Beburung Kilat
Di dalam bilik, diterangi cahaya rembulan
Samar menerangi, sebahagian kegelapan ruang
Kerana lampu telah terpadam
Bukannya tak bayar bil, kilat mungkin
Dari dasar hati, dingin mula dirasa
Cairnya seperti ais kacang yang tidak dimakan orang
Dalam bandar yang sunyi, diselubungi bahang jerebu
Semuanya berselubung debu
Namun hati Tedi masih berbunga-bunga
Mengharapkan hujan basahi bumi
Semoga kan jelas hari esokku
Kembali menikmati keindahan alam
Tengok bulu burung itu tertanggal,
Namun ia masih terbang, sesekali bersiul bunyi
Dalam pencemaran ini, jangan ragu, teruskan terbang
Cuma kalau boleh, pakailah topeng pernafasan
Kerlipan bintang-bintang di langit, terjejas dek asap pembakaran itu
Dalam doa Tedi yang tertangguh, apakah terlepas bahang neraka?
Mimpi yang tidak menjadi benar, menduga kecekalan hati.
Mahukah diulangi?
Adakah akan sama dialami sebelum ini?
Tunggu guruh berbunyi, namun sunyi sepi
Tedi keliru
Tedi tanggalkan sayap, jika Tedi milikinya
Masih ada, bisikan dalam kegelapan malam ini
Pada perpindahan, buaian harapan, masih menunggu anugerah.
Angin mula bertiup kencang
Anglung berbunyi berlanggaran
Tanda nikmat Tuhan mula turun
Kepada makhluk di muka bumi
Lalu nikmat Tuhan yang manakah?
Mahu Tedi mungkiri?
20130729

Ulasan