Ada beberapa orang yang bertanya, "Ada masalah tak Subaru XV STI?"
Tak kurang yang bertanya kepada kami tentang kelemahan Subaru XV.

Erm.. masalah enjin atau mekanikal tu tiadalah memandangkan kami baru gunakan kereta ini untuk pemanduan sejauh 40000 kilometer.

Tapi ada beberapa masalah ketika gunakan Subaru XV yang boleh dijadikan titik hujah jika anda mahu membeli kereta ini. Jika anda cari dalam forum mungkin takkan jumpa kritikan sebegini seperti mana yang Master telah alami.

Ini adalah benar-benar komen pengguna Subaru XV, bukan setakat test drive kereta saja sana-sini lepas tu buat video semua puji memanjang, bosan macam tengok rancangan jalan-jalan cari makan semuanya sedap, cukup garam, cukup pedas, cukup gula... apa yang tak cukup?

Ini jua komen untuk Subaru XV STI tahun 2015 sahaja, manalah tahu Subaru XV baru mestilah lebih bagus.

Eh, melalut pula Tedi, sila baca komen di bawah mana tahu boleh membantu anda agar tidak menyesal di kemudian hari.

Kandungan :

Subaru XV Limited warna hitam. Masalah kereta Subaru XV Malaysia.

1. Ruang letak barang yang sempit

Ini adalah faktor yang diambilkira Master semasa ingin membeli Subaru XV. Tapi semasa di ruang pameran (showroom) atau semasa pandu uji, anda agak sukar nak membayangkan kesempitan ruang simpan barang Subaru XV.

Ianya lebih kecil berbanding Proton SAGA BLM tapi mungkin lebih luas berbanding Myvi. Jika dilihat mengikut angka, bezanya tak jauh berbanding Proton SAGA BLM tetapi bila letak barang, amat terasa.

Jadi Tedi cadangkan sesiapa berminat nak beli Subaru XV bolehlah bawa beberapa bagasi yang biasa digunakan untuk uji ruang letak barang. Hehe.

Tempat duduk penumpang hadapan pula tidak boleh direbahkan ke depan seperti Honda HRV kerana ia akan tersangkut, jadi mungkin Subaru XV tidak sesuai untuk dibawa ke IKEA.

2. Bunyi bising angin ketika pemanduan

Ini adalah satu perkara yang agak subjektif kerana ia hanya berdasarkan pengalaman masing-masing. Tapi bagi Master, Subaru XV lebih bising kedengaran bunyi angin berbanding dengan Proton SAGA BLM.

Adakah ia kerana soundproofing, atau kerana tayar yang lebih besar? Master tiada jawapannya.

Kawan Master yang telah pandu uji HRV menyatakan bahawa Subaru XV lebih senyap, dan beliau juga nyatakan bahawa Forester baru lebih senyap daripada berbanding Subaru XV 2015.

3. Subaru XV banyak gunakan petrol

Jika dibandingkan dengan Proton SAGA BLM, penggunaan petrol Subaru XV pada masa ini adalah 8 liter per 100 kilometer sedangkan Proton SAGA BLM guna 7 liter petrol per 100 kilometer.

Bagi Tedi ia boleh diterima kerana saiznya lebih besar, namun Tedi kata ia gunakan banyak petrol kerana penjual di Subaru Seremban claim kereta ini hanya makan 7 liter minyak per 100 kilometer.

Untuk makluman, 8 liter per 100 kilometer itu hanya dapat dicapai kerana Subaru XV kami hanya dipandu di jalan yang tidak sesak. Sebelum ini ia gunakan lebih 10 liter petrol setiap 100 kilometer apabila kami gunakan ia untuk ke pejabat dan sekolah Tedi.

Pergi kerja bawa kereta Subaru XV ni memang rasa nak menangis la.

Jawapan kepada soalan: subaru xv jimat minyak?

4. Stereng yang agak berat

Jika dibandingkan dengan Proton SAGA BLM memang kendalian Subaru XV lebih berat, lenguh bahu jugalah dibuatnya jika pemanduan perlahan. Tapi jika pemanduan laju memang best.

Tidak adillah bandingkan dengan Proton SAGA BLM sebab tayarnya kecil, kan?

Kalau nak bandingkan dengan SUV yang guna tayar 17 inci, Master kata CX5 lebih mudah dipandu, lebih sesuai untuk kaum wanita.

5. Kekuatan XV adalah pada low speed bukan top speed

Low speed ni maksud Master adalah boleh cepat accelerate ke kelajuan 80 kmj - 100 kmj, so setakat nak tinggalkan Myvi tu selamba badak sahajalah. Tapi pada kelajuan tinggi, Myvi boleh pergi lebih laju mungkin sebab dia ringan. Master pernah mengalah dengan Myvi pada kelajuan 150 kmj, perempuan pula tu drivernya. Ini mungkin bukan pasal XV tak laju, tapi mungkin pasal hati Master tak kering.

Jadi kalau nak berlumba dengan Myvi tu silalah pilih track kawasan berbukit atau berliku yang memaksa pemandu selalu perlahankan kenderaan, ketika ini anda akan berasa macam harimau mengaum...

Tapi kalau nak berlumba dengan Myvi di highway juga, apabila kena high beam dengan Myvi tu, perlahankan kenderaan anda, dan kemudian pecut, masa tu mungkin dia akan masuk kiri sebab termangu, tapi jangan terus maintain lorong kanan, selepas pecut agak-agak tak nampak tu, masuk kiri cepat-cepat, mana tahu dia datang lagi sekali.

6. Harga turun kaw-kaw punya

Sakit hati tau lihat harga kereta yang dibeli boleh turun 40,000 ringgit Malaysia dalam masa setahun!

Sakit hati bukan sebab nak jual kereta tu pun, tapi kalaulah dilewatkan pembelian model XV tu ke setahun dah jimat 40,000. Kereta baru juga walaupun bukan model terkini. Lagipun sekarang model XV cepat variasinya, maklum sahajalah variant yang ada di Malaysia ni mungkin 2-3 tahun lewat berbanding yang di Eropah.

7. Tayar cepat botak

Pecut tu pecut juga, memanglah boleh pecut dari 0-60 kmj tu dengan cepat, tapi tayar tu keempat-empatnya berpusing, maka keempat-empat tayar menerima impak pecutan tersebut.

Jiran kami baru setahun dah tukar tayar, daripada Continental kepada Toyo.

Mungkin masalah kehausan tayar itu adalah berpunca daripada tayar, tetapi jangan lupa sistem AWD pun menyumbang kepada ketirisan poket anda....

8. Rintangan angin yang tinggi

Ini adalah harga yang harus anda bayar apabila memilih SUV. Rintangan angin tinggi akan menyebabkan kereta terasa berat di kawasan berangin.

Kami merasakan pengalaman dan perbezaan itu apabila memandu Subaru XV dan Proton SAGA BLM di Lebuhraya MEX yang mempunyai rintangan angin yang kuat. SAGA BLM terasa lebih senang meluncur pada kelajuan 120 kmj berbanding XV.

Tetapi apabila anda henjut 140 kmj++, rintangan angin itu tiada apa bagi anda. Sudah pastilah SAGA BLM bukan saingan Subaru XV pada kelajuan 140++.

9. Masalah dengan penghawa dingin setelah kereta berusia 4 tahun

Pada tahun 2019, kereta Subaru XV kami mempunyai masalah penghawa dingin di mana ia tidak lagi mampu menyejukkan hawa dalam kereta kami. Lawatan kami ke Pusat Servis Subaru di Kota Bharu mendapati bahawa kereta Subaru XV STI kami kehabisan gas penghawa dingin. Huh. Kereta Proton SAGA BLM dan kereta Proton Persona milik kami yang dah berusia 10 tahun ke atas pun tak alami masalah ini!

Hal ini menyebabkan kami terpaksa top-up gas kereta penghawa dingin Subaru XV itu sebanyak 2 kali dalam tahun 2019 iaitu di Kota Bharu sekali dan kemudian di Bahau sekali. Mekanik di Bahau itu memberitahu bahawa compressor kereta Suabru XV STI kami tu akan rosak bila-bila masa sahaja nanti.

10. Radio mati sebelah kereta Subaru XV berusia 4 tahun.

Ini lagi satu masalah, unit infotainment atau radio kereta Subaru XV STI kami rosak secara tiba-tiba. Pada mulanya ia keluarkan skrin biru sebelum tidak boleh beroperasi sepenuhnya. Kerosakan pada unit ini bukan sahaja menyebabkan kereta Subaru XV kami tiada hiburan malah menyebabkan kami tak boleh gunakan sistem penunjuk arah dan juga kamera undur!

Jiran Master juga alami masalah yang sama menyebabkan dia terpaksa tukar set infotainment keretanya.

Kesimpulannya:

Tiada masalah lain pada Subaru XV 2015 buat masa ini kecuali ruang letak barang yang sempit, ruangan kabin agak bising, makan minyak jika dalam kesesakan, dan sterengnya agak berat jika pemanduan perlahan.

Tedi cuba cari dalam berita tentang masalah Subaru XV 2015 tapi tiada sebarang laporan. Nampaknya tidak ramai orang yang komen pasal Subaru XV ni.

Tedi cuma jumpa laporan XV yang lebih awal makan minyak hitam, rasanya Subaru XV 2013 sehinggakan Subaru disaman kerana masalah itu.

Selain itu Subaru XV lebih awal juga ada masalah balutan kabel yang jika serius boleh sebabkan kereta mati tengah jalan!

Semoga kereta Subaru XV kami takkan ditimpa masalah-masalah berat seperti itu. Amin.

Namun pada 2019 kereta Subaru XV STI kami alami masalah penghawa dingin dan radio, menyebabkan kami agak menyesal membeli kereta ini.


20161217, 20200201