 640 G5

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Master mengadu komputer riba jenama Hewlett-Packard (HP) yang digunakannya perlahan walaupun spesifikasi perkakasannya tinggi. Jadi Tedi mencadangkan kepada beliau agar nyahpasang semua bloatware . Bloatware dikenali sebagai perisian remeh  dalam Bahasa Melayu adalah perisian yang telah dipasang oleh pengeluar komputer. Walaupun perisian ini mempunyai tujuannya sendiri tetapi mungkin ada di kalangan pengguna yang tidak memerlukannya dan menganggapnya sebagai punca komputer mereka menjadi perlahan, maka lebih baik dinyahpasang dan sumber komputer itu boleh digunakan oleh perisian lain pula. Bagi tujuan mencari perisian remeh yang tidak diperlukan, Tedi telah menggelitar alam maya menggunakan maklumat sistem komputer riba Master seperti berikut: Model komputer riba: HP ProBook 640 G5 Pengeluar komputer riba:  Hewlett-Packard (HP) Pemproses:  Intel(R) Core(TM)...

[t21i12] Makan angin di Giverny Park Sunsuria City di Sepang di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kami di sini. Buat pertama kali kami betul-betul singgah di taman rekreasi Giverny Park Sunsuria City. Sebelum ini hanya jenguk-jenguk sahaja. Umur Aina pada masa ini ialah 4 tahun 6 bulan 22 hari, manakala umur Aidan ialah 2 tahun 3 bulan 14 hari. Tujuan hadir ke Giverny Park Sunsuria City ni pada hari ini sekadar jalan-jalan makan angin buat menghilangkan bosan terperap di rumah. # Sunday, 12 September 2021, 17:05 # IMG_20210912_170502.jpg # Xiaomi M2003J15SC # Apabila kami tiba di taman rekreasi tersebut kami melihat ramai orang beriadah dengan pelbagai aktiviti. Ada di antara mereka yang berkelah sambil makan-makan, ada yang berlari, berjalan, menunggang basikal, bersenam, bermain bola keranjang, duduk-duduk di bangku melihat pemandangan, manakala kanak-kanak pula ada yang bermain di taman permainan. Gambar seorang budak lelaki bernama Aidan sedang duduk atas bangku bert...

[t21j21] Ada Apa dengan Gula?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sebelum ini Tedi pernah menaip pasal Nak kurus? Jauhi gula , jadi secara umumnya kita tahu kena kurangkan gula jika nak kuruskan badan. Taipan kali ini akan fokus lebih mendalam kepada beberapa persoalan yang bermain di minda mengenai paras gula dalam badan manusia, kerana jika tidak dikawal ia bukan sahaja mendatangkan kegemukan malah boleh mengakibatkan penyakit kencing manis atau dipanggil diabetes .   Kenapa paras gula meningkat selepas bersenam? Sebab pertama. Sekiranya jumlah insulin yang tidak mencukupi terdapat dalam darah yang membolehkan paras gula darah meningkat menjadi sekitar 250 hingga 300 mg/dl, maka senaman tidak menurunkan paras gula sebaliknya menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah. Insulin rendah ditambah dengan aktiviti fizikal merangsang rembesan beberapa hormon lain seperti epinefrin, norepinefrin, kortisol, glukagon, dan hormon pertumbuhan...

Apa itu Andalas?

Imej
Tadi Tedi termenung dan teringat nama Sri Andalas. Tiba-tiba terfikir pula apa bendanya Andalas tu? Kita Google.com & Bing.com la dulu: .: Kandungan :. Sejenis tumbuhan  |  Nama lain atau nama purba Sumatera  |  Andalas vs Andalus  |  Andalas mungkin boleh disandarkan kepada Andalus?  |  Pantun Andalas  |  Artikel Akhbar  |  Rujukan Sejenis tumbuhan Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan bahawa Andalas adalah sejenis tumbuhan (pokok) yang baik kayu­nya . dan ejaan dalam tulisan Jawi untuk andalas adalah  اندالس   Nama lain atau nama purba Sumatera http://id.wikipedia.org/wiki/Sumatera kata Andalas adalah nama lain Sumatera . "Sumatera atau Sumatra adalah pulau keenam terbesar di dunia yang terletak di Indonesia , dengan luas 443.065,8 km2. Penduduk pulau ini sekitar 52.210.926 (sensus 2010). Pulau ini dikenal pula dengan nama lain yaitu Pulau Percha, Andalas , atau Suwarnadwipa ( bahasa Sanskerta ,...

[t21j16] Aina ditahan wad di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, nyaris disahkan Covid-19

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini batuk Aina dan Aidan semakin teruk. Nafas Aina semakin kuat dan ada wheezing . Batuknya tak lepas dan beberapa kali dia nak muntah tetapi tidak muntah. Kami mengambil keputusan untuk bawa Aina dan Aidan ke klinik berhampiran Wakaf Bharu. Sebenarnya dari malam semalam kami nak bawa mereka berdua ke klinik tetapi hujan lebat.   Bawa Aina dan Aidan ke Klinik Primer Wakaf Bharu Kami memilih untuk bawa Aina dan Aidan ke Klinik Primer Wakaf Bharu. Kami pernah ke klinik ini ketika ia terletak di Bulatan Wakaf Bharu. Kali ini Klinik Primer Wakaf Bharu berpindah ke Pasir Pekan kerana lokasi lamanya telah diambil untuk pembinaan jejantas menyeberangi Bulatan Wakaf Bharu dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jalan Pengkalan Kubor.   Aina disahkan positif Covid-19 Ketika Mummy mahu daftarkan Aina dan Aidan di kaunter pendaftaran Klinik Primer Wakaf Bharu...

[T13I16] Di pasar malam Puchong Prima

Imej
16 September: Hantar Sakinah ke rumah Mak Ngah Zira, singgah sebentar di pasar malam Puchong Prima.   Dekat sangat pasar malam ini dengan rumah mak ngah, cuma jalan sesak je... Kami tiba di pasar malam ini sekitar Maghrib atau pada waktu senja dengan tujuan pusing-pusing pasar malam sebentar sahaja...   Tedi tak selalu ke pasar malam, dan Tedi agak kagum melihatkan sayur-sayuran yang pelbagai dan kelihatan segar. Tedi juga terfikir dari mana sayur-sayuran ini datang?   Sama juga dengan ikan dan daging, Tedi kagum memikirkan bagaimana mereka masih berkeadaan segar?   Binatang ini tidak Tedi kenali, tapi kalau tak silap namanya minion, watak dalam Despicable Me 2.. watak bermata satu ni mungkin agenda rasmi tersembunyi untuk mendekatkan generasi akan datang dengan Dajjal... nanti-nanti kalau Dajjal keluar, dia takkan dilihat sebagai musuh, sebaliknya diangkat menjadi hero dunia... cuba kita bayangkan, ada berapa banyak watak bermata satu di seantero dunia? Kami ke pasa...

[T21J10] Singgah Habib Jewels Ampang, Kenny Hills Bakers, Menara Kuala Lumpur

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gambar nombor giliran bernombor 111 semasa Mummy mahu ambil cincin yang ditempahnya di Habib Jewels HQ di Ampang sebelum ini. Ketika ini Aina, Aidan, dan Master sedang menunggu dalam kereta. Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena Covid-19 ni memang susah nak bersesak-sesak dalam sesebuah premis, jadi pilihan paling selamat untuk mengurangkan risiko jangkitan adalah jangan masuk ke dalam premis tersebut. # BIF HABIB SECURITY STICK DO NOT ACCE SEAL IS L..MAGEL 111 Selamat datang ke HABIB AMPANG.TERIMA KASIH Anda akan dilayan sebentar lagi. # Sunday, 10 October 2021, 15:20 # IMG_20211010_152057.jpg # Xiaomi M2003J15SC # Selepas selesai urusan ambil cincin Mummy kami ke kedai makan Kenny Hills Bakers cawangan Ampang. Hajat nak makan di sana tidak kesampaian kerana ramai pelanggan. Jadi kami bungkus sahaja. Tiada makanan berat di sini cuma ada pencuci mulut sahaja. ...

[T21J10] Tiga calon pengurus baharu Newcastle United

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tiba-tiba sahaja media ambil peduli mengenai siapa pengurus Newcastle United. Sebelum ini ketika para penyokong Newcastle United meroyan menolak Steve Bruce, tiada siapa yang peduli. Namun setelah Newcastle United diambilalih oleh PIF dari Arab Saudi, ramai mula mengaitkan nama-nama jurulatih yang "bagus" untuk mengurus Newcastle. Layan sahajalah berita di bawah. LONDON – Pasukan terkaya Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United sudah mula me­rancang bagi merombak barisan kejurulatihan dengan mengambil keputusan untuk memecat pe­ngurus semasa, Steve Bruce dalam masa terdekat. Sebagai rekod, nasib pengendali berusia 60 tahun itu telah menjadi tanda tanya apabila Newcastle sah menjadi kelab terkaya dunia selepas diambil alih secara rasmi oleh konsortium yang diketuai Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi dengan nilai £300 juta (RM1.70 bilion). Difahamkan...

[T21J08] Newcastle United FC kini kelab bola sepak terkaya di dunia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Prakata Minggu ini macam mimpi apabila tiba-tiba sahaja Newcastle United FC telah diambil alih oleh Pak Arab dari negara Arab Saudi menjadikan kelab bola sepak England yang disokong Master itu menjadi salah sebuah kelab bola sepak terkaya di dunia. Master sebenarnya tidak menggemari pengambilalihan ini kerana PIF yang diketuai oleh Putera Arab Saudi itu tidak digemari Master kerana polisinya yang nampak macam tanda-tanda dunia nak kiamat. Tapi apa nak dikatakan, kita mesti teruskan hidup.   Newcastle kini kelab terkaya di dunia Steve Bruce merupakan ketua jurulatih Newcastle United yang tidak disukai ramai penyokong, mungkin kerana dibayangi Rafael Benitez yang digantikannya. Atau mungkin kerana pengurusannya yang entah apa-apa dan nampak lebih kepada boneka pihak pengurusan kelab. Steve Bruce dijangkakan akan dipecat oleh pihak pengurusan baru Newcastle United dengan pampasan...

[T21J11] Contoh Nama Kumpulan Perniagaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kali ini kawan-kawan sibuk dengan kerja kursus berkaitan perniagaan. Sebelum memulakan kerja kursus tersebut perkara paling sukar adalah untuk mencari nama kumpulan yang menarik untuk kerja kursus perniagaan. Mungkin ramai yang berfikir bahawa nama pasukan hanya sekadar nama tetapi pakar psikologi mengatakan nama kumpulan boleh memberikan kekuatan moral. Ini adalah kerana apabila ahli pasukan memahami maksud nama kumpulan, mereka akan bersatu di sebalik nama tersebut.   Ajaib Alfa Berbisa Cari Dinamik Dominasi Elit Generasi X Gergasi Kecil Gladiator Ikon Inovasi Juara Kami Pahlawan Kuasa Legenda Liar Monarki Ninja Jalanan Nyalarasa Ombak Pahlawan Jalanan Pasukan Impian Pemegang Saham Pengembara Peraturan Emas Projek Emas Revolusi Ribut Pasir Sempurna Sepantas Kilat Serigala Singa Skuad Berani Skuad Skuba Terbang Zon Merah ...

Game of Khans Cheat Sheet

Imej
Game of Khans adalah permainan video yang boleh dimainkan dalam telefon pintar dengan memuatturun aplikasi Game of Khans. Permainan mobile ini berlatarbelakangkan perjuangan bangsa Monggol, tetapi kesemua watak dalam permainan mobile ini adalah rekaan semata-mata. Jika kawan-kawan buta sejarah, Genghis Khan adalah tokoh terkenal dalam peluasan empayar Monggol sehingga dibina satu patung gergasi untuk merakam kegemilangan Genghis Khan ini. Game of Khans - Inspire your people, Rule with wisdom.   Affinity buat Advisors dalam Game of Khans Affinity adalah satu sistem di mana para Advisors (penasihat) akan menerima kuasa tambahan, selalunya apabila pemain berjaya mengumpulkan koleksi Advisors mengikut bakat masing-masing. Sebagai contoh jika pemain mengumpulkan koleksi 5 orang Advisors dari kumpulan Fierce Warriors dan mencecah tahap Affinity 5 bintang (jumlah bintang keseluruhan bagi semua advisor), pemain akan mendapat peningkatan Power (kuasa) sebanyak 3%. Tidak perlu kump...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 12

Imej
Fargoes di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 Fargoes - lambang bermutu - semenjak 1970 # Tuesday, 1 May 2012, 12:45 # 20120501 # 120501-IdAzz-PBAKL 2012 (89).JPG # Canon EOS 500D #

[T12E01] Dakwah Corner Publications

Imej
Koleksi gambar di gerai Dakwah Corner Publications di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.   Dakwah Corner Publications di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Gambar di gerai Dakwah Corner Bookstore di lot H24. # H24 Empower Yourself and Your Dear Ones with ing Aut c Kn CALLING PEOPLE TO ALLAH (DAWAH IS A DUTY OF EVERY MUSLIM MIL HINK RM2.50 HAVE YOU DISCOVERED ITS REAL BEAUTY isional in Multi-Language Islamic Materials THE IDEAL MUSLIM Enjoy You DAKWAH CORNER BOOKSTORE www.dakwahbookstore.com.my ENCYCLOPEDIA ICI A ABRAHAM Quran Stories for Kids # Tuesday, 1 May 2012, 17:23 # 120501-IdAzz-PBAKL 2012 (98).JPG # Canon EOS 500D #    Logo Dakwah Corner Publications    Beberapa buku yang dipasarkan di gerai Dakwah Corner Publications seperti Sheikh Yusuf Estes: Prophet Muhammad SAW, The Truth About Holidays tulisan Abdullah Hakim Quick, Affairs of the Heart tulisan Siraj Wanhaj, dan Till Kingdom Come tulisan Sheikh Yusuf Estes.   Pemidang yang mem...

[T21J07] Mak Su Izati tandatangan S&P rumah Taman Langat Utama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini kami ke Setia Alam untuk ke pejabat pemaju kawasan perumahan sebuah rumah yang mahu dibeli oleh Mak Su Izati. Master dan Mummy ambil cuti separuh hari, manakala Aina dan Aidan tidak ke Taska hari ini.   Master dinasihatkan meninggalkan mesyuarat Master ada satu mesyuarat pada jam 12 tengah hari, tetapi nasib baik bos Master mengarahkan Master keluar dari mesyuarat untuk bersiap ke Setia Alam.   Terpaksa memintas Myvi Kami bergerak ke Setia Alam dalam jam 2 menyebabkan Master menggunakan mod pecutan semasa memandu kereta Subaru XV STI 2015 kerana perlu tiba di pejabat pemaju itu pada jam 3 petang. Sebuah Myvi merah nampaknya tidak berpuas hati kerana Master memintasnya sebelum memasuki lebuhraya. Myvi merah itu kemudian meninggalkan kami ketika di tol kerana dia menggunakan Smart Tag manakala kami hanya gunakan kad Touch 'n Go. Tetapi apabila di susur k...

[T16L08] Ramai Cakap Ia Tapak Kaki Beruang

Imej
Ada laporan oleh pekebun pisang berangan di Pontian, Johor, Malaysia bahawa kebun pisang berangan mereka diserang beruang, berdasarkan saiz haiwan dan kesan cakaran tajam. Dikatakan ada kesan tapak kaki tapi sudah hilang ditelan hujan. Erm... Tedi hairan kenapa beruang nak serang kebun pisang berangan? Tapi Tedi setujulah dengan pendapat pakcik tu bahawa perlu diadakan siasatan untuk kemaslahatan umat manusia dan haiwan. Apa-apa pun jangan tuduh semberono. Hal beruang ni sensitif tau...   8 Disember 2016, PONTIAN - Punca kemusnahan tanaman pisang di  Kampung Parit Lintang terus menjadi misteri buat pekebun di sini, kerana kesan yang ditinggalkan kelihatan luar biasa.   Pekebun pisang, Mohd Zuhaini Jumaslim , 36, berkata, dia bingung melihat keadaan pokok pisang yang musnah kira-kira tiga minggu lalu. “Dalam perkiraan saya, hampir 30  pokok pisang berangan dimusnahkan dan dah tiga kali kejadian ini berlaku dalam tempoh dua bulan ni. “Pokok yang sudah me...

[T14L07] Bersua Tok Moh

Imej
Bersua Tok Moh di TM Fan Run Satu memori yang terakam dalam benak fikiran Tedi adalah saat Tedi bersua Tok Moh ketika kami menyertai acara Team Malaysia Fan Run. Bomoh? Eh.. bukan Tok Bomoh... tapi Tok Moh. Tok Moh ni Tedi tak kenal sangat, tapi Tedi perasan muka dia ni dalam televisyen apabila ada acara sukan melibatkan kontijen Malaysia, muka dia akan masuk televisyen sama. Tengok sahajalah pakaiannya menunjukkan betapa patriotiknya beliau! Masa kami duk mengintai Tok Moh ni dari kejauhan kerana segan nak interframe , berpusu-pusu orang ramai nak ber-foto dengan beliau... cumanya kalau Khairy Jamaluddin dikelilingi gadis-gadis, Tok Moh pula dikelilingi jejaka-jejaka yang tentu sahaja mengkagumi semangat kesukanan beliau. Make your mark Team Malaysia Fan Run. Gambar seorang pelari lelaki berjersi merah putih yang mengambil kesempatan bergambar bersama Tok Moh semasa pesta larian TM Fan Run. Gambar para peserta larian memakai jersi Team Malaysia yang tidak melepaskan kesem...

Prev Next

Popular