Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Jasper Report untuk CSV

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Master kena buat laporan menggunakan Jasper Report yang bakal dieksport ke dalam fail berjenis CSV atau nama penuhnya  comma separated value . Memandangkan Master bukanlah pakar dalam membangunkan laporan menggunakan Jasper Report terpaksalah Google apa yang patut. Berikut beberapa laman web yang telah dilawati dan mungkin perlu dirujuk pada masa hadapan Reka laporan untuk eksport CSV Laman ini memberikan beberapa panduan dalam rekaan laporan khusus untuk dieksport sebagai fail CSV. https://community.jaspersoft.com/wiki/designing-reports-csv-export   Macam mana buang "page" dalam Jasper Report Kalau dah fail berjenis CSV, kita tak perlukan  page (mukasurat). Sebab CSV kan nanti boleh digunakan untuk import data, kalau ada  page nanti tajuk setiap lajur  ( column) tu akan berulang. Jenuh nanti jadi data sampah. Kena marah dengan bos atau pelanggan baru padan dengan muka. Untuk yang ini, Master godek-godek dan...

Beza x86 dan x64

Beza x86 dan x64 ialah jumlah bit yang diproses. x86 memproses 32-bit. x64 memproses 64-bit. Jadi memandangkan notebook Master menggunakan Windows 10 64-bit, Master boleh install perisian yang ditanda x64.

Main Wau di Tasik Idaman

Semalam kami ke sebuah tapak semaian di jalan Bangi - Dengkil kerana Mummy nak beli tanah untuk tanam pokok dalam pasu. Ketika berada di tapak semaian itu kami terdengar bunyi mengaum macam bunyi dron. Kami mendongak ke langit dan kelihatan sayup-sayup di langit ada beberapa wau sedang terbang.  Master mengintai dan cuba meneka di manakah kawasan wau-wau itu dimainkan. Mungkin di kawasan tinggi jauh dari situ. Selepas selesai urus niaga di tapak semaian tersebut, Master menuju ke Tasik Idaman tapi kali ini melalui jalan di hadapan Ban Lung (mungkin sebuah tempat sewaan jentera berat) bersebelahan sebatang sungai. Kami melewati suatu kawasan kampung yang banyak rumah besar di sana walaupun lorongnya kecil sahaja muat untuk sebuah kereta lalu. Malahan ada pula rumah teres dan juga mini apartment. Ada pula maahad di sebelah tasik, agak indah pemandangannya. Kami sampai ke sebatang jalan yang ditambak membelah Tasik Idaman kepada dua. Di situ kelihatan orang ramai berkumpul, kami sangk...

Aidan panjat meja makan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Petang tadi semasa Mummy sibuk memasak di dapur, dan Master pula sedang mengambil kain cucian untuk disidai, tiba-tiba sahaja Aina menjerit dengan sedikit pelat Mummy, mummy.. adik panjat.. adik panjat Mummy biarkan sahajalah dulu sebab memang hobi adik (Aidan) tu memanjat sana sini. Kotak mainan dipanjat. Sofa dipanjat. Rak almari dipanjat. Grill pintu pun dipanjat. Tetapi apabila dijenguk. Uish terkejut beruk dibuatnya. Aidan dah duduk atas meja makan sambil tuang air ke lantai! Dia panjat kotak mainannya untuk naik atas kerusi sebelum dia panjat meja makan berwarna putih tersebut. Umur bayi lelaki tersebut ialah 1 tahun 1 bulan dan 28 hari.   ~~~20200725~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm

Silap Guna Mesin Basuh Merugikan Kita

Basuh pakaian menggunakan mesin basuh mungkin nampak mudah. Hanya tekan satu butang dan mesin basuh akan melaksanakan tugasnya. Tapi kita mungkin tak perasan jika kita silap ketika menggunakan mesin basuh, kita akan mengalami kerugian yang besar dari segi wang Ringgit. Pakar dari laman web Moneypig menyatakan bahawa pilihan kitaran cucian dan suhu air yang betul akan memelihara pakaian kita di samping menjimatkan bil elektrik dan memelihara alam sekitar. Selain itu kita juga perlu memilih kadar muatan yang betul. Cucian sejuk adalah sesuai untuk pakaian berwarna gelap juga pakaian ringan seperti pakaian pejabat. Cucian sejuk tak gunakan banyak tenaga elektrik. Cucian suam adalah sesuai untuk pakaian sintetik, juga untuk pakaian berwarna terang yang terkena kotoran berat seperti minyak. Cucian panas sesuai untuk pakaian kapas berwarna putih dan juga pakaian yang menyentuh kulit seperti pakaian dalam. Cadar juga patut dibasuh dengan cucian panas. Delicate, hand wash, atau wool cycle Mesi...

Pinggan tak retak, nasi tak dingin

Imej
Malam ini Master meluahkan isi hatinya. Tedi nak tahu satu cerita? "Apa dia Master? Ceritalah... Tedi sedia mendengarkannya." Beberapa minggu yang lalu, dalam wassap kumpulan kawan-kawan Master, mereka sibuk mengundang orang untuk bermain badminton, memenuhkan gelanggang yang ditempah mereka. Ketika itu WhatsApp kumpulan itu laju dikemaskini dengan kiriman-kiriman penuh semangat kesukanan dan kekawanan. Lajunya kemaskini itu bak bertih digoreng. Pada mulanya Master cuba menolak kerana Master kan tak pandai bersukan, namun kawan-kawan Master duk sibuk memujuk dengan ayat-ayat klise berbunyi " kalau tak pandai, boleh belajar ". Tak mengapa kalau tak pandai main badminton pun... boleh belajar...   Master pun hadirlah menunjukkan semangat kejiranan dan kesukan Hadir kali pertama, terasa seronok pula sebab dapat mengeluarkan peluh. Jadi Master mengambil keputusan untuk membeli kasut badminton pula . "Owh, kasut badminton harga RM 80 tu kan?" ...

Perbaharui Cukai Jalan Subaru XV 2020 Atas Talian

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm Pada tahun 2020 ini wabak Covid-19 telah melanda dunia, tidak terkecuali negara Malaysia ini. Rakyat Malaysia telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan di mana rakyat tidak dibenarkan bergerak sesuka hati. Salah satu masalah yang muncul akibat Perintah Kawalan Pergerakan ialah manusia tidak boleh bekerja di pejabat seperti biasa. Hal ini sekaligus menghalang urusan memperbaharui cukai jalan kenderaan, kerana pelanggan dan penyedia perkhidmatan masing-masing tidak dapat bergerak. Tetapi sebenarnya Covid-19 ni membawa rahmat kepada manusia. Ia menyedarkan manusia bahawa tidak semestinya kedua-dua pihak perlu bertemu. Urusan perniagaan sebaliknya boleh dijalankan di atas talian.   Takaful Ikhlas hubungi Master Tiba-tiba sahaja Takaful Ikhlas hubungi Master, menawarkan kepada Master pilihan untuk memperbaharui insurans kereta menggunakan email. Setelah Master bersetuju...

Bermain dengan Ionic.Zip dan EPPlus

Imej
Yeay... Hari ini Tedi ada satu misi. Misi untuk menggelitar satu folder yang mengandungi beberapa fail yang dipadatkan (zip). Kemudian kandungannya perlu diekstrak. Dan hasil ekstrak itu perlu dikeluarkan dalam satu fail Excel. Alhamdulillah misi Tedi berjaya! Pertama Tedi gunakan pustaka ionic.zip untuk bermain dengan fail yang dipadatkan. Kemudian Tedi gunakan pustaka EPPlus. Esok kena kemaskini fail Excel yang dihasilkan, kena teliti semula regex pattern yang digunakan kerana ada kandungan fail yang tidak diingini telah termasuk ke dalam fail Excel itu. 20150128

AJAX untuk ASP.Net Webform 4.0

Imej
Hari ini hampir tak bergerak kerja sekolah Tedi. Di samping membantu rakan sekelas menyiasat beberapa masalah, Tedi juga sangkut ketika mahu meletakkan Drop Down pada Paparan Grid . Sangkut tang nak jadikan beberapa Drop Down tu sebagai Cascading Drop Down . Sebenarnya boleh sahaja Tedi mengelat dengan meletakkan Drop Down tu di luar Paparan Grid, namun tak baguslah untuk mereka yang bakal meggunakan sistem tu nanti. Pada masa dahulu semasa Tedi menggunakan bahasa JAVA , fungsi tersebut disediakan menggunakan teknologi AJAX . Bingkai kerja AJAX yang pernah Tedi gunakan dahulu adalah seperti Google Web Toolkit , Direct Web Remoting , DOJO , dan yang paling popular tetapi Tedi tak gemar adalah JQuery . AJAX adalah singkatan kepada Asynchronous Javascript. Berbalik kepada permasalahan tadi, Tedi pun melakukan penyelidikan. Tedi jumpa cara yang gunakan auto post back dan juga AJAX. Tedi tak gemari auto post back ni sebab pada dasarnya ia cuma page yang disegarkan beber...

Asal-usul lagu Alangkah Indah di Waktu Pagi

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Kebelakangan ni Master selalu dodoikan Tedi dengan lagu klasik. Kandungan:  Dokumentari "Whose is this song?"  |  Lagu mengenai cinta kepada seorang kerani?  |  Sebuah lagu menjadi punca persengketaan?  |  Ada dalam 3 versi.  |  Ada di 47 buah negara? Lagu yang dipetik daripada filem Ali Baba Bujang Lapok itu berlirik seperti ini: Alangkah indah di waktu pagi,    burung bersiul menyanyi-nyanyi, Terbang bebas di angkasa tinggi,    hidup bersenang hati, Tidak seperti burung di sangkar,    hatinya sedih hidupnya sukar, Makan diberi, minum disukat, terkurung terikat. Kemudian Tedi pun semak melalui YouTube mana tahu kalau ada versi moden dengan lirik yang lebih jelas, namun hampa! Tapi yang menariknya Tedi menemui Selawat Tihami yang menggunakan rentak yang sama. Jadi Tedi cari lagi kalau-kalau ada lagu lain dengan lirik yang sama sebab ada komen yang katakan lagu ini t...

Macam nak beli coffee maker

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Master gemar minum kopi. Sebab tu Master minum Nescafé. Nescafé adalah jenama kopi segera yang terkenal di Malaysia. Nescafé memudahkan penggemar kopi menikmati kopi dengan cepat. Walaupun sedimikian ada penggemar kopi yang tidak suka minum kopi segera seperti Nescafé. Kategori peminat kopi yang tidak minum Nescafé yang Tedi kenal ada 2 jenis. Kategori pertama adalah mereka yang tidak minum Nescafé kerana bagi mereka kopi segera adalah kelas bawahan.  Kategori kedua adalah orang seperti Master yang mendapati bahawa harga kopi segera Nescafé ini lebih mahal berbanding serbuk kopi kisaran tempatan. Ini boleh difahami kerana nak hasilkan kopi segera adalah lebih rumit berbanding hasilkan kisaran biji kopi. Master pun mula beralih ke kopi tempatan, pada masa sekarang guna Kopi Hang Tuah. Beza harga kopi Hang Tuah jika dibandingkan dengan Nescafé ialah satu per empat. Masalahnya gun...

Aircond kereta sedut udara dari mana?

Pak Lang Epul kata aircond kereta sedut udara panas daripada bahagian bawah dashboard tempat duduk penumpang hadapan.   Sebab itulah alas kaki di bahagian tempat duduk penumpang hadapan itu patut dibersihkan selalu, untuk elakkan udara berdebu disedut masuk ke dalam sistem aircond kereta kita.   Tedi cuba mencari dalam internet tapi masih belum berjumpa jawapan yang diperlukan.   Apa yang menarik perhatian adalah terdapat 2 jenis udara yang diambil oleh aircond kereta. Udara pertama adalah udara luar, manakala udara kedua adalah udara kitar semula.   Udara kitar semula adalah udara dari dalam kabin kereta. Kita dicadangkan untuk menggunakan udara kitar semula apabila cuaca panas kerana ia akan menggunakan udara di dalam kabin yang telah sejuk.   Namun ada kelemahan udara kitar semula ini, iaitu kehadiran oksigen yang makin berkurangan kerana aircond hanya berfungsi untuk menyejukkan udara dan bukannya membekalkan oksigen.   Oleh sebab itulah kit...

Ubahsuai Rumah di Blok 2 Desa Mentari

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Koleksi gambar yang menunjukkan proses ubahsuai rumah kami di Blok 2 Desa Mentari di Petaling Jaya di negeri Selangor Darul Ehsan di negara Malaysia. Pengubahsuaian ini dilakukan sebelum kami berpindah ke rumah kami ini. Bilik ke-3 Bilik ke-3 ni kami jadikan bilik simpanan barang sahaja memandangkan bilik ini adalah bilik paling kecil. Bilik tidur ini boleh memuatkan satu katil bujang sahaja. Ironinya bilik ini adalah bilik yang mempunyai pemandangan terbaik di luar jendelanya. Bilik ketiga di rumah Blok 2 Desa Mentari diubahsuai dengan membuang tingkap sedia ada yang sudah reput dan digantikan dengan tingkap gelongsor yang menggunakan bingkai aluminium. # 20090411 # Saturday, 11 April 2009, 13:14 # DSC00149 # Sony Ericsson K550i # https://goo.gl/maps/gNSFfurZdW8cfcEGA  # Ini adalah gambar yang menunjukkan pemandangan di luar jendela bilik ke-3 rumah kami di Blok 2 Desa Mentari ni. Boleh nampak sungai, taman permainan, surau dan pe...

Aidan dan Aina kacau Master bekerja

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Gelagat Aidan dan Aina mengganggu Master bekerja dari rumah sejurus sahaja mereka bangun tidur. Gambar IMG_20200717_102303_HHT ini telah dirakam pada 20200717 (Friday, 17 July 2020, 10:23) dengan menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A.   ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm

Formasi 4-3-3 Taruhan Toon Army untuk Tewaskan Formasi 3-5-2 The Saint?

Imej
Nampaknya Newcastle United masih dalam dilema kerana masih di dasar Liga Perdana Inggeris. Malam ini Newcastle akan berkunjung ke Southampton, sepak mula pada jam 10:00 malam waktu Malaysia. Adakah Formasi 4-3-3 Boleh Menewaskan Soton? Pertemuan ini memang penting bagi Newcastle untuk mendapatkan mata mendekatkan jurang yang telah dibina Norwich. Setakat ini formasi 4-5-1 dan 4-4-1-1 tampak tidak berkesan. Masalah pertahanan amat membebankan Newcastle manakala penjaga gol Karl Darlow yang menggantikan Robbie Elliot pula baru ada 2 pengalaman bermain dalam Liga Perdana. Nampak gaya The Mag mencadangkan sesuatu yang revolusi untuk perlawanan kali ini iaitu, jangan harapkan pertahanan yang sering bocor, tapi sandarkan kepada semua penjaring gol Newcastle.     Barisan Penyerang 3 Serangkai Dalam barisan penyerang, Townsend, Mitrovic dan Perez disenaraikan. Mitrovic telah sumbat 8 gol, di mana 3 gol disumbat dalam 2 perlawanan terakhir. Perez pula setakat ini menyumba...

Sopannya rusa ni...

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Benarkah rusa ini sungguh bersopan-santun sehingga melintas jalan gunakan Lintasan Zebra? Gambar ini diambil oleh seorang penduduk di Winnipeg   bernama Susan Hope ketika dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerja pada Jumaat lalu.   Sang Rusa melintas jalan, Melintas jalan berhati-hati, Jangan bosan berpesan-pesan, Mudah-mudahan melekat di hati. Ada kena-mengena ker pantun ni? Hehehe. Dia menyedari seekor rusa melintas jalan menggunakan lintasan pejalan kaki yang disediakan & mengambil gambar itu sebagai bukti jika ditertawakan kawan-kawannya. Tedi mengambil keputusan untuk menemubual Sang Rusa yang berasal daripada Kanada itu. "Bagusnya awak, sungguh bersopan menggunakan laluan lintasan pejalan kaki" , Tedi memuji Sang Rusa. Sebelum apa-apa kita kena puji dulu bagi mereka seronok bercerita. "Ini bukan berkenaan adab dan sopan" , ujar Sang Rusa. "Apa maksud awak? Awak ada objektif lain ketika m...

Kenapa Sidai Kain Rompong-rompong?

Sejak dari kecil salah satu tugasan Master di rumah ialah sidai kain yang baru dibasuh di jemuran. Tugasan menyidai kain juga diteruskan Master hingga kini. Dan hingga kini juga masih ada yang mempertikaikan kaedah Master sidai kain di jemuran. Jika dulu Tok Mak, kini Mummy pula. Komen mereka sama sahaja iaitu Master sidai baju tak tersusun, tak sama jenis, bercampur-aduk yang kecil dan besar. Tetapi itulah yang orang tak tahu. Master sidai kain sebenarnya mengikut teori ruang, sebab itulah Master sidai baju rompong-rompong. Apa itu rompong? Rompong bermaksud ada bukaan atau celah di antara sesuatu. Jadi apabila Master sidai kain Master akan usahakan untuk setiap kain mendapat ruang yang selesa, sebab itu Master tak susun dekat-dekat. Selain itu jika tiada pilihan, Master akan campurkan baju saiz besar dan baju saiz kecil, supaya akan ada celah melalui baju yang kecil itu untuk angin lalu. Kenapa perlu ada celah untuk angin lalu? Kerana selain tenaga haba, tenaga angin juga memberi imp...

Dengar kempen Skymaster Solutions Sdn Bhd

Biasalah aktiviti dengar kempen ni selalunya dengan kelab pelancongan, jadi bagi Tedi ini adalah perniagaan yang sah. Kempen Vending Machine Vending Machine ni kalau diterjemahkan guna Bing atau Google maksudnya ialah Mesin Layan Diri, iaitu mesin yang menjual apa-apa produk yang kita sendiri layan diri masukkan duit dan ambil barang yang dibeli. Pada masa ini juga sudah ada mesin layan diri yang tidak gunakan duit sebaliknya gunakan kad prepaid atau kad bayaran seperti Touch 'n Go. Kempen dimulakan dengan pertanyaan, "Berminat tak dengan perniagaan tanpa modal?" Apabila mendengar soalan macam tu, Master dah malas nak layan. Nak menipu la tu. Mana ada perniagaan tanpa modal? Tapi kempen mereka okay je sebenarnya kalau nak dijadikan pelan perniagaan. Skymaster Solutions Sdn Bhd kata mereka akan sediakan tapak lokasi, mesin, pembekal dan penyelenggaraan. Pemilik cuma perlu membayar dari MYR 75 sehingga MYR 1000 kepada Skymaster Solutions Sdn Bhd untuk sewa tapak dan ...

Hebatnya kawan2 Tedi... keje di airport

Imej
Tedi amat berbangga apabila 25 ekor kawan2 Tedi diambil untuk bekerja di lapangan terbang, di Chicago lak tu. Tugasan mereka nanti memang sesuai dengan kepakaran mereka. Tedi juga berterima kasih kepada manusia yang sudi membuka mata mereka & menumpukan kepada usaha memelihara alam sekitar. Bukan senang nak kerja di lapangan terbang kan? Semoga suatu hari nanti Tedi pun dapat ikut jejak langkah mereka dan membuatkan kaum2 Tedi bangga. Kalau nak baca kisah mereka, sila ke sini . Yeeha, Tedi jadi pilot maa... meh la naik ramai2. http://www.fotocommunity.com/pc/pc/display/25637779 20130510

Masalah Kereta Subaru XV 2015

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Ada beberapa orang yang bertanya, "Ada masalah tak Subaru XV STI?"   Tak kurang yang bertanya kepada kami tentang kelemahan Subaru XV. Erm.. masalah enjin atau mekanikal tu tiadalah memandangkan kami baru gunakan kereta ini untuk pemanduan sejauh 80000 kilometer. Tapi ada beberapa masalah ketika gunakan Subaru XV yang boleh dijadikan titik hujah jika anda mahu membeli kereta ini. Jika anda cari dalam forum mungkin takkan jumpa kritikan sebegini seperti mana yang Master telah alami. Ini adalah benar-benar komen pengguna Subaru XV, bukan setakat test drive kereta saja sana-sini lepas tu buat video semua puji memanjang, bosan macam tengok rancangan jalan-jalan cari makan semuanya sedap, cukup garam, cukup pedas, cukup gula... apa yang tak cukup? Ini jua komen untuk Subaru XV STI tahun 2015 sahaja, manalah tahu Subaru XV baru mestilah lebih bagus. Eh, melalut pula Tedi, sila baca komen di bawah mana tahu boleh membantu anda agar ti...

Harga Roti Canai Hari Ini

Pagi tadi Master beli roti canai kosong untuk sarapan. Tedi baru perasan bahawa selama ni Tedi tak pernah rekodkan harga sekeping roti canai. Maka secara rasminya kiriman ini adalah rekod pertama harga roti canai di interpretZZ. Restoran Nija Nasi Kandar, Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Harga roti canai kosong ialah RM 1 (satu Ringgit Malaysia) sekeping pada 20200715.

Beburung Kilat

Imej
Di dalam bilik, diterangi cahaya rembulan Samar menerangi, sebahagian kegelapan ruang Kerana lampu telah terpadam Bukannya tak bayar bil, kilat mungkin Dari dasar hati, dingin mula dirasa Cairnya seperti ais kacang yang tidak dimakan orang Dalam bandar yang sunyi, diselubungi bahang jerebu Semuanya berselubung debu Namun hati Tedi masih berbunga-bunga Mengharapkan hujan basahi bumi Semoga kan jelas hari esokku Kembali menikmati keindahan alam Tengok bulu burung itu tertanggal,  Namun ia masih terbang, sesekali bersiul bunyi Dalam pencemaran ini, jangan ragu, teruskan terbang Cuma kalau boleh, pakailah topeng pernafasan Kerlipan bintang-bintang di langit, terjejas dek asap pembakaran itu Dalam doa Tedi yang tertangguh, apakah terlepas bahang neraka? Mimpi yang tidak menjadi benar, menduga kecekalan hati. Mahukah diulangi? Adakah akan sama dialami sebelum ini? Tunggu guruh berbunyi, namun sunyi sepi Tedi ...

Manusia complain, mereka sendiri cari bala.

Imej
Sana sini Tedi dengar manusia duk mengeluh cuaca panas. Nah, sekarang terbukti yang manusia sendiri buat dunia ni jadi panas. Survey  mengatakan 97% kertas mengenai kajian cuaca setuju pemanasan dunia akibat daripada perbuatan manusia . Bukan Tedi yang cakap tau! Manusia sendiri yang cakap. Jangan tuduh Tedi ni racist  lak. Manusia memang tak pernah berubah, hanya pentingkan diri. Masa kami kaum haiwan ni kepanasan, manusia sibuk nak duduk dalam air-con . Korang sejuk la. Kami? Kami yang terpaksa berpanasan! Manusia sibuk bina bangunan guna kaca. Konon nak bagi cantik. Korang tak perasan ke kaca tu pantulkan sinaran matahari? Padan muka ada pelanggan hotel di Las Vegas terbakar kerana cahaya matahari ! Akhirnya manusia rasakan sendiri! Pengunjung hotel Vdara di Las Vegas melecur kerana pantulan cahaya. Manusia sibuk nak naik kenderaan berenjin petrol atau diesel. Pergi kedai depan rumah pun nak naik kenderaan tu. Kesannya, pelepasan asap kenderaan korang tu ...

Beradab di Facebook dan Twitter, atau sedia untuk dihumban ke dalam penjara.

Imej
Adakah perbuatan menyakiti hati orang lain melalui Facebook dan Twitter adalah satu jenayah? Kita semua berbeza pendapat mengenai perkara ini. Apa yang kita setuju adalah perlu menjaga kesopanan ketika menggunakan kedua-dua perkhidmatan itu. Namun Grenada mengambil langkah lebih drastik apabila memperkenalkan rang undang-undang yang membolehkan orang ramai melaporkan sebarang perbuatan menyakitkan hati mereka melalui Facebook dan Twitter kepada pihak polis! Hakim akan menentukan samaada sesuatu kiriman itu benar-benar mengganggu dan jika terbukti, pesalah boleh dikenakan denda sehingga $37000 atau penjara sehingga 3 tahun. Hahahaha, gelak sendiri la jawabnya kalau kena macam tu. Sumber: Offend Someone on Facebook, Go to Jail in Grenada 20130701

Tedi dah siap nak gi sekolah, tapi...

Imej
Jam di tangan Tedi sudah menunjukkan jam 7.14 pagi. Jam di papan pemuka (dashboard) Proton Saga BLM pun sudah menunjukkan jam 7.14 pagi. Jam di telefon bimbit Master juga menunjukkan waktu yang sama iaitu jam 7.14 pagi. Tedi dah siap-siaga untuk ke sekolah. Master pun dah bersedia nak hantar Tedi ke sekolah. Tapi mommy belum siap lagi. Lamanya mommy nak siap? Bagaimana Tedi nak sampai di sekolah awal ni? 20130315

[t20g13] Baguskah Air Fryer Philips?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Seorang kawan bertanya kepada Master, okay tak kalau dia beli air fryer ? Air fryer ni kalau diterjemah terus ke dalam Bahasa Melayu bolehlah disebut sebagai penggoreng udara. Teori menggoreng gunakan air fryer ialah bahan makanan akan dikenakan udara panas. Minyak atau lemak yang ada dalam makanan akan menjadi panas dan makanan itu digoreng dalam minyak atau lemaknya sendiri. Tapi kalau dipanggil penggoreng udara mestilah orang akan keliru kenapa nak goreng udara? Bagaimana udara digoreng? Kenapa nak goreng udara? Maka Tedi pun kekalkanlah penggunaan istilah air fryer tu dalam kiriman ini. Berbalik kepada soalan kawan Master tu, Master ambil masa yang agak lama untuk menjawabnya. "Kalau beli masa ni, mungkin berbaloi." Sebab harga air fryer pada masa Mummy beli dulu harganya mahal mencecah ribuan Ringgit Malaysia. Maklum sahajalah ia benda baru dan hanya Philips sa...

Aidan Naik Ruam Merah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Sekitar jam 2-3 pagi Aidan tiba-tiba melalak terjaga dari tidurnya. Puas juga lakukan pelbagai cara sebelum Aidan tidur semula. Master perasan pada badannya ada naik bintat-bintat halus. Bayi 1 Tahun Diserang Ruam Pada siang hari kelihatan badan dan muka Aidan ada ruam merah seperti gatal-gatal atau alahan. Master syak Aidan diserang campak tetapi dia tidak demam dan aktif sahaja sepanjang hari. Cuma Aidan lebih kuat merengek apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Master juga syak Aidan alah kepada makanan, tapi Mummy kata selama ni Aidan tidak alah dengan udang. Semalam Mummy bagi Aidan makan udang. Masalahnya dengan makanan laut ialah bukannya jenis makanan tu, tetapi kesegaran makanan laut itu sendiri. Semakin kurang segar sesuatu makanan laut, semakin kuat kesan alahan yang dihasilkannya. Hal ini pernah Tedi kaji dan siarkan dalam kiriman bertajuk " Mulut Gatal Natijah Makan Keropok ". Jadi jika kita tak pernah kena alahan a...

Prev Next

Popular