Biasalah aktiviti dengar kempen ni selalunya dengan kelab pelancongan, jadi bagi Tedi ini adalah perniagaan yang sah.

Kempen Vending Machine

Vending Machine ni kalau diterjemahkan guna Bing atau Google maksudnya ialah Mesin Layan Diri, iaitu mesin yang menjual apa-apa produk yang kita sendiri layan diri masukkan duit dan ambil barang yang dibeli. Pada masa ini juga sudah ada mesin layan diri yang tidak gunakan duit sebaliknya gunakan kad prepaid atau kad bayaran seperti Touch 'n Go.

Kempen dimulakan dengan pertanyaan, "Berminat tak dengan perniagaan tanpa modal?"

Apabila mendengar soalan macam tu, Master dah malas nak layan. Nak menipu la tu. Mana ada perniagaan tanpa modal?

Tapi kempen mereka okay je sebenarnya kalau nak dijadikan pelan perniagaan. Skymaster Solutions Sdn Bhd kata mereka akan sediakan tapak lokasi, mesin, pembekal dan penyelenggaraan.

Pemilik cuma perlu membayar dari MYR 75 sehingga MYR 1000 kepada Skymaster Solutions Sdn Bhd untuk sewa tapak dan bekalan. Keuntungan dianggarkan MYR 3000 jika untung MYR 100 sehari.

Master bengang

Promoter bernama encik Farid tu berulangkali melakukan modus operandi seperti di bawah. Tedi malas nak karang panjang-panjang, Tedi bagi point aje, Tedi rasa kawan-kawan pun malas nak baca panjang-panjang.

  1. Tanya nak tak untung tanpa modal?
  2. Tanya program ni okay tak?
  3. Tanya program ni berfaedah tak?
  4. Minta survey keadaan kewangan

Master dah set dalam kepala otak bahawa "mesti ada modal punya". Jadi semua faedah tu jadi null kepada Master.

Lastly apabila encik Farid tanya Master ada soalan tak? Master tanya: "berapa modalnya?".

"Baiklah saya pangil manager saya encik Syauqi"

Encik Syauqi pun datang, bersalam, dan duduk.

Ketika ini sesuatu yang menggelikan hati Tedi terjadi apabila Master tiba-tiba sahaja terkata, "Encik Syauqi la pulak."

Sebenarnya Master ingatkan encik Farid tu panggil manager yang sama sebelum itu, tapi boleh abaikanlah kot cerita tu.

Master sudah semakin bengang sebab mula-mula kata tiada modal, sekarang ada modal pula.

Kos Vending Machine

Dipendekkan cerita si manager menjelaskan bahawa perniagaan itu ialah Modal 0.

Tapi kena bayar MYR 40000 (empat pulluh ribu Ringgit Malaysia sahaja) sebagai modal perniagaan.

Erm... Master dah pening kepala. Modal kosong, bayar  40000... tak boleh nak fikir logik akal.

Manager kata konsep Modal 0 sebab tak payah keluar duit untuk bayar pinjaman tu nanti, sebaliknya akan dibayar oleh keuntungan kita. Katakanlah jika kita tak untung, syarikat Skymaster Solutions Sdn Bhd akan menanggung hutang itu, tetapi tetap akan mengejar kita.

Bagus tu, kita buat pinjaman, bank tak kejar kita, erm... entahlah macam pelik aje.

Kita boleh terus jumpa ejen bank yang memang ada di sana untuk periksa KWSP kita dan kelayakan kita untuk membuat pinjaman.

 

Pinjaman untuk pendapatan

Ermm... bagi Master okaylah tu, boleh aje nak pinjam bank untuk berniaga, adatlah tu kan? Memanglah nak berniaga kena ada modal.

tapi MYR 40000 tu bukan nilai yang kecil, mestilah nak kena fikir dulu kan?

Master kata master nak fikir dulu, encik Farid kata tak boleh, kena decide sekarang. Ini satu lagi hal yang Master tak gemar kalau dengar promosi macam ni, kalau ada kata kunci, "promosi hari ini sahaja" - walaupun ketika nak beli kasut kerja, Master mesti tak beli punya.

Tetapi Master tanya lagi betul ke tak boleh balik fikir?

Akhirnya encik Farid kata boleh, tapi kena tambah MYR 8000 (lapan ribu Ringgit Malaysia sahaja).

Lepas tu datang seorang lagi manager, yang ni dia punya taktik asyik-asyik suruh pergi jumpa panel bank, check KWSP lepas tak lepas untuk buat loan.

Paling tak tahan apabila dia bagi ayat : "Saya pelik dengan orang kita ni, buat loan untuk berbelanja boleh, tapi tak sanggup buat pinjaman untuk pendapatan."

Sebenarnya kalau ikutkan Master, okay sahaja proposal mereka itu, tapi kalau dah dipaksa fikir dalam masa sejam kena psiko masalah kewangan, then suruh decide buat pinjaman RM 40 ribu, gila ka apa?

Kita mestilah nak tanya pendapat pihak ketiga keempat ye tak?

Untuk kawan-kawan yang nak pergi sesi Skymaster Solutions Sdn Bhd ni Tedi tak larang, tapi inilah pengalaman kami bersama mereka dalan masa sejam dua, mungkin boleh dijadikan bekalan jika anda hendak menemui mereka.

Kami diberikan voucher pelancongan selepas sesi tersebut, tapi kita cubalah tengok nanti voucher itu laku atau tidak. Ikut komen di Google agak tak memberangsangkan.